Monday, 1 April 2013

ANTARA @NajibRazak DAN @anwaribrahim !!!


Siapa yang tidak mengenali YAB PM Dato' Sri Mohd Najib Razak dan juga Anwar Ibrahim.

Malah seluruh dunia mengenali kedua-duanya.


Kedua-duanya mempunyai persamaan tetapi, tetap ada perbezaan didalam persamaan tersebut.

JAWATAN PERDANA MENTERI

Anwar 'pernah' menjadi pemimpin walaupun pemimpin no2 (Timbalan Perdana Menteri) didalam negara dan cita-citanya menjadi pemimpin no1 negara (Perdana Menteri) masih belum terpadam tetapi dia juga adalah 'bekas banduan'.

Manakala DS Najib pula kini adalah pemimpin no1 negara yang disegani diseluruh dunia.

LATAR BELAKANG

DS Najib dan juga Anwar adalah dilahirkan dari latarbelakang politik UMNO yang mana keduanya mempunyai ibubapa yang tegar menyokong UMNO malah menjadi pemimpin didalam UMNO.

Anwar, anak kelahiran Cheruk Tok Kun. 

Bapanya, Ibrahim pernah menyandang jawatan Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan di era pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ibu Anwar pula adalah seorang pemimpin wanita UMNO yang terkenal di Seberang Prai.

Walaupun berstatus dari 'keturunan India' yang memeluk Islam, berjaya juga anak beranak ini menjawat jawatan melalui UMNO, parti keramat orang Melayu.

Oleh itu, tidak hairan jika Anwar ini 'petah' berkata-kata.

DS Najib anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang, anak sulung kepada Tun Haji Abdul Razak.

Siapa yang tidak mengenali ayahanda kepada DS Najib, Tun Haji Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, anak kelahiran Pekan, Pahang.

Beliau amat dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Hari ini, DS Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Darah 'Melayu Bugis' yang mengalir didalam kedua-dua pemimpin dan bekas pemimpin no1 negara ini, ayah dan anak, telah membawa hala tuju negara kearah satu bentuk perubahan yang berani mengikut keperluan didalam kedua-dua era.

Oleh itu, tidak menghairankan kedua-duanya (ayah dan anak) berjaya menjadi pemimpin yang berani dan disegani.

Begitulah serba ringkasnya latarbelakang asal usul DS Najib dan Anwar.

PENDIDIKAN

DS Najib dan Anwar, kedua-duanya pernah belajar di sekolah 'all boys'.

Anwar di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) manakala DS Najib di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.

Kedua-duanya mendapat pendidikan 'tertiary'.

Anwar menyambung pengajian di Universiti of Malaya pada tahun 1967 dalam jurusan Pengajian Melayu (Sastera).

DS Najib menyambung pengajian tinggi di Universiti Nottingham, England pada tahun 1974 dalam jurusan Ekonomi Industri.

PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

Seperti yang kita semua telah pun tahu dan maklum, Anwar Ibrahim ini 'ligat' dengan aktiviti jalanan yang sentiasa memberontak malah pernah dikenakan tahanan ISA.

Malah kecenderungan Anwar dalam berpolitik 'style ekstrim' bermula di era pengajian tingginya.

Entah bila dia belajar pun tak tahulah. 

Bak kata salah seorang bekas penuntut UM yang sama-sama belajar dengan Anwar cuma berbeza jurusan dari fakulti Kejuruteraan yang aku kenali rapat pernah menyatakan kepada aku bahawa; 


"Anwar banyak 'free time' sebab study Sastera, sebab tu kerjanya memberontak, demonstrasi, duduk di jalanan, hasut sana sini, lainlah kami yang belajar kejuruteraan ni, tak sempat nak makan pun ada..."

Hari ini Anwar masih dijalanan memberontak manakala kenalan aku tu pula adalah pesara jurutera kanan dan beliau antara yang terlibat dalam kajian krisis air Selangor dan terlibat dalam banyak projek-projek membuka dan mengurus empangan di seluruh Malaysia. 

