Saturday, 8 November 2014

KES BULI MENJADI-JADI - APA NASIB SEKOLAH ASRAMA PENUH NI ?!!


Salam all readers...

Wa pun tak tahu lah apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni.

Dulu tak ada lah teruk sangat macam ni, tapi sekarang ni kes buli menjadi-jadi.


Ada dulu dengar budak jatuh dari syiling dewan dan macam-macam spekulasi.

Ada yang kata budak tu dibuli kawan-kawan dengan meletakkan kotak pensilnya atas syiling dan ada pula yang kata sebab "high" dadah.

Wallahualam...

Petang ni wa nak kongsi satu artikel berkaitan buli dan masa depan asrama penuh, artikel ni agak panjang juga tapi wa ambil bahagian yang wa suka je la.

Kalau korang nak baca penuh, ada link yang wa akan letakkan kat sumber bawah nanti, pandai-pandailah korang klik nanti ye.

Ok... Selamat membaca...

Memandangkan kes buli ini amat sinonim dikaitkan dengan sekolah-sekolah berasrama penuh, maka pihak sekolah perlu melakukan pemantauan berterusan terutamanya dalam asrama.

Warden asrama memainkan peranan yang amat penting dan memikul tanggungjawab yang berat untuk mengekang budaya buli dari berlaku dalam asrama seliaan mereka.

Sekolah-sekolah berasrama penuh sering mendapat perhatian ibu bapa dan menjadi cita-cita ramai pelajar untuk memasukinya.

Pada pandangan ibu bapa dan para pelajar, sekolah berasrama penuh dianggap sebagai sekolah ‘elit’ kerana dikatakan sebagai sekolah pelajar-pelajar bijak dan pintar.

Syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh juga mewajibkan pelajar yang memohon untuk masuk mempunyai pencapaian yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum.

Mereka juga antara pelajar-pelajar yang menerima biasiswa kerajaan, sekaligus dapat mengurangkan beban kewangan ibu bapa.

Menjadi lumrah bagi pelajar-pelajar dari sekolah berasrama penuh mendapat peluang yang cerah untuk menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang terkemuka, dalam mahu pun luar negara.

Reputasi sekolah-sekolah berasrama penuh dari segi kecemerlangan akademik bukan lagi menjadi rahsia malah ianya diketahui umum.

Oleh yang demikian, pihak sekolah berasrama penuh dan pihak asrama, wajib mengekang budaya buli ini daripada menjadi ‘budaya asrama’ dan sekiranya terdapat kes buli, menjadi tanggujawab pihak sekolah dan asrama untuk melaporkan kepada pihak berwajib.

2 klip video berkenaan buli dalam asrama yang tersebar baru-baru ini di media sosial mendapat kecaman terutama dari para ibu bapa.

Hanya dengan menonton 2 klip video tersebut dan membaca ulasan pengguna media sosial, mendatangkan kebimbangan dan kerisauan ibu bapa yang menonton untuk menghantar anak-anak mereka memasuki sekolah berasrama, saya juga tidak terkecuali.

Biarpun ulasan yang dilontarkan mungkin berbentuk persepsi dan spekulasi, pihak sekolah berasrama penuh perlu memandang serius perkara ini kerana budaya dan gejala buli bukan perkara baru dalam kalangan pelajar asrama.

Menjadi cita-cita semua ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka memasuki sekolah berasrama penuh yang dianggap sebagai sekolah ‘elit’ demi masa depan anak masing-masing.

Jadi, tanggungjawab yang besar dipikul oleh pihak sekolah-sekolah berasrama penuh bagi memastikan gejala buli ini tidak berlaku di sekolah mahupun asrama agar sekolah berkenaan kekal dengan status ‘elit’nya.

Jika tidak dibendung gejala buli ini, sekolah-sekolah berasrama penuh mungkin tidak lagi menjadi pilihan para ibu bapa pada masa hadapan dan jika gejala ini berlarutan, mungkin sekolah-sekolah berasrama penuh akan kehilangan status ‘elit’ dan menjadi sepi.

Namun demikian, saya yakin dan percaya bahawa pihak sekolah-sekolah berasrama penuh pasti telah mengambil langkah sebaik mungkin untuk membendung gejala buli ini dari menular di sekolah mahupun asrama.

Dan berdasarkan fenomena hari ini selepas tersebarnya 2 video klip tersebut, pasti langkah yang lebih proaktif akan diambil oleh pihak sekolah berasrama penuh.

Dengan ini, dapat mengembalikan kepercayaan para ibu bapa dan pelajar terhadap sekolah berasrama penuh sekali gus melenyapkan persepsi buruk terhadap sekolah-sekolah berasrama penuh.

Para ibu bapa pasti mahu sekolah-sekolah berasrama penuh terus mengekalkan status ‘elit’ kerana sekolah-sekolah ini telah berjaya menghasilkan para cendekiawan dan insan berjaya di tanah air ini.

Kebanyakan pelajar lulusan sekolah asrama penuh hari ini, telah menjadi manusia yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing.

Malah, di sinilah lahirnya generasi anak Melayu yang berjaya.

Baca lagi artikel penuh... KLIK SINI


Kesimpulannya, wa harap sekolah asrama penuh ni terus menjadi sekolah ELIT.

Sayanglah beb kalau gara-gara kes buli sekolah-sekolah yang baik macam ni dipinggirkan mak ayah pelajar dan pelajar pun takut nak masuk.

Tengok lah sekeliling kita, pemimpin-pemimpin kita majoritinya hasil produk sekolah asrama penuh ni termasuklah si Anwar Ibrahim tu (hahaha).

Bersama-sama kita banteras gejala buli ni supaya sekolah-sekolah ini kekal menjadi sekolah ELIT dan supaya anak bangsa kita dapat jadi insan berkualiti di masa hadapan.





No comments:

Post a Comment