Friday, 26 April 2013

KATA SIAPA YANG PENYOKONG NAK IKUT NI ?!! JAHANAM !!! #PRU13



Pembangkang semakin hari ini, semakin tidak nampak haluan.



Sorang dok terpekikkan hudud, satu lagi dok terpekik suruh langkah mayat kalau nak laksanakan hudud.

Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Haron Din tentang rancangan Pakatan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya ke Putrajaya telah menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat.

PM Najib menjelaskan bahawa perbezaan pendapat, dan dominasi PAS dalam isu hudud, jelas menunjukkan kurangnya kredibiliti dalam kalangan pemimpin-pemimpin PR.

Karpal Singh terus membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa agenda PAS itu akan menimbulkan huru-hara dan konflik.

Khalid Ibrahim turut membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.

Jadi, kata siapa sekarang yang kita nak ikut ni ???

Pertelagahan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin ketara menjelang hari pembuangan undi.


No comments:

Post a Comment