Thursday 14 February 2013

TOKONG GUAN ENG SAKIT JIWA DITOLAK RAKYAT PENANG !!!



Harapan PR khususnya DAP untuk melihat penduduk Pulau Pinang memboikot majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN nampaknya tidak kesampaian walaupun berhari-hari sebelumnya jentera propaganda DAP kerap memainkan isu pembaziran wang rakyat.

Hatta cubaan DAP dan PR untuk memalukan PM kononnya rakyat Pulau Pinang dan orang ramai yang hadir menolak kehadiran BN juga menemui kehampaan bila mana ketika PM mengajukan soalan "Are you ready for BN" sebahagian besar hadirin menjawab “Yes” dan “Ready” manakala pekikan "No" hanya datang dari segelintir penyokong PR yang berada berdekatan jururakam video itu sahaja.

Dianggarkan lebih 80,000 orang hadirin yang majoritinya keturunan Tionghua dan selebihnya dari kaum Melayu dan India tetap membanjiri lokasi sambutan perayaan, sekaligus mengatasi jangkaan awal yang majlis tersebut hanya akan dihadiri oleh kira-kira 50,000 orang sahaja.

Mereka bukan sahaja datang untuk mengikuti persembahan hiburan dari superstar Korea, Psy dan lagu tarian kuda Oppa Gangnam Style tetapi yang lebih penting masing-masing mengambil peluang untuk beramah mesra dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Ternyata makin lama propaganda DAP dan PR kian hilang bisanya apabila khalayak umum tidak lagi menerima bulat-bulat tohmahan DAP kononnya penganjuran majlis tersebut yang diserikan dengan persembahan Psy telah menyebabkan pembaziran berjuta ringgit duit rakyat.

Walhal, jika benar penganjuran majlis perayaan sempena Tahun Baru Cina ini dianggap satu pembaziran sebagaimana didakwa oleh DAP, bukankah kehadiran sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di majlis tersebut boleh diumpamakan sebagai bersekongkol menyokong pembaziran ??? 

Tak terdetik rasa malukah dalam diri Setiausaha Agung DAP itu terhegeh-hegeh hadir menyaksikan sama persembahan Psy tatkala parti sendiri sibuk mencanangkan propaganda kehadiran artis popular Korea itu adalah satu pembaziran dan tidak berfaedah ???

Hakikatnya majoriti rakyat tahu segala urusan perbelanjaan langsung tidak melibatkan wang rakyat atau wang pembayar cukai. 

Sebaliknya keseluruhan kos penganjuran ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta yang kemudiannya akan beroleh kelebihan dari segi rebet percukaian kerana program yang ditaja turut melibatkan kepentingan umum.

Bayaran kepada Psy yang mencecah RM2.3 juta untuk persembahan selama lebih kurang 15 minit mungkin mahal, tapi kehadirannya nyata memberi impak positif kepada industri perlancongan Pulau Pinang apabila ia turut menggamit kehadiran orang ramai dari seluruh negara.

Ia nyata berbaloi dan jauh lebih bermanfaat berbanding dengan program hiburan larut malam dan memabukkan di Batu Feringgi yang pernah dianjurkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat arak, Carlsberg pada November 2012 yang lalu yang menelan belanja RM3 juta.

Dalam pada itu, gesaan Lim Guan Eng supaya penyokong PR hadir dengan pakaian berwarna merah, kuning, hijau dan oren juga tidak mendapat sambutan seperti diboikot penyokong sendiri apabila hanya segelintir sahaja yang sanggup meneruskan provokasi politik busuk sedemikian di majlis perayaan itu.

Jelas sekali penyokong PR sendiri agak segan untuk menjayakan provokasi politik itu, barangkali mereka keliru dengan mainan propaganda DAP dan PR yang mencemuh majlis tersebut atas alasan pembaziran tapi di masa yang sama mengarahkan pula penyokong PR hadir seumpama menyokong pula pembaziran yang didakwa. 

Melihatkan senario ini, tampak jelas majoriti rakyat kian jauh dari jangkauan PR. 

Malang benar nasib PR, bukan sahaja kempen provokasi dan propaganda mereka telah diboikot oleh penyokong sendiri malah masyarakat Cina juga kian hari cuba menjarakkan diri dari terus dikaitkan dengan DAP dan PR.


No comments:

Post a Comment