Dan setakat hari ini khabar-khabar yang kedengaran mengatakan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham yang akan mewakili BN dalam pilihan raya akan datang.
Apa-apa pun itu hanya khabar-khabar yang kedengaran.
Bukannya muktamad dan bukannya sah.
Semuanya terletak di tangan Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib.
Cuma apa yang boleh saya katakan bahawa Ikmal Hisham adalah antara winnable candidate bagi BN.
Beliau seorang yang bekerja bersungguh-sungguh dan sanggup perhabiskan duit sendiri untuk rakyat.
Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sejak pilihan raya tahun 1999 hingga 2008 kerusi berkenaan bersilih ganti dimenangi oleh PKR dan BN.
1999 - PKR menang majoriti 4658 undi
2004 - BN menang majoriti 2527 undi
2008 - PKR menang majoriti 1584 undi
2013 - Insyallah BN akan menang pula....
Berbalik kepada kisah Ikmal Hisham, sebelum menjadi pemimpin Umno bahagian semua orang tahu beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Beliau menceburi bidang automotif dan saya difahamkan beliau mempunyai banyak pusat jualan kereta pelbagai jenama.
Beliau tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.
Seperti yang sering saya katakan sebelum ini Pas adalah Parti Ajaran Syaitan atau boleh juga di panggil Parti Anak Syaitan.
Mereka tak buat kerja. Hanya tahu ceramah.
Kalau rakyat pergi jumpa mereka minta bantuan atau pertolongan, mereka kata mereka susah, tiada duit dan sebagainya.
Lalu meminta rakyat berjumpa dengan pemimpin-pemimpin BN.
Tetapi bila pemimpin-pemimpin BN buat kerja mereka pula yang jadi tukang khianat dan buat fitnah itu ini.
Buruk-burukkan orang yang buat kerja untuk tolong rakyat.
Pas tahu Ikmal berpotensi untuk menang jika dicalonkan tidak kira samada di Dun atau parlimen.
Lalu dia carilah jalan bagaimana untuk mencalarkan imej Ikmal.
Dua hari lepas penyambung lidah rasmi syaitan, haramkah daily dan kemudiannya diikuti oleh blog-blog penyokong mereka melaporkan berita tentang Ikmal menunjukkan wang tunai RM 1.2 depan penduduk Ladang Kerilla di Tanah Merah.
Macam-macam tuduhan yang mereka buat kononnya Ikmal cuba merasuh penduduk dan sebagainya.
Di sini biar saya jelaskan kepada anda perkara sebenar dan kenapa itu terjadi....
Ladang Kerilla adalah salah satu ladang yang berada dalam Parlimen Tanah Merah.
Ladang tersebut milik KL Kepong.
Dalam ladang itu ada 200 keluarga yang menetap di situ.
Keluarga Melayu 110 dan keluarga India ada 90.
Pekerja-pekerja ladang yang bersara pada usia 55 tahun menghadapi masalah tempat tinggal.
Apabila pencen mereka perlu keluar dari rumah yang disediakan pihak ladang.
Mereka minta dengan pengurusan ladang untuk terus kekal di rumah berkenaan.
Namun pihak ladang tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana pekerja baru pula yang hendak mendiami rumah itu.
Memandangkan tiada kesudahannya Ikmal mengambil keputusan untuk berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam bagi mengatasi masalah tersebut.
Hasil perbincangan demi perbincangan antara Ikmal, Menteri Sumber Manusia dan pihak pengurusan ladang, maka satu keputusan dicapai dan pihak ladang bersedia untuk memberi satu sudut di kawasan ladang berkenaan untuk membina rumah bagi pekerja yang pencen.
Penduduk ladang menerima keputusan tersebut dengan gembira.
Berita tersebut sampai kepada pihak-pihak yang berkawan dengan syaitan.
Di Kelantan mereka berkuasa dan mereka gunakan kuasa mereka itu untuk membawa masuk kakitangan pejabat tanah masuk ke ladang berkenaan untuk kerja-kerja mengukur tanah.
Sudut mana tanah yang nak diberikan oleh pihak ladang mereka pun tak tahu lagi.
Tetapi Pas bawa masuk orang pejabat tanah untuk mengukur entah di mana-mana dengan tujuan hendak menggempak penduduk ladang.
Nak tunjuk mereka berkuasa..... kemudian siap ugut-ugut pula jika nak tanah kena undi Pas.
Kemudian mereka sebar pula cerita bahawa Ikmal tidak mampu untuk membeli tanah tersebut dan sebagainya.
Tindakan Pas merencatkan kerja-kerja yang Ikmal dan Menteri Sumber Manusia lakukan sebelum itu.
Timbul pula masalah penduduk ladang tidak percaya Ikmal mampu membeli tanah itu daripada pihak ladang.
Cerita tersebar merata.
Sekali dua mungkin kita pun boleh sabar.
Tapi kalau dah hari-hari menjaja cerita itu kita pun hilang sabar.
RM 1.2 juta adalah deposit kepada pihak pengurusan ladang.
Penduduk ladang bersorak gembira dengan jaminan Ikmal kerana bukti depan mata mereka.
Melihat penduduk gembira, puak-puak Pas pusing cerita pula bahawa penduduk ladang kena tipu dengan Ikmal.
Mereka kata duit yang Ikmal tunjuk malam itu adalah duit palsu.
Ada pula yang kata itu hanya batu bata.
Tidak cukup dengan itu mereka pusing cerita lagi kata Ikmal cuba merasuah rakyat.
Sedangkan duit yang ditunjukkan Ikmal sekeping pun tak diberi kepada penduduk.
Itu untuk membayar deposit kepada pihak ladang bagi membeli tanah berkenaan.
Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya maka sudah tentu beliau ada duit.
Khalid Ibrahim pun dah kaya sebelum jadi MB.
Dia mampu ada rumah mewah di kawasan elit, mampu beli bas mewah dan lori untuk PKR.
Kenapa itu kamu semua tidak pertikaikan ?
Tapi hutang Bank Islam beratus juta tak mahu bayar.
Orang Umno tunjuk duit untuk tolong rakyat salah.... orang Anwar Ibrahim tunjuk dan acu pistol kepada orang awam boleh pulak ya ?
Kalau orang Umno rasuah, kalau orang Pas sedekah jariah ya ?
Sumber : RBF Online
No comments:
Post a Comment