Thursday, 18 April 2013

FENOMENA RAJA GOYANG - HABIS RAKYAT DIGOYANGNYA !!!



Sebelum ini, aku pernah menulis tentang berbezanya antara DS Najib dan Anwar Ibrahim.



Kalau korang terlepas artikel tu, bolehlah KLIK SINI untuk baca.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik yang tidak boleh dipegang kata-katanya.

Janjinya adalah palsu dan kata-katanya hanya sekadar halwa telinga bagi penyokong-penyokong pembangkang yang tidak sedar mereka telah dan sedang ditipu oleh Anwar.

Terbaru beliau berkata pakatan pembangkang tidak berniat untuk membawa revolusi ala Arab Spring ke Malaysia dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Beliau seperti biasa melontarkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap kerajaan tetapi satu pun tidak mampu dibuktikan dengan fakta-fakta yang sahih.

Anwar hanya pandai bertindak sebagai 'agent provocateur' atau pengacau yang melontar bermacam-macam tohmah dan fitnah bagi mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan.

Di Australia, Anwar berkata kepada media asing bahawa pembangkang mahu membawa budaya demonstrasi jalanan dan tindakan revolusi rakyat yang menyaksikan kejatuhan rejim-rejim Arab di Mesir, Tunisia dan Libya.

Anwar mahu menggunakan kaedah yang sama bermula dengan tindakan pembangkang menggunakan platform tiga perhimpunan Bersih kononnya untuk mendesak pilihan raya adil dan telus.

Apabila ketiga-tiga perhimpunan Bersih gagal mencapai objektif mereka untuk menjatuhkan kerajaan, pembangkang beralih pula untuk menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya bertalu-talu.

Anwar mahu mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' dengan tujuan menghancurkan keamanan serta kestabilan negara.

'Arab Spring' adalah alat dan strategi Barat dengan kerjasama gerakan Zionis-Yahudi untuk menumbangkan pimpinan negara-negara Islam di rantau Timur Tengah.

Keadaan di Malaysia adalah berbeza dengan Mesir, Libya atau Tunisia di mana negara-negara tersebut diperintah oleh sistem diktator yang menindas rakyat mereka sendiri.

Walaupun negara kaya dengan sumber asli yang banyak seperti minyak, majoriti rakyat masih jauh ketinggalan dari segi kelangsungan serta kesejahteraan hidup.

Ini termasuk dalam bidang pendidikan, politik, kesihatan, infrastruktur serta kemudahan awam.

Berbeza pula dengan kerajaan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen serta tidak pernah sekali pun pilihan raya negara ditunda atau dibatalkan.

Malahan kini negara berada di gerbang PRU ke 13 bagi memilih kepimpinan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umpamanya telah menggerakkan program transformasinya dalam bidang pentadbiran dan ekonomi sejak memegang tampuk kuasa empat tahun lalu.

Kesannya amat memberangsang dengan merealisasikan konsep Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.

Rakyat mendapat kesan dan manfaat secara langsung daripada pelbagai program kerajaan bukan sahaja meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat tetapi juga berpeluang berkongsi dalam pengagihan kekayaan negara secara adil dan menyeluruh.

'Aku Janji BN' pada pilihan raya umum kali ini adalah testimoni komitmen kerajaan BN untuk terus membela kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum atau latarbelakang sosioekonomi mana-mana rakyat di negara ini.

Sebaliknya apakah yang telah dibuktikan oleh Anwar sepanjang lima tahun beliau memegang jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan bergaji RM1.

Pepatah Inggeris berkata, 'if you give peanuts you get monkeys' atau bermaksud jika Anwar dibayar dengan harga satu ringgit, hasil kerja yang diperolehi juga bernilai yang sama dengan imbuhan yang diberi.

Anwar tidak ada idea bernas untuk membangunkan negara kerana selama hidupnya bermula dengan menjadi pemimpin pelajar di universiti, presiden ABIM hinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menduduki jawatan nombor dua dalam UMNO, beliau terbawa-bawa dengan budaya demonstrasi jalanan yang ia amat mahir dan berpengalaman sekali.

Anwar sesuai menjadi pemimpin kesatuan sekerja yang gemar mendesak hak-hak pekerja dan bukan posisinya sebagai pemimpin negara apatah lagi pemimpin sebuah negara Islam seperti Malaysia.

Pakatan pembangkang yang dipimpin beliau hanya bagaikan pasangan yang tidur sebantal tetapi mimpi berlainan.

Tidak ada permuafakatan yang jitu dan berkesan seperti BN dan justeru impiannya ke Putrajaya hanyalah mainan fantasi pembangkang yang bakal mengecewakan mereka.


No comments:

Post a Comment