Bendera Kesultanan Sulu pada lewat abad ke 19: Sumber - Wikipedia Melayu
Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450.
Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke timur Sabah.
Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu.
Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini.
Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu.
Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu.
Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo.
Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini.
Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr".
Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.
Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu.
Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Seorang yang mengaku menjadi wakil pewaris Kesultanan Sulu, menulis di MalaysiaKini.com seperti berikut:
Dunia akan selalu tergempar apabila timbulnya isu Sultan Sulu ingin menuntut Sabah (North-Borneo).
Perlu dijelaskan bahawa penyerahan sesuatu "Tanah" bukanlah sesuatu yang mudah.
Sebagai contoh, orang Kampung Baru di Kuala Lumpur begitu sukar untuk menyerahkan tanah mereka yang cuma seluas sekangkang kera kepada kerajaan untuk dibangunkan.
Begitulah halnya dengan Sultan Sulu.
Tanah wilayah North-Borneo yang seluas sebuah negeri itu bukanlah sebegitu mudah untuk diberikan kepada sesiapa jua.
Walaupun Suruhanjaya Cobold (1963) telah membuktikan bahawa rakyat Sabah mahu merdeka dengan Malaysia, tetapi bagaimana dengan hak tuan punya tanah ???
Di sini, selaku wakil yang sangat mengenali waris sebenar Sultan Sulu yang mempunyai hak dan kata putus di Wilayah Sulu dan North-Borneo (Sabah), saya ingin memberikan sedikit penerangan mengenai mereka yang membuat tuntutan itu.
Walaupun ada 97 orang yang membuat tuntutan, namun ada lima kumpulan yang terbesar.
Dan perlu diingatkan bahawa Kesultanan Sulu mempunyai tiga waris sebagai Keluarga Diraja Kesultanan Sulu (sepertimana dilambangkan dengan tiga lambang senjata dalam Bendera Kesultanan Sulu) iaitu:
a) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Pertama".
1. Keluarga Kiram (Lambang Keris).
2. Keluarga Shakiraullah (Lambang Barung/Parang Sulu Lebar).
b) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Kedua".
3. Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda.
Dan juga perlu dimaklumi bahawa Kesultanan Sulu mengamalkan "Sistem Penggiliran Takhta" antara ketiga-tiga warisnya. (Seperti sistem yang pernah diamalkan di Perak dan Pahang).
Tuntutan:
1. Tuntutan dari Sultan Jamalul-Kiram-III dan saudaranya Sultan Esmail D Kiram-II ibni Sultan Punjunggan-Kiram.
* Mereka ini bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu, kerana Sultan Punjunggan-Kiram bukanlah anak sebenar Raja Muda Mawalil-Wasit-II.
Sultan Punjunggan-Kiram itu adalah anak kepada "Encik Amir Hamzah" yang merupakan suami-pertama Puan Mora Napsa Laga.
Di mana Puan Mora Napsa Laga ini telah diambil menjadi isteri kepada Raja Mawalil-Wasit-II ketika dia telah mengandung.
2. Tuntutan dari Sultan Muhammad Yahcub ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-V.
* Merujuk kepada "Salasilah & Kitab Khutbah" Kesultanan Sulu, hanya ada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin I, II & III, dan tiada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin IV & V.
Maka, tidaklah boleh "disahkan" akan kesahihan keturunan baginda ini selaku waris kepada Sultan Sulu.
3. Tuntutan Sultan Julaspi-Kiram-II dan anaknya Sultan Roodinood ibni Sultan Julaspi-Kiram-II.
* Merujuk kepada rekod dari P.A.W.C.I - dari USA dan dari catatan Prof Dr Nicholas Tarling dalam bukunya "Sulu and Sabah", jelas menyatakan Sultan Sulu yang terakhir iaitu "Sultan Jamalul-Kiram-II" yang mangkat pada tahun 1936 "tiada mempunyai waris".
Maka, ini bermakna Sultan Julaspi dan anaknya Sultan Roodinood hanyalah "menyamar" selaku waris kepada Sultan Sulu.
4. Tuntutan dari Sultan Jainal-Abidin dan Sultan Muhammad Azimuddin-Abidin.
* Mereka ini adalah dari Keluarga Shakiraullah dan sememangnya berasal dari darah keturunan Sultan Sulu.
Namun kerana mengikut "Sistem Penggiliran Takhta" antara tiga keluarga diraja Sulu, maka hak mereka ke atas takhta Kesultanan Sulu telah berakhir.
* Mereka ini adalah dari keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda yang merupakan "Pewaris Kedua Kesultanan Sulu".
Dengan kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936 dan dengan penguasaan takhta oleh "Pewaris Pertama Kesultanan Sulu" (Kiram dan Shakiraullah) sekian lama, maka kini takhta Kesultanan Sulu sepatutnya menjadi milik mutlak Pewaris Kedua Kesultanan Sulu.
Maka waris sebenar Sultan Sulu inilah yang berhak menyelesaikan isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah (North Borneo).
Ini bersesuaian dengan perkataan "Pewaris dan Penyambung" (the heirs and successors) dalam Perjanjian Pajakan North-Borneo 1878.
Maka kini, sebarang penyelesaian ke atas North-Borneo (Sabah) adalah di tangan Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda, dan bukannya dari Keluarga Kiram ataupun dari Keluarga Shakiraullah.
Selanjutnya... BACA SINI...
No comments:
Post a Comment