Monday, 13 May 2013

DS @NajibRazak MESTI WASPADA PADA "ANWAR-2 IN THE MAKING" !!!


Salam and good mornink all !!!


Aku dengar desas desus bahawa Khairy Jamaludin (KJ), menantu Pak Lah ni sudah tampil kedepan "menawar diri" untuk jawatan Menteri.

Tak kisahlah, si KJ ni nak cipta sejarah jadi orang pertama kat Malaysia yang "offer" diri jadi Menteri.

Tetapi sebagai ahli UMNO, aku amat tidak menyokong dan membantah keras jika KJ dilantik didalam kabinet.

Sebelum DS Najib nak melantik KJ ni jadi menteri, diharaplah sangat-sangat DS Najib selusuri sejarah mamat ni.

He is "Anwar in the making" !!!

KJ perlu tahu bahawa undi yang dia dapat pada PRU-13 tu bukanlah faktor calon tetapi kerana parti... kerana tiket dia bertanding adalah Barisan Nasional.

Jika dia bertanding Bebas sepertimana Kamilia, aku yakinlah nasib dia sama sahaja seperti Kamilia.

Kupasan lanjut perihal si KJ ni ada di SINI.. kliklah dan baca... 

Baca sekali komen-komen yang tertera disana.

BN bukanlah menang bergaya dalam PRU-13, tetapi hanya mendapat kemenangan selesa.

Jadi, diharap supaya DS Najib tidak mengambil tindakan yang boleh meruntuhkan BN pada PRU-14 kelak.

KJ bukan sahaja disifatkan sebagai "klon" Anwar tetapi juga majoriti ahli UMNO menganggap KJ lebih licik dan lebih bahaya dari Anwar.

Sebagai ahli UMNO yang hanya memegang jawatan kecil dalam parti, aku hanya mampu memberikan teguran.

Sebagai blogger, aku hanya menyampaikan pendapat aku dan juga pendapat ahli yang lain demi untuk kebaikan UMNO itu sendiri.

Selebihnya.. aku tawakal dan serahkan kepada perancangan Allah S.W.T. agar YAB DS Mohd Najib, Presiden Parti dan Perdana Menteri Malaysia akan membuat keputusan yang terbaik untuk semua.

Kerana aku yakin DS Najib tidak akan mengambil tindakan yang akan menjejaskan sokongan rakyat dan ahli kepada parti dan Kerajaan.

Buat KJ, jangan terlampau menonjolkan kerakusan untuk berkuasa !!!

It's too obvious bro !!!

UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin muda, lihat sahaja didalam Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B) dan MAYC.

Jika dikatakan faktor menarik golongan muda, Muam'mar Ghadafi, Saiful Adli, Maliki, dan ramai lagi pemimpin muda UMNO yang lebih berjaya menarik golongan muda menyertai UMNO dan BN.

Mereka juga berpendidikan tinggi dan punya kerjaya yang hebat.

Mereka tidaklah melakukan program besar dan hebat yang penuh glamour, tetapi cukup sekadar dengan program kemanusiaan dan kesukarelaan.

Selain itu, Ulama Muda lebih berkesan dalam menarik minat golongan muda jika dibandingkan dengan KJ.

Aku tak berhasrat untuk menulis panjang lebar disini berkaitan KJ.

Cukup sekadar setakat ini aku menulis, kerana link yang aku berikan diatas tadi telah menceritakan segalanya.

Iqra'.... Bacalah... 

7 comments:

  1. Please ...Tolong ...Selamatkan Tanah Melayu ini daripada The Hidden Hand..Biar kita bersakit sakit dahulu dari terus merana tanpa noktah.Dia menang pun dengan penipuan..sangat licik orang nya.Masih belum terlupa betapa bangga nye dia menghantar passport kepada Anwar Peliwat Mega Negara...Api dalam sekam.Talam dua muka.Gunting dalam lipatan.Gergaji dua mata.Musang berbulu ayam...dll..

    ReplyDelete
  2. I couldnt agree more...

    ReplyDelete
  3. ORANG UMNO MASIH BELUM LUPA SIAPA KAMU KJ. BUDAK BUDAK UMNO BOLEH LAH KAU BAGI GULA GULA SUPAYA UNDI KAMU SEBAGAI KETUA! HARAP NAJIB BERWASPADA.

    ReplyDelete
  4. ORANG YANG MENAWARKAN DIRINYA SENDIRI SEBENARNYA BELUM LAYAK UNTUK MENJAWAT JAWATAN PENTING DALAM KERAJAAN. KALAU SETAKAT NAK JADI TIMBALAN MENTERI TU BOLEH LAH. SATNI TAK BAGI JAWATAN MERAJUK PULA. AMBIL KEPUTUSAN KELUAR UMNO. RAMAI DAH YANG JADI MACAM TU. TAK SABAR.

    ReplyDelete
  5. WATCH OUT GUYS....SAY NO TO HISHAMUDIN AS WELL...PLEASE,PLEASE MAKE SURE OUR PM SEES THAT...

    ReplyDelete
  6. Saya setuju sangat bahwa PM Najib harus berwaspada. Bukan nak buruk sangka, kita orang Islam terlalu baik sangka kerana itu kita selalu kena tipu. Ada kalanya kita terpaksa berhati hati dengan orang orang tertentu yang ada potential untuk berpaling tadah terutama yang TERLEBIH pelajaran. Sampai sekarang Anwar masih tak berjaya dalam misinya untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang orang Islam maka kalau mengikut percaturan politik kotor yang diamalkan oleh pihak pihak tertentu diluar sana, mereka akan alihkan perhatian mereka pada yang lain, yang mereka rasa calon terbaik untuk meneruskan misi Anwar. Mungkin pun sudah ada calon, Wallahualam.

    ReplyDelete
  7. Pada saya memberikan ingatan kepada PM supaya waspada tiada salahnya...akan tetapi apabila PM dah membuat keputusan..maka kita ahli UMNO dan rakyat juga harus memberikan sokongan pada PM dan dia selaku PM sudah tentu telah memperhalusi dan menerima pandangan tokoh-tokoh yang lepas dan termasuk juga pihak risikan keselamatan negara sebelum KJ diterima di dalam Kabinet....apa salahnya sekiranya dia mendapat Peluang yang diberikan oleh PM sekiranya ini berlaku...? tak kan selamanya seseorang itu akan membuat kesilapan yang sama..? apa pendapat tuan..?

    ReplyDelete