Sunday, 12 January 2014

FITNAH & TABUR PASIR DALAM PERIUK NASI ANTARA #AYAM #HASSANMALEK DAN #MAKMAL #N9


Kecoh seketika media sosial dan warga netizen sedikit huru-hara dek kerana fitnah yang berleluasa.

Nak sebar fitnah itu memang mudah sekali, modal yang diperlukan hanyalah sedikit imaginasi, akaun facebook atau apa sahaja laman media sosial dan keupayaan menaip.


Apatahlagi, warga netizen hari ini lebih gemar kepada gosip-gosip panas, khabar angin yang mengujakan dan pastinya semua yang aku nyatakan itu sebahagiannya tercetus dari fitnah.

Hari ini juga baru aku sedar, bahawa pemimpin-pemimpin negara kita ni boleh dijadikan "tikus" untuk dijadikan bahan ujikaji "makmal".

Ya, "tikus" yang aku maksudkan adalah Datuk Hassan Malek.



Aku terima perkhabaran bahawa Hasan Malek akan meletakkan jawatan kerana mengakui kelemahannya dalam menerajui kementeriannya (KPDNKK).

Serious dowh, aku memang dah bagitahu pada kawan-kawan yang bertanya kesahihan tersebut bahawa aku tak percaya sebab Hassan ketika itu setahu aku tak ada di Malaysia.

Selepas aku bertanya dengan para sahabat yang lain, maka tahulah aku bahawa pengimaginasi yang bertanggungjawab mereka cerita ini hanya meniup sikit untuk memberikan tanda tanya pada yang membaca.

Tak lama kemudian, timbul pula seorang lagi yang diketahui menjadi anak didik pengimaginasi tersebut terus memetik nama Hassan Malek.

Maka kecohlah seantero dunia netizan dengan perkhabaran bahawa Hassan akan meletakkan jawatan yang sepatutnya diumumkan hari Isnin ini.

Ternyata bahawa cerita perletakan jawatan tersebut hanyalah fitnah yang direka oleh kumpulan blogger yang mungkin mempunyai kepentingan.

Diketuai oleh anak lelakinya, satu report polis telah dibuat oleh anak-anak jati Negeri Sembilan yang menyokong menteri mereka.



Aku tertarik untuk mengulas setiap alasan yang dikemukakan dalam semua tindakan memfitnah Hassan.

Bukan kerana aku anak Negeri Sembilan, tidak... Aku anak jati Perak.

Bukan kerana aku kerja dengan Hassan Malek atau dibayar Hassan, tidak... Blog aku antara yang paling clean dan tidak dipayungi sesiapa.

Aku menulis ikut suka aku, bila aku free dan rasa nak menulis, tiada komitmen yang memeningkan kepala.

Baiklah, back to the topic lah ye...

Alasan yang digunakan untuk memfitnah Hassan adalah, kononnya Hassan gagal sebagai menteri dalam kementeriannya hanya kerana kenyataan beliau; "ayam mahal, jangan makan ayam".

Inilah quotation yang menjadi trending oleh pembangkang suatu waktu dulu.

Pembangkang, memang kerja nak membangkang je sebab diorang ni tak ada kerja dan otak senteng.

Orang yang bijak, dia akan mengkaji maksud tersirat Hassan.

Sori la beb, aku belajar Business dan ekonomi memang masuk dalam syllibus aku.

Betul juga apa yang dikatakan, kalau ayam mahal jangan beli, sebab kita pengguna sebenarnya mempengaruhi harga dalam pasaran.

Bayangkan kalau kita semua bersatu dan boikot tak beli ayam untuk satu minggu, aku ulang ye... BERSATU...

Apa jadi dengan lambakan stok ayam ??? Agak-agak, siapa yang rugi ??? Adakah kita pengguna atau peniaga ???

Sekali sekala, kita kena ajar peniaga-peniaga yang macam sial ni terutama peniaga mata sepet yang menguasai ekonomi.

Aku malas nak lecture kat korang pasal "supply and demand", korang boleh buat carian google untuk baca topik ni atau baca secara ringkas kat SINI, ulasan dari sorang member aku.

Gila ke apa Hassan nak bagitau media macam ni ?!! Faham-faham sendiri sudahlah.

