Saturday, 30 March 2013

KISAH HIKAYAT YANG MEMBUATKAN SYAITAN BAHALOL KIRAM III JADI GILA TALAK !!!



Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama Sabah, berkahwin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan mereka menghasillan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka. 


Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan berani. 

Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah dari luar, si Sepanyol dan si British. 

Isteri Brunei bernama Amanilah dirampas Sepanyol, ditukar namanya jadi Manila.

Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun-tahun, Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan menyerahkan isterinya Sabah kepada Sulu. 

Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidaklah membantu dalam perang saudara, oleh kerana kekuatan Brunei semakin lemah, perkara ini didiamkan sahaja. 

Jadilah Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.

Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000 kepada Brunei, British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat Brunei dapat wang 12000 setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan “isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun. 

Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan laki baru dia British, duit makin masuk, ekonomi makin stabil, anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup gembira. 

Sehinggalah datang pemuda mata sepet, Jepun. 

Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik, tidak meminang. 

Ambil terus bini orang, British dihalau jauh dari Sabah.

Kerana cintanya kepada Sabah, British datang kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun. 

Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah, British kembali dengan isterinya, namun British sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. 

British ingin menceraikan Sabah.

Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu dengan Sarawak dan Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia. 

Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas jantinanya tidak diketahui sama ada jantan atau betina, dan menyusahkan lakinya. 

Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram, asalnya miskin dan sekarang senang. 

Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang bahagia, tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda. 

British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli….

TETAPI SULU.. laki Sabah yang dulu, nampaknya ingin merampas kembali bekas isterinya yang semakin harum, semakin cantik dan bergaya. 

Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah inginkan bapa tiri macam kamu..!!!

5 comments:

  1. parti tupperware30 March 2013 at 06:10

    Kekeke.. Pandai tul storytelling... Clear kepala otak yg tgh kusut pagi buta ni.. Camner Sabah nk balik semula lepas kena talak... Sulu pun hidup menumpang dgn Amanila, si janda kaya dan kejam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gua citer sejarah direct kang bosan der.. Gua bagi bacaan ringan time Subuh supaya lebih mudah faham... hahaha...

      Delete
  2. Hahahaha...pandai. Ringkasan sejarah tapi isinya memang tepat.

    ReplyDelete
  3. masalahnya sekarang selain dari sulu gila talak ada dua hero dari semenanjung yang merebutkan sabah.mereka berdua akan bertanding habis habisan dlm pertandingan sengit yg akan berlangsung tak lama lagi..mimang betul lai tu si sabah ni ramai peminat sejak dari dulu lagi bah tapi si Kiram sulu ditolak mantah mantah olih urang urang si sabah pasal dia samseng dan nda handsome.tapi kalo hero yang satu lagi si anwar TAKUT TAKUT SI SABAH NDA BULIH TAHAN DIA PUNYA PUKULAN,HAHAHA....mimang aku ini anak urang miskin tiada apa..yd dpt....engkau mimang cantik...

    ReplyDelete
  4. Terbaik! Satu perkisahan yang sesuai diceritakan kepada remaja secara santai. InsyaALLAH mereka akan faham. Idea perkisahan sebegini boleh masuk dalam ertandingan THE BIG DREAM.

    ReplyDelete