Sunday, 10 March 2013

LAHAD DATU - BLOGGER AAKJ BERTEMPUR DENGAN PENGGANAS SULU !!!



Petugas media terserempak dengan satu individu bersenjata ketika memasuki "zon merah" dalam kawasan Kampung Tanjung Labian yang menjadi kawasan operasi pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata.


Kumpulan petugas media berkenaan mengunjungi kawasan tersebut yang disangka selamat memandangkan satu sekatan polis yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kampung tersebut tidak dikawal.

Jurugambar The Star Normiemie Duin berkata mereka menyangka demikian apabila melihat penduduk bermotosikal keluar dari kampung berkenaan dan sekatan itu juga tidak dikawal.

Dua kenderaan membawa jurukamera tersebut terpisah sebaik memasuki kampung berkenaan.

Normiemie berkata, beliau secara tiba-tiba terlihat satu individu berpakaian gelap dan bersenjata raifal sedang bersembunyi di sebalik pohon kelapa sawit.

Beliau segera tunduk dan meletakkan kameranya kerana bimbang individu tersebut menyangka kameranya satu senjata.

Lelaki bersenjata itu juga merebahkan badan ke tanah manakala pemandu kenderaan, wartawan TV Al-Hijrah Senieffa Mushtadfa Albakry, berpatah balik dan memecut untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Beliau turut memberitahu rakannya, yang sedang merakam foto di kawasan berdekatan, untuk meninggalkan kawasan itu.

Rakannya itu turut meninggalkan kawasan berkenaan, katanya.

Normiemie berkata beliau pasti bahawa lelaki bersenjata itu bukan seorang anggota keselamatan.

Tambahnya, individu berkenaan tentunya akan memberhentikan mereka dan tidak bertindak sedemikian. 

[ AAKJ ]

Blogger AAKJ kini berada di Lahad Datu untuk liputan khas. 

Semoga Allah melindungi semua petugas media yang melaporkan berita untuk seluruh rakyat Malaysia.

Semoga Allah melindungi semua anggota keselamatan kita, PDRM dan 3 sayap ATM dalam misi mereka mempertahankan bumi Sabah.

Semoga penduduk Sabah juga berada dibawah lindungan Ilahi.


No comments:

Post a Comment