Saturday, 30 March 2013

GOLONGAN ATAS PAGAR LEBIH BERMINAT TERHADAP BUKU BIOGRAFI DS ROSMAH !!! TERBAEK !!!


“Tidak adil untuk kita membenci seseorang itu sekiranya kita belum pernah berjumpa dengannya”.


Demikian kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang merupakan salah seorang individu yang membeli buku ‘Biografi Rosmah Mansor’ hari ini.

Menurut Choo Keong, sebagai manusia yang ingin mengetahui perkara sebenar beliau merasakan terdapat keperluan untuk dirinya membeli buku berkenaan bagi mengetahui perkara sebenar mengenai isu-isu serta kontroversi berkaitan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, rakyat tidak boleh bergantung dengan apa sahaja yang disajikan oleh media massa terutama sekali media siber kerana tidak semuanya memaparkan cerita-cerita yang benar.



“Buku ini memberi maklumat kepada orang awam supaya mereka lebih kenal dengan pasti siapa sebenarnya Rosmah.

“Kita tengok di media siber terutamanya banyak yang mereka ‘spin’.. macam-macam tuduhan yang telah dilemparkan,” katanya.

Choo Keong menambah, sebagai rakyat beliau juga mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar lantas buku berkenaan mungkin boleh menjawab segala persoalan berkaitan isu-isu yang hangat diperkatakan mengenai Rosmah.

Menurut beliau, kebanyakan individu-individu yang membuat tuduhan serta marah dengan Rosmah sering kali percaya apa sahaja yang disajikan oleh media-media di alam siber.

“Kebanyakan orang yang buat tuduhan dan marah pada Rosmah, bila kita tanya pernah jumpa Rosmah ke sebelum ini.. ramai yang jawab tak pernah.

“Macam mana kita boleh marah dan membenci seseorang tanpa pernah berjumpa dengan individu itu, bermakna ini tidak adil lah.

“Bila kita tidak pernah jumpa seseorang dan kita terus buat keputusan sama ada orang ini baik ke atau jahat… kita kena jumpa orang itu dulu dan kemudian barulah buat keputusan siapa dia dan ini baru adil,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Buku ‘Biografi Rosmah Mansor’ petang tadi.

Menurut Choo Keong lagi, sememangnya menjadi ragam rakyat Malaysia yang lebih gemar mempercayai sesuatu perkara tanpa berfikir atau selidik terlebih dahulu.

Apabila ada kontroversi berkaitan orang-orang ternama maka sebagai individu yang berfikiran normal, Choo Keong merasakan beliau perlu mengtahui perkara sebenar tanpa mendengar tuduhan sebelah pihak sahaja.

“Saya rasa orang, kalau berminat memang dia sanggup beli, baca dan ambil tahu.. tapi bagi orang-orang tertentu, kalau jual RM20 pun dia belum tentu nak beli.

“Sebab apa dia tak nak beli… kerana dia percaya fitnah sahaja.

“Tetapi bagi pengundi atas pagar yang ada pendidikan memang dia nak nak baca… nak tahu sendiri siapakah sebenarnya Rosmah ini.

“Ramai lagi rakyat nak tahu siapa Rosmah ini selain dari isteri kepada Perdana Menteri,” tambahnya.

Katanya lagi, pada masa sekarang pelbagai fitnah dilempar untuk mencemarkan imej Rosmah dan sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri.

Jelas beliau, oleh kerana golongan berkenaan tidak dapat mencari kelemahan dari segi polisi dan dasar negara lantas mereka menjadikan populariti sebagai perjuangan politik.

“Bagaimanapun mereka akan buat sesuatu kerana populariti Najib dan Rosmah semakin hari semakin kuat,” katanya. - PerakToday


No comments:

Post a Comment