Sunday, 31 March 2013

KERAJAAN PERLU PERHALUSI SEMULA KEMASUKAN PENDATANG ASING NI !!!



Kalau anda perasan, semenjak dua kebelakangan ini, konflik dan pergaduhan antara rakyat tempatan dengan kelompok pendatang asing semakin kerap dan semakin ganas.


Dalam masa seminggu ini sahaja kita mendengar pelajar dari benua Afrika mati dalam pergaduhan, asrama pekerja Nepal diserang rakyat tempatan di Johor.

Itu yang dilaporkan, mungkin ada kejadian-kejadian kecil yang tidak sampai ke pengetahuan media.

Jangan salahkah rakyat Malaysia dalam hal ini kerana kejadian seumpama itu tidak berlaku suatu masa dahulu tetapi semakin kerap dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.

Puncanya secara tepat tidak diketahui tetapi berkemungkinan daripada sikap para pendatang yang selama ini ingat rakyat Malaysia adalah sekumpulan orang yang penakut.

Memang sikap kita di Malaysia ialah mengelakkan konflik sebab itu rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini boleh dikatakan telah begitu lama hidup tanpa pertumpahan darah (kecuali insiden 13 Mei yang banyak bertumpu di kawasan bandar sahaja).

Disebabkan kita diam, maka kumpulan itu beranggapan kita takut dan mula naik kepala.

Benarlah pepatah Melayu…air yang tenang jangan disangka tiada buaya….

Hanya kerana kita diam bukan bermakna kita takut…cuma kita lebih bertamadun.

Namun, pendatang yang sebahagian besar tiada pendidikan yang secukupnya gagal memahami konsep datang cari rezeki diam-diam, balik pun dengan diam-diam.

Perkara yang perlu diberikan perhatian ialah, kita memang tidak boleh menafikan bahawa rakyat Malaysia semakin kurang senang dengan kedatangan pendatang asing.

Di sebalik itu, jangan kita lupa bahawa dengan kemajuan yang melanda Malaysia, kebergantungan kepada buruh asing juga sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

Maka, ada dua aspek terpenting di sini, satu rakyat kita makin kurang senang dengan pendatang asing tetapi pada masa yang sama kita juga memerlukan mereka.

Jadi, perlu ada jalan tengah dalam isu ini.

Yang harus dijadikan keutamaan ialah menilai kembali berapa ramai pekerja asing yang kita benar-benar perlukan. Jangan terlebih jumlah mereka.

Jangan main bagi sahaja mana-mana syarikat atau kumpulan membawa masuk pekerja asing sesuka hati.

Memang satu peniagaan yang mengutungkan ‘jual pekerja asing’, tetapi budaya dan sikap itu perlu mula dibanteras dari sekarang.

Gerakan kempen untuk memastikan anak-anak muda kita mengambil alih kekosongan kerja yang ada di negara ini.

Maaf cakaplah…sebahagian golongan muda tempatan begitu manja apabila kerja pun ala-ala buat syarat dan pantang ditegur, terus marah dan berhenti sesuka hati.

Ini menjadikan majikan tempatan adakalanya terpaksa memilih pekerja asing yang lebih patuh.

Perkara kedua, mungkin satu cadangan yang pelik tetapi perlu diberikan perhatian jika konflik antara rakyat tempatan dan pendatang asing hendak dikekang iaitu mengawal penjualan arak atau minuman beralkohol kepada pendatang asing.

Kenapa?

Kalau anda semua perasan…kumpulan pendatang ini kerap kali terutama pada sebelah petang atau malam (selepas habis kerja) akan membeli minuman keras dalam jumlah yang banyak.

Kebanyakkan konflik sama ada sesama mereka atau dengan rakyat tempatan bermula ketika mereka sedang mabuk.

Jarang berlaku ketika mereka waras.

Arak menyebabkan mereka bergaduh berbunuhan sesama sendiri atau menular sehingga melibatkan rakyat tempatan.

Penjualan alkohol kepada pendatang perlu dihadkan di hotel-hotel sahaja.

Senang cakap, sudah tiba masanya kod tingkah laku terhadap pekerja asing mula diperkenalkan.

Jangan ambil kira senario Malaysia sebagai sama dengan senario negara lain termasuk di barat.

Rakyat Malaysia sendiri sudah terbentuk dari pelbagai kaum dan agama, kini ditambah dengan berjuta rakyat asing yang juga berlainan kaum dan agama.

Negara kita sebenarnya umpama bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa jika konflik ganas yang mula wujud dalam masyarakat kita tidak dikawal bermula sekarang.

Kod tingkah laku ini perlu dikuatkuasakan dengan baik. Larangan penjualan alkohol kepada pendatang asing satu permulaan yang baik untuk memperkenalkan kod tingkah laku.

Bukan apa…sudah beberapa kali penulis sebutkan, Malaysia adalah negara pelbagai kaum dan agama, kalau kita sudah biasa bergaduh dengan pendatang asing, bukan mustahil gaya hidup ganas akan menjadi budaya kita dan akhirnya rakyat Malaysia pula mula bergaduh sesama sendiri.

Mula la melihat tanda-tanda yang wujud di sekeliling dan mengambil tindakan segera. - mynewshub


1 comment:

  1. Bahaya ooo banyak pekerja asing.. sekali depa buat 'Asing Spring' xnaya kita?

    ReplyDelete