Thursday, 30 May 2013

ANDAI PEMBANGKANG MENANG PRU LALU MALAYSIA AKAN BUBAR SEMUA UNDANG-UNDANG !!!


Baik pemimpin mahupun pengikut, masing-masing adalah beruk, kera dan lotong.


Yang mana hanya layak tinggal didalam hutan !!!

Jika mahu dikira rasanya sudah ratusan kali pihak berkuasa khususnya PDRM memohon jasa baik para penyokong dan pemimpin parti politik agar mematuhi peraturan dan undang-undang supaya ketenteraman awam terjaga demi kepentingan bersama.

Seruan sedemikian tidak pun sukar untuk dipatuhi bagi siapa sahaja yang waras akal dan bersih hati nuraninya, namun bagi golongan yang kurang kasih sayang ibu bapa sebagaimana banyak terdapat dalam PR ia dianggap satu penyeksaan jiwa raga yang mengekang kebebasan hak asasi manusia.

Para pemimpin PR dan NGO yang sehaluan dengannya tetap berdegil enggan mengikut arahan pihak berkuasa sebaliknya terus bertindak berpandukan akal sendiri seolah-olah negara ini tiada peraturannya semacam undang-undang rimba pula yang lebih PR utamakan.

Sebab itu saban hari mereka sibuk dengan perancangan untuk berhimpun sana sini dengan tema blackout 505, himpunan rakyat 505 semacam jenama seluar jeans Levis pula, konon sebagai bantahan terhadap keputusan PRU-13 yang dikatakan penuh penipuan serta tidak telus. 

Tapi di masa yang sama, dalam sibuk bantah membantah itu ini, diam tak diam boleh pula para pemimpin dan penyokong PR menerima dengan penuh bangga kejayaan mereka mengekalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. 

Mereka juga gah mendabik dada dengan keupayaan DAP, PKR dan PAS menguasai 89 kerusi Parlimen.

Seandainya diambil kira tuduhan PR yang meremehkan ketelusan proses PRU-13 secara tersirat ia bermaksud setiap kawasan dan negeri yang dimenangi PR pun wajar dipertikaikan, bukan begitu ??? 

Sebetulnya, jika para pemimpin dan penyokong PR bijak berlapang dada dan ada kesedaran menghormati keluhuran undang-undang, gunakanlah saluran yang ada misalnya melaksanakan bantahan melalui petisyen pilihan raya supaya dengan demikian siasatan sewajarnya dapat dilakukan.

Bertempik sorak dalam himpunan sana sini bukannya satu tindakan cerdik  melainkan menonjolkan betapa rendahnya kesedaran sivik golongan yang terlibat. 

Negara kita ada undang-undang, maka ikutlah peraturan selagi mana kita adalah warganegaranya yang setia.


1 comment:

  1. Bila ada kuasa...macam-macam boleh jadi....

    Yang PUTIH boleh bertukar HITAM....
    Yang MANIS bertukar PAHIT...
    Yang CERAH menjadi GELAP.....
    Yang BERTANAH terpaksa DIGADAI....

    Yang paling teruk-seteruknya

    Yang AMAN bertukar menjadi Padang Jarak Padang Terkukur....

    SELAMATKAN BUMI MALAYSIA -
    57thn sudahpun KITA MERDEKA -
    Bukti Jelas Didepan Mata -
    Hasutan hanya kata-kata yang akan Merosakkan Negara

    ReplyDelete