Itulah beza antara orang yang belajar bersungguh-sungguh dan yang guna platform belajar untuk memberontak.

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak menjinakkan Anwar ketika itu dengan memberikan ruang dan peluang untuk Anwar berubah dan bersama dalam kepimpinan negara.

Malah Anwar ketika itu menjadi 'orang kanan' dan 'orang kepercayaan' Tun M.

Tapi, apa nak kata, sikap tamak dan rakus manusia bernama Anwar ini tidak dapat dibendung.

Akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga kau Anwar dan terbongkar segala tembelang yang cuba disorokkan !!!

Berbeza pula zaman remaja DS Najib dengan Anwar ni.

Beliau sangat berbeza dari corak pembentukan sahsiah Anwar yang memberontak macam manusia 'kurang kasih sayang'.

DS Najib adalah seorang yang tekun dalam pembelajaran.

Beliau telah kehilangan ayahanda tercinta seawal usia 23 tahun.

Kematian mengejut Tun Haji Abdul Razak kerana penyakit leukimia di London pada 14 Januari 1976, menyebabkan DS Najib menceburkan diri dalam arena politik.

DS Najib merupakan Ahli Parlimen termuda dalam sejarah politik Malaysia ketika itu selepas menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pekan yang kosong menggantikan ayahandanya.

DS Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. 

Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Begitulah pengisian kehidupan remaja dan pembentukan sahsiah YAB PM DS Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.

PERKAHWINAN

DS Najib dan DS Rosmah berkahwin selepas kegagalan perkahwinan pertama masing-masing.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa.

Anwar dan Wan Azizah pula keduanya melalui perkahwinan kali pertama yang mana perkenalan tersebut bermula dari zaman belajar diperkenalkan oleh rakan dan sering 'dating'.

Kerana tidak mendapat restu keluarga, maka Anwar dan Wan Azizah 'kahwin lari' di Thailand.

Hasil perkahwinan 'kahwin lari' yang tidak mengikut syarak itu, mereka mendapat 6 orang cahaya mata.

HALA TUJU POLITIK

Tak banyak yang menarik boleh diceritakan tentang YAB PM kita DS Najib kerana beliau bukanlah pengamal 'politik ekstrim' tetapi mewarisi sikap dan cerminan kepimpinan berkesan ayahandanya.

Memulakan kariernya dengan menggantikan ayahandanya dan sentiasa bersederhana dalam politik.

Beliau seorang yang tegas dan sentiasa istiqamah dalam setiap tugasan dan jawatan yang disandangnya.

Beliau menjalankan tugasnya dengan amat baik didalam semua portfolio yang dipegangnya.

Sepertimana Allahyarham ayahandanya yang membuat perubahan untuk pembangunan dan ekonomi negara, begitu juga dengan DS Najib yang membawa transformasi di era kemodenan dan kecanggihan teknologi ini disamping terus berusaha untuk mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Tambahan pula, pada masa kini Malaysia sedang menghadapi cabaran politik hasutan, fitnah dan perkauman yang dicetuskan oleh musuh politiknya secara berleluasa dengan arus kemodenan dan kecanggihan teknologi media yang pesat berkembang.

Amat jauh berbeza dengan Anwar Ibrahim yang memulakan karier politiknya secara 'ekstrim'.

Memberontak dijalanan menjadi hala tuju politiknya.

Malah corak politik ini yang dimulakan sejak dahulu masih kekal ke hari ini sebagai seorang Ketua Pembangkang.

Dengan membawa cerminan politik bercorak Islam pada awalnya, maka mengepaklah Anwar dalam arena politik.

Amat lantang menentang kerajaan dan menuduh kerajaan BN dengan pelbagai tohmahan, cacian dan fitnah.

Namun, akhirnya rebah tumbang kepangkuan UMNO/BN diribaan Tun Dr Mahathir hasil 'jaminan baik' Tengku Razaleigh Hamzah.

