Tuesday, 30 April 2013

AGENDA NUAR TERBANTUT DIDEDAH SYED !!! SIAPA SYED ?!! #PRU13


SEMENJAK mula hangatnya bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), bermacam-macam rancangan jahat pembangkang yang telah berjaya didedahkan oleh pengamal-pengamal media sosial terutamanya para blogger tanahair.


Agenda jahat pembangkang ini bukan sekadar tuduhan kosong, malah turut disertakan bukti dalam bentuk sebaran teks pesanan ringkas (SMS), mesej WhatsApp, BlackBerry Messengger (BBM), email dan juga dalam bentuk dokumen yang jatuh ke tangan si pendedah.

Mencetus huru-hara bukanlah asing bagi pembangkang.

Kita pernah dijamu dengan aksi ganas dan melampau pembangkang dalam setiap himpunan yang mereka anjurkan.


bersih-police-car

Penulis berikan gambaran diatas sebagai contoh keganasan ekstrim puak pembangkang ketika mereka menganjurkan Himpunan Bersih 3.0.

Tanpa belas kasihan, anggota polis dicederakan, diserang dan kemudian kenderaan penguatkuasa berkenaan diterbalikkan.


samseng pas

Ini pula semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Mungkin ada yang akan kata, “ini cerita lama” dan “mereka kini sudah bertaubat” atau paling tidakpun “Nik Aziz telah ampunkan dosa mereka”.

Apa kata penulis berikan contoh paling baru pula didalam kita sedang hangat dengan kempen PRU-13 ini.

Bagaimana pembangkang mahu jelaskan tentang pendedahan yang terbaru dan video berkenaan pula sedang viral didalam semua medium media sosial ?

Seorang pelajar berumur 11 tahun dibelasah teruk oleh seorang Ustaz PAS hanya kerana perbezaan ideologi politik.

Untuk pendedahan lanjut kisah berkenaan, pembaca boleh KLIK SINI dan tontonlah video dibawah;


Apa yang penulis titipkan diatas adalah antara tahap keganasan dan sejauh mana mereka ini mampu untuk bertindak ganas, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Malah, mereka ini sanggup bertindak diluar norma kehidupan manusia yang bertamadun.

Bagaimana pula Anwar dan PKR mahu menjelaskan berkaitan dokumen ini ?


SuratPKR1

SuratPKR2

SuratPKR3

SuratPKR4

Klik gambar diatas untuk membaca isi kandungan dokumen yang dikeluarkan dari Pejabat Timbalan Presiden PKR.

Isi kandungan surat diatas menjelaskan dengan sangat terperinci bentuk arahan untuk mencetuskan kehuru-haraan terjadi di pusat-pusat pembuangan undi.

Selain dari ini, malah terdapat juga pendedahan untuk mencetuskan kekeliruan di pusat-pusat mengundi supaya terjadi pergaduhan untuk timbulkan suasana huru-hara.

Muslihat penggunaan dakwat kekal untuk dimanipulasikan juga turut pernah didedahkan.

Malah, penulis pernah mendapat mesej WhatsApp yang mana didalam mesej tersebut menyeru penyokong pembangkang menyebut berapa ayat provokasi semasa beratur ketika mahu membuang undi agar didengari oleh orang yang beratur dihadapan dan dibelakang.

Kononnya, itu sebagai langkah terakhir untuk mempengaruhi undi.

Selain dari mencetuskan huru-hara sebelum hari pembuangan undi, rakyat juga didoktrinkan dengan fitnah yang mencabar kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pembangkang meyakinkan penyokong “totok” mereka bahawa mereka akan menang besar dan mengatakan SPR akan bersekongkol dengan Barisan Nasional untuk memanipulasi undi.

Tak kanlah rakyat Malaysia ini bodoh semuanya, saban hari pemimpin, pengikut dan juga penyokong pembangkang didedahkan meninggalkan parti dan menyertai Barisan Nasional.

Jadi, dimana pula lagi berbaki kekuatan pembangkang ?

Tidak cukup dengan itu, terlalu banyak pendedahan korupsi dan kecelaruan pembangkang yang membuatkan rakyat sedikit demi sedikit meninggalkan pembangkang.

Oleh kerana pembangkang mengetahui dari awal bahawa mereka akan kalah dengan teruk sekali, maka mereka mula mendoktrinisasikan penyokong mereka dengan pelbagai fitnah dan tuduhan yang mencabar kredibiliti SPR.

Hanya dengan cara itu, pembangkang dapat menghasut penyokong-penyokong mereka yang tinggal hanya beberapa ribu itu untuk membuat kekacauan dan demontrasi jalanan sebaik sahaja keputusan PRU-13 diumumkan.

Sesungguhnya, pembangkang pasti tidak dapat menerima tamparan yang maha hebat dari kekalahan teruk mereka yang telah dijangka oleh majoriti rakyat Malaysia.


pelan huru hara pru13

Infografik diatas menunjukkan perjalanan rancangan jahat pembangkang menggulingkan kerajaan yang sah sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU-13 (klik gambar untuk dibesarkan).

Oleh itu, blogger Syed Akbar Ali mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan rancangan kekacauan yang mahu ditimbulkan oleh pembangkang.

Didalam penulisan beliau berbahasa Inggeris itu, beliau telah menjelaskan dengan penuh terperinci analisis rancangan jahat pembangkang untuk menimbulkan kekacauan selepas keputusan PRU-13.

Perhimpunan Bersih yang berlangsung sebelum ini menunjukkan ada anasir-anasir jahat dari luar yang membantu menghuru-harakan negara.

Ini bukan lagi rahsia kerana dana-dana dan “bantuan” dari luar kepada pembangkang telah banyak didedahkan sebelum ini, jadi penulis amat yakin bahawa rakyat juga telah maklum akan perkara ini.

Sebagai contoh SUARAM, BERSIH dan Malaysiakini antara proksi pembangkang yang dikatakan telah mendapat suntikan dana dari tangan asing, namun sehingga hari ini mereka tidak mampu menafikannya.

Perkara yang sama mungkin berulang sekiranya pembangkang kalah didalam PRU13, memandangkan didalam ceramah-ceramah pembangkang sendiri sentiasa memburukkan SPR dan secara terang-terangan juga mereka turut menyeru penyokong untuk turun dijalanan jika pembangkang kalah teruk dalam PRU-13.

Ternyata demokrasi dan hak pengundi dinafikan pembangkang, dan mereka secara jelas tanpa berselindung mahu mengambil alih kerajaan melalui kaedah keganasan kerana tidak diterima majoriti rakyat.

Oleh itu, rakyat harus berhati-hati dan sentiasa mematuhi undang-undang negara.

Yang paling penting sekali, jangan mudah terpedaya dengan dakyah dan laungan pembangkang.

Lagi... BACA SINI lah...




1 comment:

  1. NIK AZIZ terpaksa kekal sebagai jelmaan FIRAUN, berkuasa hingga MATI, untuk mencuri masa melihat aksi PELIWAT agung abad ini kekal kuat tegak!!!!!!!!

    ReplyDelete