Sunday, 12 May 2013

BONGKAR !!! PUNCA KEKALAHAN PEMBANGKANG KERANA SABOTAJ !!! #PRU13 #BetterNation


Strategi dan doktrinisasi pembangkang akhirnya memakan diri !!!


First, aku nak korang baca dulu berita dibawah sebelum aku ceritakan siapa sebenarnya yang terlibat dalam berita ni;

Polis Terengganu membuka sebanyak 53 kertas berhubung pelbagai kesalahan sepanjang proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di negeri ini sejak hari penamaan calon, 20 April lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata kesemua kes yang disiasat adalah berkaitan kes khianat, keganasan penyokong parti, edaran bahan lucah, merusuh serta mengadakan ceramah tanpa permit.
Katanya tujuh individu yang telah ditahan, masing-masing dua di Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan seorang di Besut telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman.
"Kini sebanyak 30 kes masih dalam siasatan dan 16 kes telah ditutup dan kita akan menyelesaikan kesemua kes terbabit dalam masa terdekat.
"Antara daerah yang paling tinggi mencatatkan insiden kekecohan ialah di Kuala Terengganu, Besut, Dungun, Marang dan Kemanan," katanya pada sidang media di sini Rabu.
Jamshah berkata polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu yang menyebarkan maklumat berbaur perkauman dan fitnah di media sosial atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Sementara itu, Jamshah berkata polis sedang mengesan sekumpulan penyokong sebuah parti yang terlibat dalam kes menghalang tujuh penuntut dan bekas penuntut mengundi di Sekolah Kebangsaan Ladang di sini, Ahad lalu.
Katanya seorang daripada penyokong itu didakwa turut bertindak menolak dan meletakkan parang di leher seorang daripada penuntut terbabit.
"Siasatan mendapati mereka merupakan penuntut dan bekas penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berasal dari Kedah dan mendaftar sebagai pengundi di sini semasa menuntut di UMT," katanya.
Beliau meminta penyokong terbabit tampil menyerah diri di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Dalam kes berasingan, Jamshah berkata seorang pengundi lelaki berumur 26 tahun ditumbuk penyokong sebuah parti selepas pulang mengundi di Kampung Teluk Pasu, Manir kerana didakwa pengundi hantu.
"Kita berjaya menahan suspek yang berusia 30 tahun dan berasal dari Kampung Tanjung Bunut Manir dan telah didakwa di mahkamah dan kini kami masih mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat,"katanya. - BERNAMA

Ok, berita dari BERNAMA ini yang aku highlightkan dengan warna merah itu merujuk kepada lelaki didalam gambar diatas yang berposing bersama Ambiga.

Punya hensem brother Vinodh ni pembangkang boleh kata "pengundi hantu" bangla...

Dibawah ini pula kenyataan beliau dilaman media sosialnya berkaitan insiden didalam laporan BERNAMA diatas;



Kenapa aku katakan yang strategi pembangkang memakan diri ?!!

First aku brief la sikit ye pasal insiden ni...

Mamat diatas ni yang ditahan oleh penyokong PEMBANGKANG kerana disyaki "phantom voter" atau pengundi hantu yang kononnya BN import mari dari Bangladesh, bernama Vinodh Elamkovan (aku pun tak pasti ni nama betul dia ke tidak, tapi inilah nama dia di laman media sosialnya).

Vinodh ini adalah anak jati Malaysia dalam ertikata lain adalah warganegara Malaysia yang sah dan juga pengundi berdaftar dengan SPR.

Vinodh ini berbangsa India.

Pada 5 Mei lalu, beliau dan rakan-rakannya yang lain telah ditahan dan diancam pada hari mengundi kerana disyaki pengundi hantu Bangladesh.

Fakta tambahan, yang tahan Vinodh dan kawan-kawannya ni adalah penyokong pembangkang !!!

Kerana insiden ini, Vinodh dan kawan-kawannya dihalang dari mengundi yang sepatutnya adalah kali pertama bagi anak-anak muda ini mengundi dalam PRU di Malaysia ni.

Pendek cerita... mereka ni tak mengundilah pada PRU-13.

Ironinya... Vinodh ni adalah anak muda yang aku boleh kategorikan sebagai penyokong pembangkang berdasarkan coretannya di laman media sosialnya.

Jom intai kat bawah ni;



Dek kerana permainan politik kotor pembangkang yang kononnya terdapat pengundi hantu dari Bangladesh ni sebenarnya benar-benar telah menghantui mereka (pembangkang) sendiri.

Masakan tidak, aku ambil contoh kes Vinodh dan rakan-rakannya...

Aku yakin Vinodh pasti akan memberikan undi kepada pembangkang jika beliau benar-benar dapat laksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada PRU-13 lalu tanpa sebarang insiden.

Oleh kerana dek prasangka yang didoktrinkan oleh pemimpin pembangkang kepada penyokong-penyokongnya, maka mereka telah hilang 1 undi dari Vinodh.

Sebenarnya, Vinodh bukanlah satu sahaja kes yang terjadi tetapi banyak lagi kejadian hampir serupa berlaku di pusat mengundi yang lain.

Tapi, tak adalah sampai ditahan dan diancam dengan parang macam yang terjadi kepada Vinodh !!!

Di beberapa tempat berlaku juga kepada kaum India lain, atau pengundi yang lahir dari perkahwinan campur, mamak dan yang lain-lain asal kulit mereka gelap sikit.

