Saturday, 24 May 2014

#PRKTelukIntan: WASIAT SEAH LEONG PENG PUNCA DYANA TIADA JENTERA TEMPATAN ?!!


Berikutan kematian Seah Leong Peng, Ahli Parlimen Teluk Intan pada 1hb Mei lalu jam 7.45 pagi, satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di Parlimen Teluk Intan.


Seah Leong Peng yang dimasukkan ke Hospital Universiti pada 30hb April lalu, disahkan meninggal dunia kerana menderita penyakit kanser.

Menurut sumber dalaman DAP Teluk Intan, mendiang Seah Leong Peng telah lama tahu akan penyakit yang dihidapinya dan mendiang juga tahu jangka hayatnya tidak lama.

Oleh itu, mendiang telah terlebih awal menyediakan wasiat dengan menamakan seorang calon bagi menggantikan tempatnya sekaligus meneruskan perjuangan parti untuk bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan selepas kematiannya.

Berdasarkan wasiat tersebut, calon yang sepatutnya dipertandingkan dalam PRK P076 adalah Dr Hew Kuan Yau atau lebih popular dengan gelaran “Superman DAP”.

Dr Hew Kuan Yau yang berusia 44 tahun, merupakan anak tempatan yang tinggal di kawasan Pasir Bedamar.

Kuan Yau adalah lulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Sastera dari The Chinese University of Hong Kong.



Bagaimanapun, selepas kematian Leong Peng, wasiatnya telah diabaikan.

Apabila timbul spekulasi untuk meletakkan calon Melayu bernama Dyana Sofya Mohd Daud melalui kempen di media sosial, ahli-ahli DAP telah menunjukkan protes sebagai isyarat kepada DAP Pusat akan ketidaksetujuan mereka untuk meletakkan Dyana.

Sebaik penamaan calon dan pencalonan Dyana disahkan bertanding atas tiket DAP, penyokong DAP di Perak khususnya di Teluk Intan jelas tidak senang dengan pencalonan tersebut.

Tindakan DAP Pusat melanggar wasiat Seah Leong Peng menjadi punca penyokong DAP memboikot kempen Dyana.

Menurut sumber dalaman DAP Teluk Intan, Dyana tidak sesuai dan tidak layak untuk bertanding di Teluk Intan jika dibandingkan dengan Dr Hew Kuan Yau.

Ahli dan penyokong DAP Teluk Intan juga meramalkan DAP bakal kalah kerana meletakkan calon yang salah.

Pada pandangan mereka berdasarkan pendidikan, tahap pendidikan Dr Hew Kuan Yau adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Dyana yang sekadar berkelulusan dari UiTM.

Mereka juga berpendapat Dyana belum cukup pengalaman dalam politik jika dibandingkan dengan Dr Hew malah dari segi “public speaking”, Dr Hew dilihat lebih berkemampuan untuk berkomunikasi dengan baik di semua peringkat jika dibandingkan dengan Dyana yang dilihat agak kekok dalam berucap dan gagal dalam menghadapi soal balas media.

Ahli dan penyokong DAP Perak khususnya di Teluk Intan, bukan menolak Dyana hanya kerana wasiat mendiang Seah Leong Peng tetapi mereka menolak Dyana kerana terlalu banyak kekurangan bila dibandingkan dengan calon pilihan mendiang Leong Peng.

Mungkin penyokong DAP Teluk Intan tidak akan menunjukkan protes jika calon pilihan DAP Pusat mempunyai latar pendidikan yang lebih baik dari Dr Hew dan pengetahuan serta pengalaman politik yang lebih baik dari Dr Hew.

Tindakan DAP Pusat yang meletakkan calon yang tidak setanding Dr Hew, sepertimana yang diwasiatkan oleh mendiang Leong Peng diramalkan akan memburukkan keadaan kempen DAP di Parlimen Teluk Intan.


No comments:

Post a Comment