Tuesday, 23 April 2013

CALON BN DIKEJAR CALON PEMBANGKANG !!! HA HA HA !!!


Sitarunisah

Pada hari keempat selepas hari penamaan calon pada Sabtu lepas, bermulalah pergerakan setiap calon Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pekan, Pahang untuk berkempen pilihan raya sebelum hari mengundi pada 5 Mei nanti.


Baik calon dari Barisan Nasional mahupun calon pembangkang dan bebas, masing-masing telah memulakan gerakan berkempen sempena PRU13 ini.

Calon bagi DUN Peramu Jaya (N21), Dato’ Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali adalah calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN).

Pada hari ini, penulis difahamkan Dato’ Sheikh Puzi dilaporkan mengadakan beberapa aktiviti bersama dengan penduduk tempatan di DUN Peramu Jaya.

Seperti pagi tadi, Sheikh Puzi mengambil kesempatan beramah mesra dengan rakyat apabila beliau sendiri turun padang duduk bersarapan bersama di Kedai Pak Yunus di bandar Pekan Lama.

Selepas itu, Sheikh Puzi mengadakan pula lawatan bertemu dengan kakitangan kerajaan di Pejabat Daerah Pekan.

Ini menunjukkan kesungguhan dan keazaman Sheikh Puzi untuk memenangi DUN Peramu Jaya dalam PPRU13 kali ini demi memastikan nasib dan kebajikan penduduk tempatan terus terjaga.

Penulis mengambil kesempatan untuk turut serta dalam lawatan tersebut bagi melihat sendiri kesungguhan Sheikh Puzi ini.

Lawatan Sheikh Puzi tidak terlalu lama untuk berjumpa dengan kakitangan kerajaan Pejabat Daerah Pekan memandangkan beliau akan menghadiri mesyuarat dengan jentera parti bagi membincangkan isu-isu untuk menghadapi PRU13 selepas lawatan itu.

Di lokasi tersebut, penulis mendapati, sejurus selepas Sheikh Puzi beredar untuk bermesyuarat di Pejabat UMNO, sebuah kenderaan dari calon DUN pembangkang muncul secara tiba-tiba.

Calon DUN tersebut adalah dari DUN Chini (N23), Sitarunisah Ab Kadir (PKR).

Kemunculan Sitarunisah ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Mengapa perlu dia berada di lokasi yang sama dengan Sheikh Puzi, sedangkan kedudukan lokasi persempadanan DUN Chini terletak agak jauh dari DUN Peramu Jaya ?

Soal jarak dan jauhnya dua lokasi itu mungkin tidak timbul.

Tetapi bagi penulis, kenapa perlu pada hari yang sama dan sejurus selepas calon DUN Peramu Jaya beredar.

Untuk pilihan raya kali ini, rasanya perlu penulis ingatkan kepada Sitarunisah agar berpolitiklah secara rasional, bukannya secara emosional.

Walaupun beliau dilihat terdesak untuk mencontohi gerak kerja Sheikh Puzi yang bersungguh-sungguh untuk bersama rakyat, tidak perlu rasanya Sitarunisah menunjukkan keterdesakannya.

Mungkin selepas ini, Sitarunisah akan cuba mengekori calon-calon DUN lain pula.

Jika selepas ini Sitarunisah ditemui di lokasi calon BN untuk DUN Bebar dan calon DUN Pulau Manis melakukan kempen, maka ianya tidak menghairankan bagi penulis.

Adalah lebih baik jika calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN dalam Parlimen Pekan ini membekalkan set jadual kepada calon-calon DUN pembangkang supaya mudah bagi mereka untuk membontoti aktiviti calon DUN Barisan Nasional bagi Parlimen Pekan.

Lagi... BACA SINI...

Psssttt... Dah kemaruk sangat ke calon DUN Pembangkang ni dengan calon DUN BN kita ni ?!!

Ke mengejar cinta ??? Hahahaha...


No comments:

Post a Comment