Dengan bertopengkan Islam, Anwar berjaya meraih pengaruh bukan sekadar didalam negara malah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Agak pelik, seorang yang membawa politik Islam, menunjukkan keperibadian Islam sebagai topeng, Anwar mampu 'kahwin lari' di Thailand yang mana tidak berlandaskan ajaran Islam.

Sebagai seorang yang dikenali sebagai pejuang Islam, membawa politik jalanan dan mencetuskan huru-hara yang mana sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebagai seorang pejuang Islam ketika itu, Anwar memilih kuasa duniawi dan mengenepikan PAS.

Ini belum lagi aku buka kisah moralnya yang menyasar jauh dari perjuangan Islam yang sebenar.

Dalam lantang mengecam kerajaan yang dikatakan tidak Islamik, akhirnya Anwar memilih jawatan 'Menteri penuh' dalam kabinet kerajaan mengatasi perjuangan Islamnya.

Perubahan hala tuju politiknya juga, turut merubah kehidupan peribadinya.

Kezuhudannya hilang, capalnya hilang dan wolkswagen usangnya turut hilang, malah sut bernilai berbelas dan berpuluh ribu ringgit menjadi budaya barunya.

Jika dahulunya Anwar gemar berpidato dengan lantang, kini Anwar gemar mengisi masa luangnya yang terlampau banyak sebagai Ketua Pembangkang dengan berceramah kesana sini.

Style 'politik air liur'nya tetap kekal dari dahulu hingga hari ini.

Dari beberapa sumber yang aku perolehi, Wan Azizah dahulu kerap mengadu kepada teman rapatnya bahawa Anwar kerap kali memukulnya sehingga lebam-lebam dan bengkak.

Jika dakwaan tersebut adalah benar, maka Anwar tidak layak diangkat sebagai pejuang Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam dalam berkeluarga.

Berbeza sungguh kedua-dua pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang ini.

Mungkin kerana didikan yang sentiasa bersederhana, Najib memperkenalkan konsep 'wasatiyyah' untuk diamalkan.

Manakala Anwar yang terdidik politiknya dengan keganasan, 'brutality' dan memberontak, maka wadah perjuangan Anwar masih kekal dijalanan menimbulkan kehuru-haraan.

KHIANAT


Sepertimana kita tahu, DS Najib adalah pemimpin no1 negara dan beliau naik ke posisinya hari ini tanpa percaturan kotor.

Berbeza dengan Anwar.

Anwar 'naik' begitu cepat, dan tidak hairan juga dia 'turun' pun begitu cepat !!!

Sikap khianat Anwar ni, aku dah lama tahu dari tahun 90-an lagi.

Ketika masih menjadi 'anak emas' Tun Mahathir lagi, Anwar telah pun merancang untuk menjatuhkan Tun dan merampas tampuk pemerintahan 'ikut pintu belakang'.

Anwar cuba memasang perangkap terhadap Tun namun, Anwar itu manusia, sebijak-bijak rancangan manusia, namun Allah lebih berkuasa.

Apakah Anwar masih ingat pertemuannya dengan 4 orang kontaktor 'class A' yang minta kebenaran laksanakan satu projek ?!!

Anwar janji untuk bagi approval dan sebagai imbuhan, menawarkan dana untuk mereka.

Seperti biasa, 'perjanjian syaitan' pasti ada 'T&C', bersyarat.

'Syarat mudah' kata Anwar, hanya perlu bantu dia 'jatuhkan' Tun ketika itu.

Disitulah bibit kebencian dan berhati-hati aku terhadap Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu.

Rancangan Anwar, dipintas oleh Allah SWT, beberapa tahun selepas itu, skandal Anwar mula terbuka dan terdedah yang akhirnya membawa pemecatannya.

Kerana politik kotor dan licik Anwar, ramai yang berhati-hati dengan dia ni, dan tidak hairanlah kenapa ramai yang rapat dengan Anwar seuatu ketika dahulu punya banyak bukti salah laku dan moral Anwar.