So, aku pun tak assume menteri aku untuk bukak kelas ekonomi kat blogger sebab sekarang ni zaman IT, apa je ko nak cuma tanya je kat proffessor google, confirm dapat jawapan.

Waima, cara nak solat pon ada dalam carian google !!!

Guna je otak yang Allah dah bagi tu !!!

Zaman sekarang, dengan google sesiapa pun boleh jadi bijak pandai kalau gunakan dengan sebaik mungkin.

Pada aku mudah, blogger yang sebar fitnah ni mungkin tiada pemahaman tentang ekonomi atau kiasan dari Hassan.

Tapi aku juga akui, Hassan kurang arif dalam menjelaskan sesuatu isu.

Oklah, itu di stage penyebaran fitnah tersebut.

Selepas report polis dibuat, ada yang menggelabah dan menegakkan benang yang basah sebab takut disaman.

Alasan terbaru pula kerana sekadar satu ujikaji dan kajian terhadap menteri GAGAL yang duduk di ranking pertama.

Dan keduanya, ujikaji dan kajian tersebut untuk menilai sejauh mana KEHEBATAN anak didiknya.

Oklah, aku bolehlah akui hari ini bahawa anak didiknya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan blogger pembangkang dalam aktiviti menyebar fitnah.

Sama hebat !!!

Persoalan aku sekarang ni, betul ke Hassan Malek berada di ranking pertama senarai menteri yang GAGAL ???

Aku rasa budak-budak blogger yang baru nak up pun tau siapa menteri di ranking pertama dalam kategori GAGAL.

Siapa lagi kalau bukan "menteri AMARAN" !!!

Aku teringin nak tengok dokumentasi kajian yang menunjukkan Hassan Malek di ranking pertama senarai menteri yang gagal sebab ianya tak dapat diterima akal.

Menteri yang gagal sekali adalah menteri yang paling gagal dalam isu keselamatan negara iaitu "menteri amaran" dalam kes BERSHIT sebelum ini, yang mencium keris kemudian menyembah kaki cina mohon ampun.

Walau macam mana getiknya aku pada "menteri amaran" terbabit, tak adalah pula aku sampai nak fitnah dan tabur pasir dalam periuk nasi dia.

Walau buruk manapun "menteri amaran" tu, dia masih pemimpin aku.

Aku cuma mampu kritik dalam penulisan aku dan doakan untuk dia je, namun sekali pun tidak terlintas nak fitnah menteri tu.

Kritik dan hentam tidak sama dengan fitnah dan tabur pasir dalam periuk nasi orang !!!

Apa hak seorang/sekumpulan blogger untuk lemparkan fitnah dan aniaya pemimpin sendiri ???

Aku tak kisahlah kalau seorang blogger ni malas nak mengkaji dan tak faham bab ekonomi tapi terus nak menghentam dan mengkritik mana-mana menteri.

Itu pendapat masing-masing, hak masing-masing.

Tapi, bila masuk bab memfitnah, itu tiada kompromi.

Teringat masa Dr Fadzillah Kamsah yang pernah dikecam dan difitnah suatu waktu dahulu.

Beliau ada menyatakan dalam kenyataannya; sebagai seorang lelaki, seorang ketua keluarga, wajib baginya mempertahankan diri dan mebersihkan dirinya dari fitnah.

Kalau Hassan Malek nak saman, ianya sesuatu yang amat wajar bagi beliau membersihkan namanya dari fitnah apatahlagi tindakan fitnah tersebut berbentuk satu penganiayaan terhadap dirinya dan keluarga.

Selepas PRU-13, macam-macam boleh berlaku.

Aku juga rasa sangsi dengan motif fitnah tersebut dibuat.

Maklumlah, fitnah ni makanan blogger pembangkang, apakah si pembuat fitnah itu dah bertukar kem ke pembangkang ?!!

Tertanya-tanya juga aku, apakah ada tangan-tangan halus yang mengupah si pereka dan penyebar fitnah ini ?!!

Motif fitnah dilakukan adalah amat wajar disiasat !!!

Ya, Malaysia amat perlukan inventor (pereka) tapi bukan invent false rumours sebaliknya dalam bidang technology invention !!!



No comments:

Post a Comment