Tuesday, 13 May 2014

POLITIK TERENGGANU: 3 LAGI ADUN NAFI KELUAR UMNO !!!



Tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menafikan mereka akan turut bersama-sama keluar parti dan menjadi ahli Bebas bagi mengikut jejak bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan dua rakan mereka.



Salah seorang yang awalnya turut disebut-sebut, ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman menegaskan, beliau tetap dengan pendirian untuk kekal bersama UMNO kerana menyayangi parti yang besar jasa dan sumbangan untuk bangsa dan negara.

“Saya menghormati tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Ahmad bersama-sama dengan beberapa rakan ADUN, namun saya tetap sayangkan UMNO dan tidak akan mengeruhkan lagi keadaan,” ujarnya merupakan anggota Exco kerajaan negeri.

ADUN Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang turut menyatakan berdiri teguh sebagai ahli UMNO dan tidak akan sesekali meninggalkan parti keramat itu yang sudah menjadi asas perjuangannya dari dulu, kini dan selamanya.

Anggota Exco kerajaan negeri itu menyatakan rasa sedih dan kesal

dengan peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di negeri ini sekarang.

“Saya amat kesal kerana kebanyakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Ketua UMNO Bahagian tidak pernah diajak berbincang oleh mana-mana pemimpin tertinggi parti dalam hal pertukaran Menteri Besar,” ujarnya.

ADUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, dalam krisis politik yang melanda kini, beliau tidak goyah dan bagi memastikan UMNO dan BN terus kekal memerintah dan memayugi nasib bangsa.

“Saya dipilih oleh masyarakat yang menyokong UMNO dan tidak boleh membuat keputusan peribadi dalam soal ini.

“Saya berharap rakan-rakan yang mengambil keputusan mengejut itu akan tetapi memberikan sokongan kepada parti,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment