Friday, 1 March 2013

TERKINI !!! LAHAD DATU - ADEGAN TEMBAK MENEMBAK 2 ANGGOTA KESELAMATAN MALAYSIA TERKORBAN !!! AL-FATIHAH !!!


Salam semua...

I4TT mendapat perkhabaran buruk dari Lahad Datu.


Hari ini telah berlaku adegan tembak menembak antara Tentera Malaysia dengan puak penceroboh Filipina.

Puak penceroboh ini mendakwa bahawa Tentera Malaysia yang memulakan tembakan sebelum bermulanya adegan tembak menembak yang tercetus.

Untuk adegan tembak menembak tersebut KLIK SINI.

Walaupun puak penceroboh mendakwa Tentera Malaysia yang memulakan serangan, amat tidak logik pada hemat I4TT.

Yang dalam keadaan terdesak kini adalah puak penceroboh yang kehabisan bekalan makanan.

Jadi amat tidak logik dakwaan puak penceroboh.

Sudahlah menceroboh negara orang, tembak pula Tentera kita.

Menyusahkan orang je la puak penceroboh yang mendakwa mereka ni tentera Sultan Sulu.

Perkhabaran terbaru yang I4TT terima dari SGB;

ALFATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006 INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU. G/17984 skuad 2/2006

Al-fatihah... Semoga roh arwah dicucuri rahmat... Amin.. Amin.. Ya Rabbal Al Amin...

Gugurnya seorang wira negara yang mempertahankan negara demi keamanan rakyat Malaysia... 


3 comments:

  1. pd pendapat aku, apabila ada kematian di pihak Malaysia, kita tidak perlu berlembut lagi. kerana kerajaan Malaysia telah memberi terlalu banyak ruang dan peluang untuk lanun penceroboh pulang ke tempat asal dengan aman dan selamat.

    KERAJAAN MALAYSIA..BERTINDAK TEGAS LAH. KITA NEGARA BERDAULAT. ALLAHU AKBAR!!!

    ReplyDelete
  2. xkirala sapa yg mulakan tembak... yg penting penceroboh tetap menceroboh!!

    ReplyDelete
  3. TUHAN LINDUNGILAH PASUKAN KESELAMATAN MALAYSIA DI LAHAD DATU....
    YANG TELAH TEKORBAN AL-FATIHAH.....

    ReplyDelete