Monday 22 July 2013

#PRK KUALA BESUT: PAS BAWA KEMPEN YANG MEMALUKAN JENTERA !!!


Walaupun pembangkang di DUN Kuala Besut giat dengan kempen PAS Ganti UMNO (P.G.U.) dan kempen 16:16, namun nampaknya majoriti pengundi yakin pada calon muda yang diketengahkan BN pada PRK ini.



Apa yang agak menarik dari kempen yang dilancarkan pembangkang adalah 16:16.

Pasti semua maklum bahawa pembangkang amat popular dengan kempen berdasarkan nombor ini dan pada PRK kali ini 16:16 menjadi pilihan, simbolik kepada perubahan keputusan PRU13 sekaligus meletakkan keputusan DUN Terengganu sebagai seri antara kedua parti bertanding.

Ini benar-benar menarik perhatian penulis untuk diperdebatkan.

Apa kata kita ambil masa sejenak untuk membayangkan PAS memenangi PRK DUN Kuala Besut, penulis tekankan disini kita hanya “membayangkan” sahaja walaupun ianya amat mustahil untuk berlaku.

Apakah sebenarnya harapan PAS sekiranya keputusan PRK DUN Kuala Besut mengubah keputusan keseluruhan DUN Terengganu ini ?

Walaupun keputusan nanti adalah seri masing-masing BN dan gabungan pembangkang dengan 16 kerusi, baik BN mahupun gabungan pembangkang tidak layak untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Namun, jika dilihat kepada parti yang bertanding, BN adalah parti yang layak untuk menuntut pemerintahan di Terengganu memandangkan 16 kerusi ditangan BN, kerana PAS hanya mampu mendapat 15 kerusi keseluruhannya dan PKR dengan 1 kerusi DUN.

Jadi, dimanakah relevannya jika PAS mahu menuntut pemerintahan di negeri Terengganu ?

Jika PAS mahu menuntut pemerintahan negeri Terengganu atas nama gabungan pembangkang yang tidak berdaftar iaitu PR sekalipun, masih belum layak untuk diambilkira.

Sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekiranya DUN Terengganu tergantung, maka SPR tidak boleh campurtangan.

Oleh itu kedua parti bertanding iaitu BN dan gabungan pembangkang perlu bermuzakarah untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri.

Sekiranya keduanya masih tidak dapat membuat sebarang kata putus, maka Sultan Terengganu boleh untuk campurtangan.

Penulis ingin menarik perhatian kepada pilihan muzakarah, antara PAS sebagai parti dominan gabungan pembangkang dan UMNO sebagai parti dominan BN di Terengganu.

Pasti ramai yang masih ingat pada cadangan kerajaan perpaduan atau lebih tepat “kerajaan tanpa pembangkang”.

Ini adalah cadangan dari Hadi Awang (Presiden PAS dan bekas MB Terengganu) suatu waktu dahulu dizaman pemerintah mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Cadangan tersebut mendapat reaksi positif dari UMNO manakala gabungan parti pembangkang yang lain terutamanya DAP menunjukkan reaksi yang amat negatif dan menganggap cadangan Hadi Awang tersebut sebagai pembelotan PAS.

Sekiranya mengambil kira untung nasib orang Melayu yang beragama Islam, maka pilihan “kerajaan perpaduan” adalah yang terbaik.

Jika kita lihat semula perkembangan semasa, kebelakangan ini banyak berlaku provokasi terhadap bangsa Melayu dan agama Islam.

Malah fenomena menghina orang Melayu dan agama Islam kini dilihat ditahap yang mengancam perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Kerakusan para politikus pembangkang sendiri telah membuka peluang dan ruang bagi menghalalkan penghinaan terhadap entiti Melayu dan agama Islam.

Media sosial menjadi medan bagi segala bentuk provokasi perkauman dan agama.

Keadaan ini juga turut membimbangkan para ilmuan dan agamawan.

Kita juga dapat melihat komentar-komentar pengamal media sosial yang mendesak gabungan PAS dan UMNO bagi membela dan menjaga kebajikan orang Melayu dan sekaligus agama Islam terus terbela.

Pengamal media sosial yang tidak pernah “ambil pusing” tentang politik juga telah mula menyuarakan desakan untuk PAS dan UMNO berganding bahu dalam usaha menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Oleh itu, berbalik kepada pertanyaan penulis diatas, apakah harapan PAS sekiranya keputusan DUN Terengganu berubah jika PAS berjaya merampas DUN Kuala Besut dari BN ?

Apakah PAS akan meneruskan cadangan Hadi Awang untuk membentuk “kerajaan perpaduan” yang pertama di negeri Terengganu ?

Apakah Terengganu akan menjadi titik tolak kepada perpaduan orang-orang Melayu yang bergama Islam ?

Amat mustahil bagi PAS membentuk kerajaan negeri di Terengganu dengan keputusan seri, sebaiknya PAS menjelaskan harapan dan perancangan mereka jika mereka berjaya dalam kempen 16:16 mereka ini.

PRK Kuala Besut bukan sahaja menjadi penentu wakil rakyat bagi DUN Kuala Besut, tetapi juga adalah penentu bagi hala tuju negeri Terengganu khususnya.

Jika PAS tidak mampu membentangkan sebarang penjelasan dan perancangan atas kempen 16:16 mereka, maka amat memalukan bagi keseluruhan jentera PRK PAS di DUN Kuala Besut.

Ianya umpama sebuah kempen yang dicipta tanpa hala tuju ibarat parti politik yang hilang arah tujuan !

Artikel penuh : BACA DISINI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??