Wednesday, 17 April 2013

MORAL ISU CALON BN VS CALON PAKATAN HARAM - SIAPA LAGI "ADVANCE" DAN JIJIK !!!



Sejak Isnin lepas, pelbagai spekulasi, kontroversi dan pelbagai "si" lagi yang diperkatakan bila melibatkan isu calon baik didalam BN mahupun PR.


Sebaik je pengumuman DS Najib, totok blogger pembangkang dah mula menyerang calon-calon BN !!!

menepati janji

Jika pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di seluruh negara semalam mahu ditonjolkan sebagai satu pasukan tranformasi yang cukup luar biasa, saya fikir saya harus berbeza pendapat dengan Pengerusi BN, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. 

Calon yang ditonjolkan tidak sehebat dan semegah yang cuba digambarkan.

Kita harus memasarkan realiti kerana hakikatnya di beberapa negeri terutamanya Selangor, terdapat calon-calon yang dipilih secara tidak berhati-hati dan tampak tidak melalui proses pemilihan yang serius. 

Jika tidak pastinya suara-suara tidak berpuas hati dan komentar sinis tidak bercambah di kalangan ahli dan penyokong BN sendiri. 

Hari ini saya pasti Mohd Najib telah pun sedar siapa yang bertanggungjawab mewujudkan keadaan seperti ini dan mengenali yang mana intan dan yang mana kaca.

Oleh kerana pasukan Najib memilih untuk membombastik atau membesar-besarkan senarai calon BN kali ini, maka sedikit cacat cela pun akan diperhati dan dibesarkan oleh rakyat. 

Inilah hakikat apabila kita melancarkan propaganda melampau hingga meloyakan.

Hakikatnya, jika barisan calon BN ini dilihat dan dianalisis atas neraca yang berpaksi realiti, ia merupakan satu barisan calon yang cukup baik untuk lima tahun akan datang.

Setelah lima tahun bergelut dengan tuduhan, fitnah, serangan peribadi, barisan calon yang menggabungkan tenaga muda dan senior, calon muka baru dan lama, serta comeback yang dibuat oleh beberapa calon, telah memberikan satu nafas segar kepada politik BN.

Memang ada calon BN yang dikemukakan mempunyai imej tercemar dan ada cacat-cela. 

Ini bukan luar biasa kerana manusia politik biar apa pun agama anutan, ideologi politik atau wacana poilitik yang beliau sertai tidak mungkin sempurna sifatnya. 

Namun di sebalik cacat cela yang ada, calon-calon yang dikemukakan ini jauh lebih baik daripada calon-calon Pakatan yang telah diumumkan mahu pun bakal bertanding.

Apabila diumumkan calon BN hari ini, antara terawal yang diserang ialah calon BN bagi kawasan Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Taib dan calon BN bagi kawasan Gombak, Dr Rahman. 

Kedua-dua mereka merupakan ahli Parlimen bagi kawasan yang sama dalam pilihan raya umum 2004.

Kedua-dua nama ketika itu bersama Dr. Amran Kasimin (Dun Bangi) dibawa oleh bekas Menteri Besar Dr. Mohamad Khir Toyo sebagai tokoh-tokoh profesional muda Melayu bagi memberi kesegaran kepada UMNO dan BN Selangor. 

Mereka ini menang dengan baik di kawasan masing-masing.

Namun bagi Rozaidah dan Rahman, kerjaya politik mereka yang bermula dengan pantas turut berakhir dengan pantas. 

Mungkin kerana usia yang agak muda bagi wakil rakyat, Rozaidah dan Rahman berhadapan beberapa isu dan tuduhan membabitkan hubungan terlarang dan konflik keluarga. 

Bumi mana tidak ditimpa hujan, demikianlah nasib kedua-dua ahli politik muda ini.

Dalam politik Malaysia, konflik keluarga, isu peribadi dan moral yang kontroversi lebih diberi perhatian berbanding rekod perkhidmatan mereka yang cemerlang. 

Tidak penting sama ada tuduhan dan dakwaan ini benar atau direka-reka dalam konflik rumah tangga masing-masing. 

Berhadapan dengan dilema ini, BN mengugurkan mereka dalam pilihan raya 2008. 

Kedua-dua mereka berhadapan fasa pemulihan dan pembekuan dalam politik.

Kali ini mereka dicalonkan semula kerana BN merasakan kedua-dua ini wajar diberi peluang kedua. 

