Beberapa banner yang menyatakan menolak kehadiran Anwar Ibrahim di Sungai Limau telah dikesan di kawasan itu, mengikut sumber dari blog KedahkeKL.
Banner tersebut tertulis “Kami menolak kehadiran Anwar Ibrahim di DUN Sg. Limau – Penyokong PAS Sg. Limau” merupakan mesej jelas dan terbuka bagi memastikan Anwar tidak menjejakkan kaki ke situ.
Mungkin pihak PAS akan menuduh bahawa banner tersebut adalah taktik jahat UMNO untuk melaga-lagakan PAS dan PKR, tetapi apakah mereka yakin itulah yang sebenarnya berlaku ???
Sekiranya mereka menyorot kembali sejarah arwah Tan Sri Azizan selama PAS bergabung dengan PKR dan DAP, maka mereka pasti akan berfikir dua kali sebelum menuduh UMNO.
‘Ketegangan’ antara arwah dengan Anwar Ibrahim bukanlah satu rahsia.
Malah, umum tahu bahawa arwah akan mengelak untuk berada bersama dengan Anwar dalam satu majlis.
Ini kerana arwah tidak sanggup menerima seorang peliwat tegar dan pendokong pluralisme agama sebagai rakat sepakat.
Justeru, kita tidak hairan apabila Anwar Ibrahim menerima berita kematian arwah tanpa sebarang reaksi.
Tiada sebarang ucapan, jauh sekali kunjungan hormat dari Anwar ke atas keluarga arwah sehinggalah ke hari ini.
Pendek kata, Anwar tidak berusaha untuk berdiplomasi sekadar untuk memenuhi tuntutan politik sekali pun, dalam mengendalikan berita tersebut.
Jelas, ketegangan antara Anwar dan arwah adalah serius dan tidak boleh dipura-purakan lagi.
Bukanlah hak kita untuk mempersoalkan tindakan arwah Tan Sri Azizan untuk terus bersama PAS walaupun menolak kerjasama parti itu dengan Anwar.
Arwah mungkin yakin yang PAS akan kembali ke jalan asal dan akan meninggalkan Anwar satu hari nanti, kita tidak tahu.
Atau beliau mungkin sedang berusaha untuk memperbetulkan PAS dengan caranya sendiri atas dasar memperjuangkan Islam yang sebenar.
Mungkin kerana itu, beliau cukup mesra dengan UMNO yang diterimanya sebagai saudara seagama.
Apapun, pastinya, beliau mempunyai alasan sendiri untuk berbuat demikian dan kita tidak punya hak untuk menilai atau menghukum tindakannya.
Apa yang kita tahu, arwah melihat politik sebagai melangkaui nama PAS atau UMNO.
Baginya, politik adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, tanpa membelakangkan tuntutan agama. Itu saja.
Sebagai manusia yang diberikan akal fikiran dan mengaku beriman, pengundi Sg. Limau mempunyai tanggungjawab ke atas diri sendiri untuk menilai dan mengkaji penolakan arwah terhadap Anwar Ibrahim.
Pengundi Sg. Limau juga wajar memikirkan mengenai ‘kemesraan’ arwah dengan UMNO dan bagaimana UMNO menyayangi beliau.
Seharusnya, sikap arwah itu sudah sudah cukup untuk membuktikan kepada pengundi Sg. Limau bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan PAS hari ini.
Apatah lagi apabila melihat bagaimana pemimpin PAS sendiri memusuhi, mencabar, mengejek malah menghina arwah secara terbuka ketika hidupnya.
Bagi umat Islam yang memahami perjalanan politik arwah, kita telah meletakkan harapan kepadanya sebagai peneraju penyatuan ummah.
Seperti yang kita sedia maklum, UMNO telah lama menghulurkan tangan, hanya menunggu PAS menyambutnya sahaja.
Hakikatnya, arwah telah menyambutnya atas kapasiti peribadi sebagai seorang Muslim, tetapi arwah masih tidak mampu mengheret PAS bersamanya.
Maka, sudah menjadi tanggungjawab pengundi Sg. Limau untuk meneruskan niat murni arwah itu.
Sambutlah huluran tangan UMNO supaya Anwar Ibrahim dapat diketepikan terus.
PAS tidak akan kuat selagi bersama PKR tetapi PAS enggan meninggalkan PKR. Justeru, satu-satunya cara untuk meninggalkan Anwar Ibrahim ialah dengan meninggalkan PAS.
Ini bukan artikel untuk meraih undi, tetapi sekadar mengajak umat Islam para pengundi di Sungai Limau untuk berfikir lebih jauh, menyelam ke dalam hati dan akal masing-masing mengenai hala tuju politik Melayu.
Sesungguhnya kita tidak akan berjaya selagi kita tidak bersatu.
Jangan biarkan Anwar Ibrahim, puak LGBT dan harbi itu menang.
Kuasa memilih dan mengubah nasib dan hala tuju anak cucu kita kini berada di tangan sendiri.
Pilihlah dengan akal dan dengan iman.
Semoga Allah SWT memberkati niat suci kita untuk mengembalikan kekuatan ummah dan menentang kemungkaran.
Sekiranya PAS menang, maka Anwar juga menang.
Dan jika Anwar menang, Islam tidak akan menang.
No comments:
Post a Comment