Monday, 29 April 2013

DAP BERMANIFESTO UNTUK BUNUH PAS !!! GILO... HA HA HA !!! #PRU13

rebut kerusi

KEMELUT kerjasama antara Pakatan Rakyat kini dilihat semakin meruncing apatah lagi semakin hampir menjelangnya hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu pada 5hb Mei 2013.


Khalayak cukup mengetahui perbalahan didalam kem pembangkang yang melibatkan kerjasama antara PKR, PAS dan DAP yang semakin hari semakin goyah dan perbalahan antara parti komponen pembangkang kini tidak dapat dilindungi lagi.

DAP mahu kekal dengan konsep Malaysian Malaysia, PKR pula mahukan hak kesamarataan dalam semua perkara manakala PAS pula mahukan Hudud dan Negara Islam.

Inilah yang sering dikatakan oleh orang ramai bila nama pembangkang terlintas dikotak fikiran masing-masing, “tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain”.

Bagaimanapun, dalam isu kemahuan PAS, menubuhkan negara Islam tidak lagi menjadi isu buat DAP mahupun PKR kerana PAS telah “menukar” Negara Islam kepada “Negara Kebajikan”.

Kebajikan apa… penulis pun kurang arif, kerana dari apa yang penulis tahu, PAS tidak pernah mempedulikan kebajikan rakyatnya terutama yang beragama Islam malah tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu kebajikan rakyat dianggap pula sebagai memberi “haiwan” makanan.

Penerima bantuan pula dikatakan sebagai “haiwan” !

Malah, Nizar Jamaluddin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sendiri pernah menyatakan bahawa tiada langsung didalam mana-mana transkrip, memorandum, perlembagaan dan dokumen PAS akan niat untuk menubuhkan negara Islam.

Saksikan video dibawah kata-kata beliau didalam sidang dewan rakyat;



Itu berkenaan penubuhan Negara Islam yang kini dianggap telah mati, isu perlaksanaan Hudud pula tidak kurang “carca marba” dan kontroversi.


Hudud hanya rancak diwacanakan pembangkang terutamanya PAS apabila hampir dengan musim Pilihan Raya Umum.

Maka terpekiklah para penceramah PAS giat menyatakan bahawa Hudud akan dilaksanakan sebaik sahaja pembangkang mendapat mandat menawan Putrajaya.

Merata-rata sidang media pula pemimpin PAS bersuara akan melaksanakan Hudud bila kuasa ditangan.

DAP yang amat lantang menentang perlaksanaan Hudud dilihat amat konsistent dari sebelum penggabungan parti pembangkang sehingga hari ini.

Biarpun kini PAS dan DAP bekerjasama dan dipamer imej “erat” dan “rapat”, tapi itu hanyalah sandiwara bagi menutup keretakan rumahtangga pembangkang.

Semakin dekat dengan berkahirnya tempoh berkempen, semakin lantang DAP menyuarakan bantahan perlaksanaan Hudud yang dianggap mereka adalah sesuatu yang “bahaya” dan “memudaratkan”.



Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR menang PRU13.

Bermula dengan Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, dan sekarang ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, telah secara terbuka membantah rancangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan Hudud.

Kenyataan dari pemimpin DAP ini walaupun dinyatakan atas kapasiti kenyataan peribadi, tetapi ianya cukup “biadap” dan menghina PAS.

“Satu-satunya cara bagi mengelakkan perlaksanaan Hudud ini adalah dengan menghentikan PAS”, ujarnya.

Neelamekan menyifatkan perlaksanaan Hudud sebagai satu agenda yang “merbahaya” bagi masyarakat di Malaysia.

Beliau turut menyeru pengundi untuk tidak memberikan undi kepada PAS !

Jika begitu, samalah seperti beliau menyeru pengundi untuk tidak memberikan undi kepada pembangkang… tak gitu ?

Walaupun enggan mengaku, Pakatan Rakyat semakin goyah akibat tiada persefahaman dan perkongsian ideologi perjuangan.

Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau semalam.

Didalam isu ini, penulis melihat PAS masih senyap dan membisu seribu bahasa.

Dimana “kegagahan” PAS yang kononnya lantang mahu melaksanakan Hudud ?

Yang menyuarakan bantahan dari DAP ini bukannya Karpal Singh yang meminta mayatnya dilangkah, tetapi hanyalah “bilis” DAP, apakah PAS masih lagi menggigil ketakutan dek dijerkah ?

Dari senario pertelagahan PAS dan DAP berkaitan Hudud ini, para pengundi terus melihat dan menilai.

Sekiranya berterusan begini, pasti Hudud hanya dapat dilaksanakan didalam mimpi PAS, dan PAS terjaga dari tidurnya sentiasa kerana dijerkah DAP !

Lagi... BACA SINI...


No comments:

Post a Comment