Saturday, 6 April 2013

#PRU13 - TEORI 11 DAN 13 MEI TAKTIK PEMBANGKANG MAHU ULANG PRU 1969 !!!



Selepas banyak pihak dan rakyat jelata menyatakan kekesalan dan kebimbangan atas perancangan pakatan pembangkang mencetuskan kekecohan jika kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kini mereka membuat tuduhan ke atas Barisan Nasional (BN) dengan ‘teori 11 dan 13 Mei’ berbau perkauman.


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub malam tadi meramalkan bahawa tarikh hari pengundian PRU-13 adalah pada 11 Mei dan pembentukan kerajaan pula pada 13 Mei ini.

Bagi ‘menghalalkan’ teorinya itu, beliau mendakwa, tarikh itu sengaja dipilih bagi mewujudkan sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat selain bertujuan mengingatkan rakyat mengenai tragedi berdarah 13 Mei 1969 iaitu bagi menakut-nakutkan mereka.

“Kita diberitahu bahawa besar kemungkinan tarikh pilihan raya kerana jatuh pada 11 Mei. Kerana apa? Bukan sebarang pilih tetapi ada matlamat iaitu hari mengundi 11 Mei, peralihan kerajaan keesokan harinya dan 13 Mei akan menjadi hari pembentukan kerajaan.

“Kerajaan BN sudah tidak ada hujah lain, mereka sanggup guna isu perkauman dan tragedi pertumpahan darah sebagai modal mereka,” katanya ketika berceramah di Bandar Baru Uda, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Salahuddin mengulangi kesediaannya bertanding di Johor dengan menyatakan hasratnya untuk membantu rakyat di negeri ini. – UTUSAN


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??