Wednesday, 8 May 2013

TINGGALKAN PKR - @AzminAli MAKIN BIJAK ATAU AZMIN GALI KUBUR SENDIRI ?!!


Apakah ini satu sandiwara atau sekadar cubaan.. dugaan.. atau hanya "wayang tinggi production" dari Azmin Ali ???



Aku teringin untuk memetik 2 tweet dari Azmin Ali;

1- Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat.

Bagi seorang yang waras, bila membaca tweet ini, pasti akan terdetik bahawa Azmin menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka.

Jika benar begitu, baguslah.

Ini menunjukkan satu kematangan politik dari seorang pemimpin pihak pembangkang.

Yang menjadikan tweet ini agak kontroversi adalah apabila sekali lalu membacanya kita juga tahu bahawa Azmin mempersoalkan kredibiliti Anwar Ibrahim sendiri.

Tetapi sekurang-kurangnya, ada juga seorang pemimpin pembangkang yang mahu menganalisis kegagalan partinya dan mencari punca kegagalan walaupun tidak dinyatakan didalam tweetnya bahawa dia akan melakukan "post-moterm" kegagalan pembangkang dalam PRU-13.

2- Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.

Pada pendapat peribadi aku yang ikhlas, ini adalah kali pertama aku lihat Azmin Ali agak bijak dalam menyuarakan pandangannya berkaitan demonstrasi.

Dan penuh ikhlas, aku menyokong kata-katanya ini.

Pada pandangan rakyat biasa seperti aku, ini adalah pandangan bijak seorang pemimpin.

Namun, ianya umpama Azmin menggali lubang kuburnya didalam parti pembangkang.

Pertama kali bagi aku melihat Azmin memikirkan keutamaan dan keselamatan rakyat.

Penuh ikhlas, Azmin tak layak berada dalam parti pembangkang bila dilihat attitude begini.

Attitude pemikiran begini selayaknya berada dalam parti pemerintah, namun sukar bagi Azmin untuk berada dalam parti pemerintah selagi kemelut masalah moralnya membelenggu diri Azmin.

azmintwiter

Aku sedikit tertarik dengan penulisan didalam sebuah portal yang ingin aku kongsikan disini...


Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor menjadi semakin menarik apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Mohamed Azmin Ali, telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi Menteri Besar Selangor.
Krisis di Selangor agak serius kerana DAP mahukan PKR yang hanya memenangi 14 kerusi untuk menjadi Menteri Besar berbanding PAS yang mempunyai 15 kerusi.
Dalam masa yang sama DAP tidak mahu Azmin sebagai Menteri Besar walaupun majoriti wakil rakyat PKR mahukannya. 
Sementara itu, sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon PAS sebagai Menteri Besar.
Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.
Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain. 

Selanjutnya... baca di MyKMU.net...

Namun, sekiranya Azmin benar-benar tinggalkan PKR, ianya sedikitpun tidak mengejutkan aku.

Ini adalah kerana isu Azmin yang ingin meninggalkan PKR ni, sebenarnya telah lama aku dengar semenjak screencapture video yang dikatakan menyerupai Azmin sedang melakukan "oral-sex" dalam jamban tersebar dengan meluas.

Mengikut maklumat yang aku dapat, video berkenaan adalah sabotaj dari dalam sendiri.

Manakala copy berkenaan diserahkan secara "anonymous" kepada perantara untuk disampaikan kepada seorang blogger supaya dapat disebarkan untuk mengaibkan Azmin.

Itu cerita yang sampai ketelinga aku dari sumber dalaman berkenaan.

Wallahualam...

Berbalik kepada tweet berkenaan, aku harap Azmin Ali tidak bertindak sebodoh Wan Azizah.

Jangan pula esok keluar statement kata akaun Twitter kena "hack" pula.

Hahahaha...


No comments:

Post a Comment