Asal kulit gelap je, maka di pusat mengundi itu juga mereka dituduh sebagai "pengundi hantu" yang kononnya diterbangkan khas dari Bangladesh untuk memenangkan BN !!!

Siap ada pula penyokong pembangkang ni bukan setakat menuduh tetapi berlagak samseng dan lebih melampau lagak macam polis pula minta-minta IC orang lain !!!

Ada member aku sorang ni dia keturunan "mamak" dan agak "totok" menyokong pembangkang.

Padahal, yang sebenarnya dia tak nak bayar PTPTN dan dia masih menganggur sebab malas cari kerja dan bila dibantu diberi pekerjaan pula memilih sangat kerja !!!

Dek kerana pada hari mengundi tu dia kena tuduh "bangla" dan "pengundi hantu" oleh bangsa rasis Cina DAP, automatik derrr... bengang punya pasal dia pi pangkah BN !!!

Padahal calon BN di DUN dia tu (dalam Perak), adalah orang yang dia kutuk setiap hari beb !!!

Hahahaha....

Memang lawak gila masa member aku ni cerita pengalaman dia mengundi di PRU-13 !!!

Sekurang-kurangnya, member aku ni sempat la juga mengundi tetapi bagaimana dengan Vinodh yang dinafikan haknya sebagai rakyat Malaysia ???

Sekiranya Vinodh ditahan dan puak pembangkang yang tahan Vinodh dan kawan-kawannya yang lain melepaskan mereka selepas itu tanpa tindakan ekstrim seperti yang benar-benar berlaku, agak-agak korang dengan perasaan bengang dan marah tu.... siapakah yang Vinodh akan pangkah ?!!

Only God knows !!!

Oleh kerana sikap rasis Cina DAP yang banyak menimbulkan prasangka pengundi hantu di pusat pembuangan undi ini sebenarnya yang banyak merubah keputusan PRU-13 disaat-saat akhir.

Kalau korang nak tahu, inilah antara punca mengapa pembangkang hilang undi dari orang Melayu, Peribumi dan kaum India.

Ironinya, pembangkang juga hilang undi dari penyokong sendiri yang berbangsa Melayu, India dan Peribumi !!!

Aku nak quote balik kata-kata Vinodh dan jawab 1 soalan dari Vinodh;


Malaysia sampai sekarang tidak ada pembinaan bangsa Malaysia yang kukuh... kewarasan tersebut perlu ada pada setiap individu... Saya sebagai rakyat Malaysia tidak sempat menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi buat kali pertama apabila ditahan oleh sekumpulan penyokong pembangkang dan yang menyakitkan ialah apabila saya dan rakanx2 saya dilayan seperti orang luar negara sedangkan kami telah menunjukkan kad pengenalan dan kad pelajar serta bukti spr yang kami pengundi sah di situ... tetapi tindakan mereka menghalang kami daripada mengundi merupakan satu kesalahan besar di sisi undangx2... saya sebagai bekas pemimpin mahasiswa UMT akan membawa isu ini ke pentas keadilan sehingga saya mendapat keadilan... kenapa malaysia masih dibelenggu dengan demam perkauman sehingga mereka mengesaki rakyat sendiri sebagai rakyat asing walaupun mempunyai bukti yang sah.... perkara ini perlu dihapuskan daripada terus berlaku pada masa akan datang... saya memohon sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersatu untuk pergi lebih jauh... orang yang menyatakan kami fitnah adalah orang yang memfitnah kepada negara sendiri sehingga tidak tahu bangsa malaysia dengan bangsa asing... sangatx2 memalukan....

Kenapa ???

Jawapan itu hanya ada pada pemimpin pembangkang yang diagongkan oleh anda...!!!


3 comments:

  1. Utk penyokong PAKATAN R (racun).. Khas M

    Semua tolong berhenti sukarela dgn kerajaan gi kerja dgn co. C ....pangkat tinggi gaji tinggi anak emas anak perak boleh malas boleh keluar masuk opis enjoy... Ramai org nak kerja kat gomen (org kg)

    Semua guru PR mintak tukar ke sek C...guru di sana dah terseksa....suka sama suka...kalau tak berhenti aje kerja kat sek swasta C...

    Semua mahasiswa PR abis belajo kerja kat co C jgn terhegeh hegeh kat co M atau KERA...jaan (tu kata dia olang) gaji besar kan kan kan

    Lepas tu boleh jumpa kat lim..anw...ka...semualah ucap terima kasih

    PIKIAQ PIKIAQ PIKIAQ PIKIAQ LOLLLLLL

    ReplyDelete
  2. Aku kata padan muka Vinodh sbb tak boleh undi. Padan muka PR sbb hilang undi Vinodh.

    ReplyDelete
  3. Aku pun dah mati akal dengan karenah orang kita. Bila baca saudara blog owner punya kawan, tergelak pulak aku sebab yang aku ni bulan-bulan kena deduct lebih RM300++ untuk PTPTN masih lagi undi kerajaan BN. Sebab apa? Sebab aku boleh fikir jangka masa panjang apa yang akan berlaku kepada negara jika hutang PTPTN dihapuskan begitu saja. Aku Cina, memang sedih dan marah masyarakat kami yang sungguh mudah termakan umpan pembangkang.

    ReplyDelete