Alhamdulillah...
Stadium Bukit Jalil dibanjiri ribuan penyokong Barisan Nasional bagi mendengar pembentangan Manifesto BN.
Kalau kerah pasti padat sebaliknya pilih stadium tertutup kerana malam ini malam yang meriah tetapi serius.
Malam meriah kita dapat berhimpun dan tunjuk kekuatan kerana BN parti terkuat.
Mengikut Najib, ianya sebuah "akujanji" kepada rakyat dan bukan manifesto seperti kata pembangkang bahawa "manifesto bukan janji" !!!
"Saya tak nak guna manifesto sebab bukan janji. JADI SAYA GUNA akujanji. Kalau manifesto bukan janji, apa faedah bentang manifesto yang baru." kata Najib
"Kita boleh lancarkan manifesto dalam sidang akhbar. Tapi manifesto ni amat serius maka kita bentang dalam perhimpunan yang begitu besar dan kita siar secara langsung supaya rakyat boleh teliti apakah komitmen Barisan Nasional kepada rakyat."
"Kita sudah sampai ke peringkat genderang perang sudah dipalu. Kita dalam kesiapsiagaan yang tinggi hanya tunggu penamaan calon."
"Saya dan Muhyiddin telah jelajah seluruh negara. Apa aspirasi dan tuntutan rakyat."
"Dari Lahad Datu ke Lacau Seri Aman. Dan di Kuala Lumpur saya boleh katakan bahawa rakyat semakin hari semakin yakin dengan Barisan Nasional."
"Rakyat perlu letak harapan pada parti yang ada keyakinan. Genap empat tahun kita merancang secara menyeluruh dan sistematik."
"Tidak ada mana mana negara didunia yang mengamalkan cara kita Barisan Nasional sanggup bentangkan report card."
"Empat negeri pimpinan mereka tidak berani bentang report card kepada rakyat."
"Pelancaran 'Janji Ditepati' dilakukan dalam tempoh setahun lamanya. Branding Janji Ditepati sebaliknya pembangkang 'janji bohong'. 'Janji bohong.' 'Janji bohong.'"
"Sebab itu saya berdiri bentangkan manifesto. Saya beri jaminan jika mandat baru diberikan kepada Barisan Nasional akujanji ini akan dilaksanakan kepada rakyat."
"Akujanji ini mengandungi 17 perkara yang penting. Saya akan petik beberapa perkara untuk diketengahkan kepada rakyat. Manifesto ini 'Rakyat Didahulukan'."
Najib akan membongkar Akujanji BN (Manifesto) pada malam ini.
21 kriteria utama yang perlu rakyat tahu !!!
Sebentar lagi, aku akan masukkan kesemua 21 kriteria berkenaan !!!
No comments:
Post a Comment