Saturday, 23 February 2013

"PERDANA MENTERI" DIIKTIRAF DILAMAN WEB LUCAH ANTARABANGSA !!!


Laman lucah Nobat Anwar sebagai PM

Dahulu, masa seorang pembaca berita Buletin Utama TV3, Jay Jamalina tersasul menyebut Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Pak Sheikh bukan main suka.


“Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), apa dia cakap betul ke tidak,” katanya dengan dijawab betul oleh para penyokongnya dalam satu perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur 8 Januari tahun lalu.

Anwar ketika itu berkata, beliau faham kalau kesilapan itu berlaku di televisyen Thailand, Indonesia atau Iran.

“Ini TV3, Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya girang sambil disambut penuh sorakan para penyokong beliau.

Jay Jamalina dengan pantas meminta maaf secara terbuka melalui laman sosial Twitter miliknya selepas tersasul menyebut nama Anwar sebagai Perdana Menteri.

Kesilapan itu bagaimana disifatkan penyokong Anwar sebagai petunjuk beliau akan dilantik ke jawatan tertinggi kerajaan itu.

Oklah… masa itu Anwar suka tak terkata.

Terkini, ada beberapa laman web lucah antarabangsa telah memuat naik video klip yang mendakwa itu adalah Anwar dengan seorang gadis negara China.

Tag yang diberikan ialah Perdana Menteri.

Persoalannya…apakah Anwar akan turut gembira kali ni pun sebagaimana beliau gembira ketika Jay Jamalina tersasul dahulu ? - mynewshub


No comments:

Post a Comment