Monday, 15 April 2013

STOPA "GOYANG" GANTI NUAR PULAK DAH !!! KALAU STOPA YAKIN ALLAH BERSUMPAHLAH !!!



''Saya masih lagi Setiausaha Agung Pas," ujar Mustafa Ali secara ringkas petang semalam ketika ditanya sama ada beliau akan melepaskan jawatan ekoran tersebarnya dakwaan video seks yang dikaitkan dengannya.


Mustafa terus mengambil sikap mengunci mulut berhubung isu itu ketika desakan juga mula kedengaran agar beliau 'direhatkan' dan pucuk pimpinan perlu menyiasat kebenaran dakwaan itu di samping memintanya bersumpah bagi menafikan perkara tersebut.

Sehari sebelum itu, Mustafa yang hadir dalam majlis perasmian Markas Pemuda Pas cawangan Dewan Undangan Negeri Paka, di Dungun sebelum bergegas ke satu lagi ceramah di Kampung Molek dalam daerah yang sama hanya menyentuh sedikit mengenai soal itu.

Di hadapan kira-kira 100 orang ahli dan penyokong di markas itu, di penghujung ucapannya beliau yang kelihatan sebagaimana biasa, sepintas lalu menyentuh isu yang mula meledak di ruang siber, di dalam blog-blog dengan polemik yang hangat.

Mustafa menjadikan UMNO sebagai sasaran yang didakwanya bertanggungjawab membuat fitnah terhadapnya dengan menggunakan media arus perdana bagi menyebarkan pembohongan.

Mustafa seterusnya mengulangi kenyataannya sebelum ini yang beliau menyerahkan kepada peguamnya, Asmuni Awi dan Hanifah Maidin melalui Tetuan Awi & Co. untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu). Ada pula antara blog-blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung (Pas) kerana isu video ini.

"Saya hidup lagi ini, (masih) Setiausaha Agung Pas lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," jelasnya.

Beliau berkata, semua dakwaan berkaitan VCD seks yang mengaitkan beliau itu sebagai bukti UMNO kian terdesak menjelang menghadapi pilihan raya umum kali ini.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada para peguamnya berhubung pendedahan dan pembikinan VCD itu untuk tindakan lanjut.

Beliau terus mengelak untuk mengulas lanjut mengenai dakwaan itu sebaik sahaja diajukan soalan daripada para pemberita.

"Sudah-sudah, saya dah bagi tahu, saya tak nak cakap apa-apa. Saya dah serah kepada peguam, itu saja.

"Not worth commenting (Tidak berbaloi untuk bagi komen)," katanya lalu masuk ke dalam kenderaan sebelum beredar. - UTUSAN



Aku tak ada apa nak request, cuma satu sahaja.

Oleh kerana aku ni orang Islam, aku boleh percaya pada siapa yang berani kerana benar dan bersumpahlah wahai Stopa.

Bersumpahlah atas nama Allah, atas nama junjungan Nabi, dan bersumpahlah atas Al-Quran bahawa bukan kamu pelaku didalam video berkenaan !!!

Amacam... Ada berani ???

Itupun kalau bukan kamulah dalam video tersebut... 

Tapi kalau itu benar-benar kamu, jadi kami semua fahamlah kenapa kamu tak mahu bersumpah !!!

Gentle storylah... Kalau si stopa bersumpah atas nama Allah, Rasul dan Al-Quran dengan kenyataan yang penuh jelas tanpa helah... Aku confirm akan menarik semua story seks dia nih !!!

Aku yakin kuasa Allah...!!!



No comments:

Post a Comment