Mereka telah menjalani hukuman politik dan masyarakat; dan kini mereka diberi semula peluang ini.

Jika Pakatan mahu memburuk dan menghina kedua-dua calon BN ini, mereka perlu mencerminkan muka sendiri.  

Apakah kedua-dua calon BN ini lebih buruk daripada Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali ?

Anwar Ibrahim berhadapan dengan pelbagai tuduhan skandal seks yang sehingga kini beliau gagal memberi jawapan yang tuntas. 

Anwar bukan sahaja dituduh secara rambang oleh orang yang bermusuh dengannya seperti mana berlaku kepada Rahman dan Rozaidah.

Sebaliknya, Anwar berhadapan dengan tuduhan melanggan pelacur Cina (China Doll). 

Tuduhan ini bukan dibuat oleh UMNO atau BN tetapi oleh rakan baik beliau sendiri suatu ketika dahulu, Datuk Eskay Shazryl Abdullah. 

Datuk Eskay mengakui lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Bacalah pendedahan berkenaan dan bandingkan dengan isu Rozaidah yang kononnya ditangkap khalwat. 

Saya katakan “kononnya” ditangkap khalwat kerana tangkapan yang dimaksudkan bukanlah tangkapan oleh majlis agama Islam seperti yang difahami. 

Sebaliknya, ia adalah hasil laporan polis oleh suaminya yang mendakwa beliau berada dalam sebuah  bilik hotel bersama seorang lelaki.

Baca laporan polis dibawah kita akan dapati apa yang didakwa sebagai tangkapan khalwat hanyalah syak wasangka suaminya yang sememangnya sudah mempunyai konflik antara mereka. 

Dalam laporan polis tersebut jelas suaminya hanya membut laporan “kemungkinan” ada lelaki lain berdasarkan andaian tiada anaknya yang menyahut semasa beliau memanggil nama anak tersebut.

Kesimpulan gila apakah membolehkan kita mengatakan Rozaidah berkhalwat sedangkan tiada langsung tanda-tanda terdapat orang lain dalam bilik tersebut. 

Adalah hak Rozaidah untuk tidak membenarkan suaminya yang bersikap konfrontasi dengannya untuk masuk ke dalam bilik tersebut.


report polis 2

Apa yang terjadi dengan Rozaidah hanyalah andaian dan kemungkinan yang dibuat oleh suaminya dalam laporan Polis.  

Bacalah laporan Polis di atas. 

Apakah niat laporan tersebut ? 

Ia hanya bertujuan untuk memburukkan Dr. Rozaidah yang ketika itu Ahli Parlimen Ampang.  

Apa perlunya dicerita soal seksual dalam bilik suami isteri dalam satu laporan Polis mengenai kemungkinan isterinya berkhawat ? 

Saya melihat ini hanyalah  bertujuan membina kes yang kukuh untuk menentang isterinya dalam perbicaraan perceraiannya nanti.

Jika benar beliau percaya isterinya berkhalwat sudah tentulah beliau akan menghubungi Jabatan Agama Islam dan pasukan pencegah maksiat. 

Sebaliknya beliau hanya membawa anggota Polis dan pengurus hotel yang tidak mempunyai kuasa tangkapan khalwat. 

Mengapa ? 

Kerana tujuannya hanyalah untuk membuat laporan Polis memburukkan isterinya.

Sekarang semua itu adalah sejarah apabila beliau dan suaminya telah bercerai. 

Apakah kita hendak percaya satu laporan polis yang dibuat oleh seorang suami yang sedang membina kes untuk bercerai.

Katakanlah tuduhan ini benar, yang saya ragui ia benar. 

Apakah kesalahan ini sama dengan kesalahan Anwar yang bukan sahaja dituduh mempunyai hubungan seksual dengan China Doll, malah mempunyai citarasa seks songsang. 

Anwar sungguhpun dibebaskan atas sebab teknikal atas tuduhan meliwat Azizan dan kemudiannya Saiful Bukhari, sehingga hari ini masih belum bersumpah sebagai orang Islam menafikan tuduhan-tuduhan yang serius dan berat ini.

Dalam kes hubungan seks dengan gadis China, Datuk Eskay bukan sahaja mengemukakan video sebagai bukti nafsu serakah Anwar, malah turut bersumpah laknat bahawa Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam video tersebut. 

Mangsa yang mendakwa dirinya diliwat Anwar, Mohd Saiful Bukhari, telah mengadakan sumpah laknat mengakui beliau telah diliwat oleh Anwar.

