Tuesday, 11 June 2013

AKHIRNYA TANDA PUTERA DITAYANGKAN 29 OGOS NANTI !!! KIT SIAL BAPA 13 MEI MEROYAN !!!


Akhirnya filem Tanda Putera bakal menemui penonton di panggung wayang pada 29 Ogos nanti, bersempena dengan bulan kemerdekaan.



Filem yang menempuh liku-liku kontroversi akibat dipolitikkan hampir sahaja “membunuh” semangat pengarahnya, Shuhaimi Baba. 

Sekian lama menunggu untuk menghidangkan rakyat Malaysia dengan fakta sejarah, kini masanya telah tiba.

Mengapa filem Tanda Putera menjadi kontroversi ?

Sesungguhnya filem yang digarap berdasarkan kajian sejarah ini cukup penting untuk dinikmati dan difahami oleh rakyat Malaysia, khususnya generasi muda demi untuk membentuk jati diri, selain menjadikan ia sebagai pedoman dan teladan. 

Penceritaannya bukanlah bersifat rekayasa, atau ciptaan, tetapi berkisarkan kisah sejarah yang pernah berlaku seketika dahulu.

Sejarah tidak pernah menipu, sedangkan pada waktu dan ketika ini, ramai pula ahli politik yang cuba menukar sejarah. 

Contoh terbaik adalah kisah Bukit Kepong. 

Komunis adalah hero ? 

Tanya kembali kepada si pendakwa, pada waktu itu, bukankah semangat memerdekakan negara ini cukup memuncak sehingga polis dan tentera ditubuhkan dengan kerjasama British untuk memastikan keamanan Tanah Melayu ? 

Semangat inilah yang membuatkan ramai menyertai polis, demi sebuah negara yang menuju kemerdekaannya.

Berbalik kepada filem Tanda Putera, mengapa terdapat pihak-pihak yang cuba menggagalkan penayangan filem tersebut kepada umum ? 

Apa yang perlu dikhuatirkan sedangkan filem ini bersifat sejarah dan teladan ?

Jawapannya ialah Lim Kit Siang, chauvinist tulen yang memimpin perarakan sambil menghina orang Melayu sehingga menyebabkan orang Melayu hilang sabar dek kekurangajarannya pada waktu itu.

Pastinya watak ini bakal memainkan peranan penting untuk dijadikan karektor dalam filem ini.  

Itu menjadi suatu mimpi ngeri kepada Lim Kit Siang, kerana generasi muda akan tahu dan faham tentang sejarah berdarah 13 Mei 1969. 

Tentunya segala usaha untuk “menguburkan” kisah 13 Mei dari sejarah Malaysia gagal dengan tayangan filem ini.

Di satu pihak pula, ketakutan untuk menayangkan filem tersebut sehingga “dibekukan” untuk beberapa ketika adalah satu kepincangan yang perlu diperbaiki dengan segera. 

Seharusnya tidak perlu takut untuk menceritakan fakta dan sejarah, asal tujuan yang matlamatnya untuk kebaikan. 

“Ketakutan” ini boleh menjadi barah, yang akhirnya merebak dan merubah sejarah Malaysia. 

“Kontrak Sosial” sahaja sudah cukup untuk dijadikan bukti, bahawa satu persatu elemen sejarah sedang cuba dilupuskan oleh golongan tertentu.

Mungkin wujud baur-baur perkauman dalam filem Tanda Putera ini, tetapi ia tidak bersifat perkauman. 

Ia harus dilihat bagaimana satu kaum yang gagal memahami maksud harmoni, dengan bertindak agresif dan mengenepikan sensitiviti kaum lain yang akhirnya membawa kepada suatu tragedi. 

Dan teladan inilah yang perlu diasimilasi ke dalam kehidupan rakyat, untuk masa depan yang lebih sejahtera.

Mungkin 13 Mei patut dianugerahkan sebagai Hari Harmoni, agar rakyat Malaysia dapat menghayati punca dan seterusnya mengambil langkah-langkah penting untuk memastikan ianya tidak berulang lagi.

Anda selidik dan carilah “hansard” Parlimen untuk mengetahui kata-kata yang pernah dilemparkan oleh Lim Kit Siang pada 1969.

[ SUMBER ]


No comments:

Post a Comment