Sunday, 14 April 2013

NAJIB MERAWAT SEDANG SI NUAR MELIWAT !!!


Semasa BN dibawah pemerintah Tun Abdullah Badawi, imej BN terjejas teruk dan kepimpinannya adalah pada tahap lemah. 


BN ibarat masuk ke dalam ICU semasa pemerintahan Tun Abdullah. 

Apabila PM Najib mengambil alih pimpinan daripada Tun Abdullah, dengan dedikasinya PM Najib mengubati BN tanpa mengenal erti penat. 

PM Najib tidak menggunakan Change, dan sebaliknya menggunakan TRANSFORM, 'from weak to strong'

Transformasi yang dilaksanakan oleh PM Najib terbukti mendatangkan hasil. 

Ini semua terbukti melalui program TRANSFORMASI (ETP GTP NKRA)

Keputusannya amat positif.

Oleh kerana PR sedia tahu dengan kewibawaan PM Najib, semasa PM Najib sedang sibuk merawati BN yang sedang lemah, PR menjalankan "Political Assasination"

Ia ternyata gagal. 

Menaburkan fitnah dengan mengaitkan PM dalam kes kematian Altantuya. 

Naib Presiden PKR, Tian Chua menggunakan teknik superimpose untuk mengambarkan PM bersama Razak Baginda dan Altantuya. 

Selepas prosiding mahkamah, tidak menjumpai sebarang bukti kukuh untuk mengaitkan PM Najib dengan Altantuya. 

Mereka cuba sekali lagi menganggu gugat kepimpinan PM Najib dengan kes kapal selam Scorpene, namun ini semua terbuktinya gagal. 

Tiada sebarang perbicaraan seperti yang diumumkan oleh Charpenel. 

Suaram gagal dalam misi memburukkan PM. 

Apabila mereka tahu kepimpinan PM Najib semakin kuat, mereka semakin tergugat. 

Jadi langkah seterusnya adalah mengambil Datin Seri Rosmah, Isteri PM untuk dijadikan sasaran. 

Macam-macam fitnah dilemparkan dengan mengaitkan Datin Seri Rosmah dengan kes kematian Altantuya dan kes cincin USD 24 juta dibangkitkan oleh Chegubard (selepas Suaram gagal) yang semuanya terbukti fitnah. 

Tiada sebarang bukti yang mengaitkan Datin Seri Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya dan terbukti cincin USD 24 juta diterbangkan ke Malaysia untuk tujuan pameran. 

Tidak cukup dengan itu mereka menghasut rakyat untuk menyertai demonstrasi daripada Bersih 1 sehinggalah ke KL112. 

Tujuan demonstrasi ini diadakan adalah untuk memperlahankan "Momentum Politik" Barisan Nasional. 

Demonstrasi yang dirancang ini sengaja mewujudkan huru-hara dengan tujuan memberi gambaran buruk kepada dunia dalam dan luar. 

Mereka ini dibayar untuk berdemo. 

Lihatlah lakonan Baharuddin Ahmad (Pakcik yang Mati hidup semula) dan Anwar Ibrahim (cepat-cepat masuk hospital baring dengan pendakap leher). 

Lakonan ini bertujuan membangkitkan kemarahan penyokong tegarnya terhadap polis, Kementerian Dalam negeri dan Kerajaan Malaysia. 

Memberi gambaran melalui media mereka kepada orang kampung (pakcik makcik) dan dunia luar seolah-olah kerajaan BN zalim, dan keadaan negara sudah huru-hara, seolah-olah kerajaan lemah. 

Namun sebenarnya tidak. 

Tujuan mereka cukup licik, berniat jahat dan ada udang disebalik batu. 

Dengan mempergunakan penyokong tegar mereka, dalam Bersih 3, kereta polis diterbalikkan selepas terbabas, tidak sedar diri akibat terkena hentakan bata daripada salah seorang pendemo. 

Polis tersebut dipukul teruk, seorang rakyat yang cuba menolong polis tersebut juga parah dibelasah oleh pendemo. 

Saya faham perasaan pendemo, perasan mereka sudah diluar kawalan kerana mereka disajikan dengan hasutan dan fitnah yang menyebabkan mereka bertindak diluar kesedaran. 

Terbukti mereka membohong, memperdaya dan mempergunakan penyokong tegar serta segelintir rakyat untuk menjayakan misinya dengan hasrat mengulingkan kerajaan di jalanan dan mengharapkan campur tangan pihak ketiga, supaya mereka ini boleh mengambil alih Putrajaya. 

Namun kerajaan kita pandai, kita belajar daripada pengalaman. 

Kerajaan menyambut dengan terbuka cabaran pembangkang dengan memansuhkan Akta ISA dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman. 

Kita dapat lihat Perhimpunan Demonstrasi yang terakhir KL112 tidak mendapat sambutan yang mengalakkan. 

Apakah mereka ini betul-betul jujur ??? 

Renung-renungkanlah... 

- Keong Hk -


No comments:

Post a Comment