Anwar sebagai seorang pemimpin Islam, pernah menjadi imam dan khatib jumaat tidak sekalipun pernah bersumpah menafikan semua tuduhan tersebut dalam bentuk dan konteks yang dikehendaki oleh syariat Islam. 

Mengapa sebagai pemimpin Islam tidak berani bersumpah ? 

Adakah kerana semua tuduhan itu benar ?

Tidak kurang kontroversi ialah calon BN Parlimen Gombak, Dr Rahman Ismail dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Senator Yati Tan Sri Onn. 

Tuduhan ini dibuat oleh suami Yati, Mohd Suffian Abdul Aziz, yang ketika itu mempunyai konflik rumah tangga. 

Sekali lagi tuduhan dan dakwaan ini dibuat oleh seorang suami yang berhadapan dengan tuntutan fasakh. 

Suaminya sebagai tindakan balas mengemukakan permohonan cerai nusyuz. 

Maka pelbagai dakwaan dibuat oleh kedua-dua pihak. 

Namun hanya ada satu gambar yang mungkin membenarkan dakwaan tersebut.


yatieonn

Gambar ini mungkin agak keterlaluan bagi dalam pandangan sisi Islam dan jug budaya ketimuran. 

Namun ia sekali lagi tidak membuktikan apa-apa yang setaraf dengan perbuatan tidak bermoral, huduh dan loqlaq pemimpin numero uno Pakatan – Anwar bin Ibrahim.

Malahan tuduhan-tuduhan dan dakwaan yang dibuat ke atas Rahman tidak langsung dibuktikan seperti mana munculnya video seks yang mengandungi wajah seorang lelaki menyerupai Mustafa Ali. 

Saya tidak berniat meletakkan gambar dan video yang meloyakan itu dalam artikel ini. 

Sesiapa yang mahu bukti bolehlah melawati video tersebut di sini.

Sehingga hari ini Mustafa Ali langsung tidak bersumpah menafikan bahawa lelaki dalam video seks tersebut bukan beliau.

Jika hanya satu laporan polis yang mengesyaki perbuatan khalwat dan satu gambar yang langsung tidak lucah, penyokong Pakatan telah mencemuh dan menghina calon BN, apakah yang mereka telah buat kepada pemimpin-pemimpin utama mereka ini pula ?

Kedua-dua calon ini tidak menjadi pemimpin utama negara. 

Mereka telah “dihukum” selama sepenggal biarpun tiada bukti atas tuduhan-tuduhan tersebut.

Malahan kesalahan mereka ini jika benar langsung tidak setaraf dengan gambar-gambar yang membabitkan seorang individu menyerupai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengadakan oral seks. 

Azmin sehingga kini tidak tampil bersumpah cara Islam membersihkan dirinya, mahupun membuat laporan Polis.

Sehingga hari ini, penyokong Pas masih melantik Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia. 

Manusia yang ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Kelantan bersama isteri orang.

Mohamad Sabu ditangkap khalwat bersama isteri orang oleh pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan. (untuk rekod, 7 orang pegawai yang menyerbu)

Ini soal serius dan nyata, bukannya sekadar tuduhan dalam satu laporan polis tanpa bukti, saksi dan penguatkuasa. 

Mohamad Sabu hanya terlepas kerana pendakwa tersalah tulis nombor bilik.

Kesemua mereka ini memegang jawatan yang tinggi dan bakal menjadi pemimpin utama negara jika mereka menang. 

Bukti yang ada ke atas mereka juga sangat kukuh dan konkrit. 

Namun mereka masih diberi kepercayaan penyokong pakatan untuk memimpin.

Jadi kita tertanya-tanya apakah tidak malu penyokong dan bloggers pakatan mempersoalkan moral kedua-dua calon BN sedangkan pemimpin-pemimpin utama mereka terpalit dengan skandal seks dan moral yang jauh lebih teruk dan meloyakan ?

Justeru adakah para penyokong Pas, PKR dan DAP mempunyai sebarang kredebiliti dan asas moral untuk mempersoalkan moral calon BN ?

Sekurang-kurangnya kedua-dua pemimpin ini bersedia berundur dan menyelesaikan masalah peribadi mereka terlebih dahulu. 

Malangnya di dalam Pas, PKR dan DAP mereka tidak mempunyai sebarang rasa malu lagi. 

Inikah parti yang kita akan beri kepercayaan ? - MyKMU.net




No comments:

Post a Comment