Thursday, 18 April 2013

TOKONG PANIK SUDEH !!! DAP YANG HARAM DIHARAMKAN !!!


Pakatan pembangkang adalah satu contoh paling baik bagi mengambarkan situasi 'cakap tak serupa bikin'


Banyak benda yang dibuat tidak selaras dengan apa yang mereka perjuangkan. 

Sibuk menilai orang, tapi sendiri buat tak pernah perasan. 

Tak pernah nak tengok ke dalam cermin macam mana rupa sendiri, tapi giat menyuruh orang lain bersolek. 

Lebih kurang begitulah. 

Kecoh satu masa berkenaan pemilihan CEC yang mengaitkan salah satu parti komponen Pakatan Rakyat iaitu parti chauvinis DAP. 

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju dan juga bekas ahli DAP Wee Choo Keong mendesak Lim Kit Siang jelaskan isu-isu yang timbul berikutan skandal pemilihan CEC DAP Disember tahun lepas.

DAP juga dikatakan membisu walaupun pelbagai protes dan pendedahan dibuat oleh ahli-ahli parti itu sendiri dari seluruh negara. 

Wee juga hairan kenapa Ambiga tidak mempersoalkan ketidakadilan dalam pemilihan CEC DAP sedangkan BERSIH kerap mengkritik urusan pilihanraya di negara ini.

Ketika pemilihan CEC, berlaku ketidak telusan dalam pemilihan yang mana diakui oleh Lim Guan Eng. 

Guan Eng mengakui berlakunya kesilapan ketika melakukan pengiraan undi. 

Keadaan itu mencetuskan kontrovesi apabila tiada seorang pun ahli jawatan kuasa CEC terdiri daripada wakil Melayu. 

Demi menjaga sentimen masyarakat, Guan Eng kemudiannya melantik Zairil Khir Johari dalam jawatan kuasa tersebut.

Dek kerana perkara itu, DAP dikatakan membisu walaupun pelbagai protes dan pendedahan dibuat oleh ahli-ahli parti itu sendiri dari seluruh negara. 

Itulah orang kata cakap tidak serupa bikin. 

Konon nak membuktikan orang punya keburukan, ketempangan diri sendiri terbuka. 

'Memaku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'.

Sementara itu Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass, dilaporkan membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan keengganan pimpinan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC sehingga menyebabkan ramai ahli DAP kecewa.

Dalam pemilihan CEC yang lepas, 753 tak layak undi, hanya 1,823 daripada 2,576 perwakilan DAP yang layak mengundi, dijemput menghadiri CEC pada Disember tahun lalu, sekali gus menimbulkan persoalan kenapa baki 753 perwakilan terkecuali daripada senarai layak mengundi.

Hamdan berkata, mengapa Guan Eng enggan mengeluarkan notis jemputan mesyuarat kepada 753 perwakilan, adakah dia (Guan Eng) ada merujuk kepada bapanya sebelum persidangan CEC tahun lalu.

Malah ROS ketika mengulas mengatakan tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember tahun lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.

Menurut sumber, perkara tersebut dinyatakan dalam notis menurut Seksyen 16(1) di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang telah dihantar kepada Guan Eng. 

Tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, ROS tidak berpuas hati mengenai pelantikan ahli CEC dengan betul berdasarkan penyata barisan pemegang jawatan yang dikemukakan oleh DAP. 

Sudah terang lagikan bersuluh, DAP ini bukan parti berbilang kaum, mereka ini mengamalkan dasar chauvinis.


2 comments:

  1. mula2 macam nak halang dap guna roket. last2 fikir, tak boleh jadi. keluarlah kenyataan bahawa dap boleh tanding dengan lambang roket.

    kesimpulannya adalah dengan menggunakan lambang pas, sokongan kepada dap akan bertambah gila2 punya ... hahaha ... umno kantoi. jom semua melayu pangkah dap. semua cina akan pangkah pas.

    ReplyDelete
  2. Dap?? Ppuuiihhhhhh!!

    ReplyDelete