Sikap khianat Anwar ini telah lama aku tahu, jadi tidaklah menghairankan bila dalam krisis kewangan tahun 97/98 Anwar bagi cadangan 'paling gila' kepada Tun Mahathir.

Tapi, Tun Mahathir lebih bijak dari Anwar !!!

Sekiranya Anwar boleh khianat kepada Tun M, yang suatu ketika dahulu mengutip Anwar dijalanan, jadi tidak hairanlah pada aku jika demi memenuhi nafsu serakahnya, dia boleh khianat negara.

Penemuan risikan Filipina berikutan penglibatan Anwar terhadap pencerobohan pengganas di Lahad Datu sedikit pun tidak mengejutkan aku.

Malah ianya amat tidak mustahil jika ianya melibatkan Anwar dan pengkhianatan !!!

ATTITUDE, APTITUDE, ALTITUDE DAN MORAL


"It is your attitude, not your aptitude that determines your altitude." [Zig Ziglar]

Maksud ayat ini adalah; "Ia adalah sikap anda, bukan kebolehan anda yang menentukan ketinggian darjat anda"

Kata-kata ini sangat benar sekali jika kita membuat perbandingan antara Ketua Negara kita dengan Ketua Pembangkang kita.

Aku mulakan dengan DS Najib.

Kita dengar dari kem pembangkang tentang salah moral DS Najib yang dikemukakan oleh mereka iaitu skandal beliau bersama seorang model dari Mongolia, mendiang Altantuya Shariibu.

Malah dituduh membunuh model berkenaan.

Namun, sehingga hari ini tiada sebarang bukti yang dapat ditampilkan oleh kem pembangkang.

Anwar Ibrahim dan skandal moral terlampau banyak untuk dibicarakan.

Zina bersama isteri orang, meliwat adik angkatnya, meliwat pembantu peribadinya, berzina dengan pelacur import dari China dan terbaru meliwat seorang mahasiswa.

Kesemua ini mampu dibuktikan melalui gambar dan juga video.

Malah saksi juga turut tampil mendedahkan segalanya.

Kerana salah laku moralnya menyebabkan Anwar dibuang oleh Tun Mahathir dan kini Anwar masih dalam arena politik dan diangkat sebagai ketua pembangkang selepas 'tamat pengajian' dan bergelar 'bekas banduan'.

Attitude (sikap) DS Najib tenang dan bersahaja melayani fitnah-fitnah dari pembangkang biarpun tuduhan berkenaan tidak berasas sama sekali.

Sekalipun, beliau tidak gentar atau takut dengan penyebaran fitnah tersebut yang berleluasa.

Attitude Anwar pula berlainan, akan segera menyaman setiap kali berdepan dengan pendedahan berserta pembuktian dan saksi.

Yang paling tak boleh blah dan agak lucu adalah, yang disaman adalah yang menyampaikan dari sumber, tetapi sumber tidak pula disaman.

Begitulah takutnya Anwar pada kuasa media yang memecahkan tembelangnya.

Kenapa perlu takut ???

DS Najib mempunyai aptitude (bakat/kebolehan) dalam mentadbir negara yang diwarisi dari ayahandanya. 

Ini tidak dapat dinafikan lagi dengan keberkesanan program transformasi beliau membawa hala tuju negara ke arah yang terbaik.

Anwar memang terkenal dengan bakat semulajadi yang 'hebat' dalam berkata-kata.

Bagi yang kurang iman, pasti akan bergetar setiap kali Anwar membuka mulutnya.

Setiap kali terdapatnya bukti salah laku moral dia, maka berpencak silatlah lidahnya menafikan dan kemudiannya 'you ulang lagi, I saman you pula'.

Bakat mentadbir ???

Maaf katalah ye, Anwar tidak punya bakat mentadbir, jangan kata negara, negeri pun tidak mampu.

Semasa Anwar didalam 'circle' pemerintahan sebelum dipecat, tidak ada apa yang mampu disumbangkan oleh bekas siswa sastera ini.

Nasibnya baik kerana adanya Tun Mahathir dan Tun Daim ketika itu.

Jika dibiarkan Anwar berterusan, jawabnya terlelonglah Malaysia.

Namun bakat 'melelong' ini memang sinonim dengan Anwar.

Lihat sahajalah Selangor untuk sepenggal ini, bekas banduan bernama Anwar Ibrahim ini adalah penasihat ekonomi Selangor sebaik sahaja Pakatan merampas Selangor.

Selangor melalui detik transformasi, tetapi bukan transformasi kedepan, tetapi transformasi 'backward'.

Sebagaimana kecenderungan nafsu Anwar terhadap 'belakang', begitulah juga ekonomi negeri Selangor yang semakin kebelakang.

Dari sebuah negeri termaju di Malaysia, kini Selangor sudah mendekati kemunduran Kelantan, Selangor telah mula kembali seperti era Selangor awal 90-an.

Berbalik kepada petikan kata-kata Zig Ziglar, "ia adalah sikap anda, bukan kebolehan anda yang menentukan ketinggian darjat anda".

Dimana darjat Anwar dan DS Najib ???

Dengan sikap DS Najib yang tenang dan terbuka, tanpa isu moral, serta bakat yang 'superb' dalam mentadbir negara, maka selayaknya darjat DS Najib berada di atas sebagai pemimpin no1 negara.

Maka, kata-kata tersebut perlu diubah bagi DS Najib, ini adalah kerana sikap dan bakat DS Najib menjadi penentu ukur ketinggian darjat beliau hari ini.

Cumanya, DS Najib tiada bakat dalam menabur janji kosong dan berkata semberono.

Itulah bezanya DS Najib dan Anwar.

Anwar tidak punya sikap yang baik mahupun moral, sikap barannya dan skandal seks bebas dan songsangnya meloyakan rakyat Malaysia.

Anwar 'demand' orang lain untuk bersikap terbuka, tetapi dia sendiri 'kaki saman' !!!

Bakat mentadbir negara memang tiadalah pada Anwar ni, cuma bakat 'petah berkata' sahaja yang dia ada... 'air liur'...

Sikap dan moral buruk Anwar ini, dan juga bakatnya yang agak bercelaru itu, selayaknya Anwar diletakkan pada darjat yang terendah sekali !!!

Maaf katalah ye, jika diminta memilih, aku pasti memilih DS Najib !!!

Simpang malaikat 44 lah kalau Malaysia ni diserahkan kepada manusia bernama Anwar Ibrahim ni !!!

PILIHANRAYA UMUM KE-13, SIAPA PILIHAN ?!!

Sebenarnya, banyak lagi yang aku nak tulis ni untuk membuat perbandingan antara DS Najib dan Anwar ni.

Tapi nanti panjang sangatlah pula kan, Insyaallah kalau aku rasa nak buat episod 2 nanti, adalah tu.

Walaubagaimanapun, apa yang aku dah coretkan diatas ni cukup untuk membuat perbandingan antara 2 manusia ini.

Macam aku katakan diatas tadi, jika diminta memilih, aku pasti pilih DS Najib.

Berdasarkan latar belakang keluarga keduanya, asal keturunan mereka, bak kata orang tua-tua, jika nak pilih pasangan pun kena tengok asal usul dan keturunan.

Tak kan nak kawin dengan keturunan perompak, pengkhianat dan jenis 'murahan' pula.

Dan jika ditolak isu moral sekalipun, DS Najib masih mendahului Anwar dalam mentadbir negara mahupun negeri.

Pada aku, pilihan kali ini amat mudah untuk aku justifikasikan.

Oleh itu, tepuk sejadah... tanyalah iman... tepuk dada... tanyalah selera...

Pilihan di tangan korang, dan aku... telah cukup pencerahan untuk membuat pilihan... Insyaallah...


No comments:

Post a Comment