Fuziah Saleh semakin tertekan apabila ahli PKR Cabang Indera Mahkota meninggalkan parti dan menyertai Barisan Nasional.
Turut menyertai 600 anggota parti tersebut meninggalkan PKR adalah Ramesh, yang merupakan penggerak kepada jentera partinya di Kuantan.
Penyertaan mereka sebagai ahli Barisan Nasional nyata membuktikan masyarakat India mula membuka mata apabila menyedari PKR hanyalah bermain sandiwara, tanpa memikirkan kepentingan masyarakat India di negara ini.
Ianya sekaligus membuktikan dasar dan polisi BN lebih baik, berbanding Pakatan Rakyat.
Kesemua mereka berikrar meninggalkan parti itu dalam sebuah majlis yang diadakan Kelab Pembangunan India Kuantan.
Ikrar taat setia kepada Barisan Nasional (BN) itu kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Amat menyedihkan bila semakin hampir dengan pilihan raya, jentera Fuziah mula meninggalkannya terkapai-kapai bersendirian.
Sandiwara dimainkan pemimpin PKR ini ternyata gagal memperdaya rakyat Kuantan untuk kembali menyokongnya dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Hal ini juga menunjukkan transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meliputi kepentingan semua kaum tanpa meminggirkan sesiapa.
Tidak dapat dinafikan kemelut yang melanda PKR di Pahang pada ketika ini semakin bertambah buruk hari demi hari.
Sejak bermulanya insiden 'Boo...' dari kalangan ahli-ahli PKR sewaktu pengumuman yang dibuat oleh Anwar Ibrahim ketika mengumumkan calonnya Fauzi, kini timbul pula masalah lain.
Sebelum ini, ahli PKR Paya Besar turut bertindak secara drastik untuk keluar dari parti tersebut.
Suara ahli PKR diperingkat akar umbi seolah-olah telah dipinggirkan begitu sahaja.
Semua ini berlaku disebabkan kesombongan Anwar yang meminggirkan suara bawahan parti, sebaliknya mementingkan diri sendiri.
Persoalannya sekarang, jika ahli sendiri pun PKR buat tak layan, apatah lagi dengan kita orang biasa ?!!
Mampukah mereka mengambil kira pendapat rakyat dan melaksanakan transformasi seperti yang dilakukan Najib ???
Sukar dibayangkan sekiranya mereka ini dibenarkan mentadbir negara...
No comments:
Post a Comment