Sunday, 10 March 2013

APMM TAMBAH KEKUATAN ANGGOTA !!! KASI HABIS SEMUA PENCEROBOH SULU !!!



Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menambah kekuatan anggota dan kapal maritim sehingga 60 peratus di sepanjang perairan pantai timur Sabah ekoran insiden pencerobohan pengganas dari Sulu di sini.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tambahan itu termasuk lima lagi kapal marin (KM) yang aka tiba dari Semenanjung Malaysia.

Setakat ini kata beliau, pantai timur Sabah mempunyai 337 anggota dan 79 pegawai selain 24 aset APMM dalam mengawal perairan sepanjang kawasan berkenaan. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment