Wednesday, 15 May 2013

NUAR NAFI KELEBIHAN KERUSI KEMENANGAN DAP #PRU13 !!! HA HA HA !!!


ge-Graph

MULA-MULA macam tidak percaya, tapi itulah faktanya, DAP hanya dapat 15.7% undi popular saja dalam pilihanraya umum yang lepas.  


Walaupun 15.7%, parti itu masih dapat 38 kerusi parlimen, mengatasi PKR (20.39%) dan PAS (14.78%).

Kalau ikut putar belit Anwar Ibrahim (siapa dapat undi popular paling tinggi, parti itu yang menang), dari segi undi popular ini PKR lah seharusnya yang dapat lebih kerusi dari DAP, tapi kenapa berlaku sebaliknya ?  

DAP pulak yang dapat 38 kerusi sementara PKR hanya 30 ?

Sebab, system pilihanraya kita berasaskan kemenangan Parlimen atau DUN, bukan undi popular.  

Kerajaan yang dipilih pun berasaskan jumlah majoriti DUN dan parlimen, bukan undi popular.

Dan kalau undi popular sekali pun, BN masih mendahului dengan 47.38% undi berbanding PKR, PAS dan DAP.  

Jadi layaklah BN menang sebab undi dia jauh lebih banyak.

Yang jadi kecoh sekarang sebab Anwar pandai-pandai gabungkan undi ketiga-tiga parti pembangkang (DAP, PKR dan PAS) dan gelar itu Pakatan Rakyat.  

Hakikatnya, Pakatan Rakyat tidak bertanding dalam pilihanraya umum yang lepas, tapi masing-masing PKR, DAP dan PAS.

Inilah pun cara Anwar cari makan dan bertahan dalam politik sebelum ini – kelentong dan kencing orang sana sini.  

Dia guna alasan undi popular ini untuk justify kenapa dia tidak mengundurkan diri seperti yang dia janji sebelum pilihanraya umum 5 Mei berlangsung.  

Itu saja sebabnya.

Penulis dah lama desak, kalau Anwar berani, daftarkanlah Pakatan Rakyat ini secara rasmi dan barulah kita ada perbandingan yang adil.  

Jangan cipta satu ilusi berbaur pembohongan dan kemudiannya direkayaksakan macamlah benda itu betul-betul ada.  

Pakatan Rakyat ini sebagai contoh, ia hanya satu nama tidak rasmi serta tidak mewakili parti-parti pembangkang di Negara ini.

Bertanding guna nama parti masing-masing, tapi bila nak buat perbandingan undi popular, pandai-pandai guna nama Pakatan Rakyat.  

Mana ada Pakatan Rakyat dalam kertas undi ?

Hairannya penulis, macam itu punya terang pun ada jugak bodoh-bodoh ni yang percaya buta-buta apa Anwar cakap.  

Sama ada memang betul bodoh ataupun hati dah tertutup untuk terima kebenaran.  

Dari pengalaman penulis dalam politik, rasanya kedua-kedua sekali !!!

[ SUMBER ]


No comments:

Post a Comment