Terima Kasih PM !!!
Itulah antara ungkapan yang dilafazkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.
Ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam tadi, Perdana Menteri berkata BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan.
Ini kerana program tersebut bertujuan untuk menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.
Pimpinan Pas sebelum ini telah melemparkan pelbagai gelaran terhadap usaha kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat melalui pemberian ini.
Nik Aziz sebagai contoh, sebagai Mursyidul Am mengatakan pemberian ini diumpamakan seperti memberi makan kepada BINATANG.
Di ikuti pula dengan kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang yang mengatakan penerima bantuan tersebut sebagai BODOH dan Firaun ketika zamannya juga turut memberikan BR1M kepada rakyatnya.
Mungkin kerana berpegang kepada alasan tersebut, maka Nik Aziz selaku Menteri Besar tidak pernah memberikan apa-apa bantuan kewangan kepada rakyatnya di Kelantan.
Parodinya sebagai PENGEMBALA BINATANG, Nik Aziz merasakan adalah menjadi tanggungjawab BINATANG TERNAKAN untuk memberikan habuan kepada pengembala.
Sekiranya BINATANG itu ayam atau itik maka tanggungjawab mereka ialah mengeluarkan telur, manakala sekiranya mereka itu lembu atau kambing maka tanggungjawab mereka menghasilkan susu untuk pengembala.
Lebih malang, bila tiba masa BINATANG tersebut akan disembelih dan dilapah dagingnya untuk dijual atau dijadilkan lauk.
Patutlah kita anak-anak Kelantan di perantauan merungut kerana kesesakan jalan raya setiap kali tiba musim perayaan, kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz, meminta mereka mengeluarkan duit sendiri bagi membiayai pembinaan lebuhraya pantai-timur itu.
Berbalik kepada Hadi Awang, sudah tentu sebagai ULAMA BESAR beliau enggan disamakan dengan firaun.
Mungkin atas sebab itu juga beliau ketika memegang jawatan sebagai Menteri Besar tidak menjalankan program untuk membela rakyat.
Lebih mulia lagi, ia bagi mengelakkan rakyat diBODOHkan sekiranya kerajaan negeri Terengganu pimpinannya pada masa itu mengambil pendekatan sama untuk memberikan bantuan.
Sungguh mulia dan bersih hati pimpinan Pas ini, mereka sanggup menerima segala kutukan dan kecaman demi mempertahankan pendapat yang HANYA difahami oleh mereka berdua.
Kesimpulannya, masyarakat sepatutnya boleh menilai, mereka yang benar-benar ikhlas membantu kerana merasai denyut nadi rakyat berbanding mereka yang hanya berselindung di sebalik serban dan jubah putih bagi menutup kelemahan mengurus tadbir sebuah kerajaan.
Seperti kata Perdana Menteri janganlah melakukan eksperimen terhadap masa depan kerana bukan suatu perkara yang mudah untuk bangkit semula dan pulih dari kepunahan tersebut yang hanya disebabkan silap dalam membuat pilihan.
Realitinya, bukan semua kerajaan berkemampuan, kerana walaupuun ramai yang merasakan setiap kerajaan itu sama, namun namun, prestasi setiap kerajaan adalah saling berbeza.
[ SUMBER ]
No comments:
Post a Comment