Dalam kenyataannya ketika itu, pasangan tersebut meminta orang ramai mengundi Barisan Nasional.
Jika ditafsir secara ‘direct’, ia terang-terangan menunjukkan pasangan itu adalah penyokong BN.
Sekaligus membuatkan masyarakat merasa jelik dengan parti itu kerana didokong oleh manusia seperti Alvin dan Vivian !
Tetapi sebenarnya bukan payah untuk ‘menafsir’ tindakan mereka berdua.
Apa yang kita lihat itu hanya ‘yang tersurat’ tetapi sebaliknya ada maksud ‘yang tersirat’.
Mereka berdua tahu, tindakan sebegini akan menimbulkan perasaan marah bukan saja pada mereka tetapi juga pada parti BN itu sendiri.
Kita tahu betapa marahnya Alvin dan Vivian kepada kerajaan kerana telah mengutuk perbuatan mereka melakonkan adegan seks sebelum memuatnaik ke dalam akaun You Tube tidak lama dulu.
Kita tahu Alvin dan Vivian marah dengan kerajaan bila sesi temuramah mereka dengan sebuah stesen radio tempatan telah ‘disekat’ oleh kerajaan.
Jadi salah satu cara untuk membalas rasa ‘dendam’ itu sudah tentu melalui tindakan sabotaj sebegini.
Yang pasti mereka berdua akhirnya telah meminta maaf seperti yang mereka tulis dalam FB mereka.
Yang pasti mereka telah berjaya membalas dendam dan amarah mereka dengan cara yang sangat jijik ini.
Malangnya mereka boleh tipu semua orang, tetapi mereka lupa bukan semua orang boleh tertipu dengan mereka, CHECKMATE ! – Mynewshub
No comments:
Post a Comment