Perintah itu dikeluarkan Majistret Abdul Hayyi Salim selepas remaja terbabit mengaku bersalah merogol mangsa, yang ketika kejadian baru berusia 14 tahun 11 bulan di dalam bangunan landskap, belakang bangunan sebuah sekolah menengah di daerah ini.
Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan, pada 17 Disember 2011, di antara jam 1.30 pagi hingga 2 pagi.
Selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah dan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Abdul Hayyi mengarahkan remaja yang berasal dari Mengabang Telipot itu dihantar ke Sekolah Tunas Bakti, Butterworth, Pulau Pinang, selama tiga tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R Azmi manakala remaja itu tidak diwakili peguam bela. - SINAR
No comments:
Post a Comment