Thursday, 1 May 2014

#PRK DATANG LAGI DI #P076 PULA !!! #PRKTelukIntan #MusimPRK


Selepas seorang peguam dari DAP, kali ini dari DAP juga hilang nyawa dan memperlihatkan kekosongan kerusi Parlimen.

Nampaknya, selepas PRU13, memperlihatkan siri-siri PRK di peringkat DUN dan juga Parlimen.



NAMPAKNYA satu persatu pilihanraya kecil berlaku di negara kita.  

Setelah Bukit Gelugor, hari ini Parlimen Teluk Intan pula mengalami kekosongan apabila wakilnya, Seah Leong Peng meninggal dunia akibat penyakit kanser pagi ini.

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.

Sudah tentu kematian ini tidak menghalang budak-budak dan orang-orang tua PAS yang sudah berada di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur untuk berdemo membantah perlaksanaan GST yang akan hanya dilaksanakan pada April tahun depan.

Pada mereka, duit sudah masuk, batang tubuh pun dah ada disitu, pedulilah siapa pun nak mati, janji demo juga.

Lagipun DAP dengan PAS tak berapa nak ngam sekarang lanjutan dari cadangan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negara tersebut, sudah tentu ketiadaan dua ahli Parlimen DAP di Parlimen, memudahkan sedikit kerja mereka nanti.

Apa pun, kematian ini menandakan bahawa negara kita akan berhadapan dengan satu lagi pilihanraya kecil.  

Tambahan kepada pilihanraya kecil DUN Kajang yang diadakan dengan sengaja, sejak PRU13 berakhir, ini adalah pilihanraya kecil ke-6 diadakan.

Majoritinya melibatkan kerusi yang diwakili pembangkang, menunjukkan pembangkang memang ada masalah serius dengan memastikan kesihatan calon pilihanraya mereka.  

Ini belum lagi menyebut ADUN Bukit Assek (juga dari DAP), Wong Hong Leng yang turut berada dalam keadaan kritikal kerana penyakit barah otak.

Penulis mendengar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengkaji undang-undang pilihanraya sedia ada, terutama dalam soal pengosongan kerusi dengan sengaja seperti di DUN Kajang (2014) dan Parlimen Permatang Pauh (2008).

Kenapa tidak di masukkan sekali peruntukkan supaya setiap calon wakil rakyat mempunyai tahap kesihatan yang baik pada waktu pertandingan berlaku.

Walaupun tidak boleh memastikan secara 100% tapi sekurang-kurangnya dengan cara itu, kebarangkalian untuk mengadakan pilihanraya kecil dengan kerap dan tidak sudah-sudah akibat kematian kerana penyakit ini, dapat diminimakan.

Sumber KLIK SINI


No comments:

Post a Comment