Monday, 22 July 2013

#PRKKualaBesut - CALON PAS PENAGIH DADAH ?!!

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/03/dadah.jpg 

Perghhh... Gila !!!

Maklumat yang baru aku dapat hasil risikan dengan orang-orang kampung di DUN Kuala Besut...


Wajarkah calon yang bertanding dalam PRK DUN Kuala Besut ini kerana semasa zaman remajanya adalah seorang penagih dadah maka pengundi kurang selesa untuk memberi undi kepadanya, hatta atas nama parti yang mendakwa memperjuangkan agama?

Dan kenapa kalau sudah tahu ada masalah peribadi di zaman remaja masih juga mahu menawarkan diri sebagai calon atau dipaksa oleh partinya.

“Tetapi rasanya kalau paksa sekalipun dia terpulang kepada dirinya sendiri sama ada hendak masuk calon atau tidak,” kata seorang nenek yang mengenali calon itu sejak calon itu zaman remaja dan tamat sekolah di tingkatan 5.

Mak Cik tua itu amat mengenali calon berkenaan berkata, memanglah semua orang kampung tahu dulu dia dulu hisap dadah, tetapi itu zaman dulunya, sekarang tidak lagi.

Difahamkan lelaki yang menjadi calon PRK Kuala Besut ini telah diasuh dan di didik semula dan dipulihkan untuk kembali ke pangkal jalan dan cenderung kepada hal hal keagamaan.

Mungkin kerana mahu diminta menebus dosa-dosa yang lalu, calon ini dipaksa oleh partinya berkhidmat kepada orang kampungnya dan lain-lain kampong sekitar dalam Dun Kuala Besut, bukan atas kehendak dirinya, kerana dia sendiri ternyata tidak berminat.

Atau suatu kesilapan besar bagi partinya yang tidak terlebih dahulu membuat tapisan dan siasatan rapi tentang zaman-sebelum dipilih menjadi calon. Ataukah kerana kekayaannya kini, maka ia dipilih oleh pemimpin partinya untuk menjadi calon.

Kesianlah, bila jadi calon segalanya akan terlondeh kerana hakikatnya rakyat mahu pemimpin yang bersih dan berakhlak mulia tanpa mempunyai sejarah hitam di zaman remajanya.


Selanjutnya... BACA SINI...

 

No comments:

Post a Comment