Saturday, 27 April 2013

JAWI KEMUKA SAMAN KEPADA HUSAM JAMNAPARI !!! FITNAH JE KERJA DIA !!! #PRU13



Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat laporan polis ke atas calon Parlimen Putrajaya, Husam Musa kerana menyebarkan maklumat palsu (fitnah) bahawa Jabatan tersebut telah memecat seorang AJK surau atas sebab politik.



Husam dalam laman sosialnya mendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah bertindak memecat serta-merta ahli jawatankuasa Surau Abdul Rahman Auf kerana membenarkannya berta’aruf pada 20 April lalu.

Ekoran kenyataan tersebut, para pencacai Pas dan PKR telah bertindak menyebar luaskan kenyataan tersebut di laman-laman media sosial untuk menunjukkan kononnya kerajaan BN/Umno telah bertindak zalim.

Menyedari akan perkara tersebut, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali telah meminta pegawainya membuat satu laporan polis terhadap kenyataan tersebut di samping mengemukakan saman terhadap pimpinan Pas itu. 

Ini kerana tindakan Husam itu jelas berniat jahat untuk meraih undi simpati masyarakat Islam/Melayu di Putrajaya.

Menurut Che Mat, pihaknya mengakui ada memanggil AJK Surau berkenaan untuk mendapat penjelasan namun tiada sebarang tindakan disiplin diambil apatah lagi memecat mereka.

Dasar Penipu ! 

Itulah perkataan yang paling sesuai dilemparkan kepada Naib Presiden Pas, Husam Musa yang nyata berbohong dan menggunakan pendekatan kotor untuk meraih simpati para pengundi.

Di dalam Islam, fitnah merupakan salah satu dari dosa besar, yang mana dosanya lebih besar dari membunuh. 

Namun pemimpin yang mendakwa kononya mewakili sebuah parti Islam, telah menjadi perkara itu sebagai salah satu dari pendekatan untuk meraih simpati dan undi.

Mereka secara jelas tidak lagi memandang bahawa fitnah itu suatu dosa malah Husam dengan bangga merasakan bahawa merupakan satu kaedah terbaik untuk menyebarkan fitnah itu yang dianggap sebagai 'latest news'.

Apakah Husam terlupa dengan firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Baqarah: 191:

“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”

Ini kerana fitnah tersebut boleh memecahkan perpaduan ummah, memutuskan silaturrahim sesama manusia, menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal, harga diri, harta dan sebagainya. 

Ia adalah merupakan kebohongan yang menghancurkan.

Kesimpulannya, mereka yang mendakwa kononnya mewakili Islam sebenarnya hanya menggunakan agama suci ini sebagai alat untuk menghalalkan cara. 

Semoga rakyat tidak tertipu lagi dapat menilai perkara yang sebenarnya.

[ SUMBER ]



3 comments:

  1. bolehlah guna wang zakat untuk bayar penguam nanti

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan, Mohon dipautkan blog sy http://aktiviskepayangjr.blogspot.com/ ke pautkan blog I4TT.. blog tuan telah sy pautkan diblog sy.. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Pakatan memang raja pembohong.. terutamanya anwar ibrahim.. disebabkan pembohongan anwar juga, pkr sabah mula berpaling tadah secara beramai2..

    Borneo Bullet

    ReplyDelete