Friday 30 May 2014

#PRKTelukIntan: PENGUMUMAN RASMI PM TUTUP MULUT MALAYSIAKINI & INSIDER !!!


Sebelum ini, DAP dan juga jentera "kacang merah" atau suka aku nak kata "jentera Cadbury DAP", mengatakan didalam ceramah mereka bahawa BN menipu dalam berkempen tentang perlantikan calon BN, Datuk Mah Siew Keong untuk sertai kabinet jika menang.


Malah, wartawan Malaysiakini dan juga Malaysian Insider menghentam Datuk Mah dalam sidang media (PC) dengan memancing soalan berbentuk tuduhan mengatakan kempen Datuk Mah sertai Jemaah Kabinet adalah penipuan untuk raih undi.

Sekarang, dengan rasminya, Perdana Menteri membuat pengumuman penting berkaitan isu ini;

BEIJING – Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di sini (Beijing).

“Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, Khamis.

Najib berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

Ditanya kementerian mana yang akan ditawarkan kepada Mah, Najib berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan perkara itu.

“Belum lagi… perkara itu akan diputuskan kemudian,” katanya.

Mah, 53, anak watan Teluk Intan, pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N.Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.

Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004 namun tewas dalam tsunami politik pada 2008.

Dalam pilihan raya umum 2013, Mah gagal merampas kembali kerusi itu dan kali ini, beliau berdepan dalam pertembungan satu lawan satu sdengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Kali terakhir Gerakan memegang jawatan dalam Kabinet ialah menerusi bekas Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon. - SUMBER


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??