Monday, 21 September 2015

MANIPULASI PENGHAKIMAN KES KHIR TOYO - WAJAR TUBUH TRIBUNAL SIASAT HAKIM !!!


Apabila Tan Sri Shafee Abdullah mendedahkan bahawa terdapat fakta palsu dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan ke atas rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, maka ia merupakan satu detik hitam kepada sejarah perundangan negara.



Hakim sering kali dituduh membuat keputusan berat sebelah bergantung kepada pihak mana mereka lebih suka atau senangi walaupun ia tidak sedemikian. 

Namun tidak pernah kita berjumpa kes seorang hakim di peringkat Mahkamah Rayuan menulis penghakiman dengan menambah fakta yang tidak ada dalam perbicaraan.

Hakim Azhar Mohamed yang menulis penghakiman kes ini menyatakan antara sebab Dr Mohamad Khir Toyo tidak boleh dipercayai kerana beliau pernah memiliki saham syarikat Roniaga milik Shamsuddin Hayroni pada 1997.

Fakta ini tidak pernah ditimbulkan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi. 

Malah semakan dengan Pendaftar Syarikat juga tidak pernah wujud nama Mohamad Khir Toyo dalam syarikat terbabit atau mana-mana syarikat Shamsuddin.

Beberapa hari lalu juga tersebar dakwaan bahawa Hakim Azhar Mohamed mendapat kenaikan pangkat cepat ke Mahkamah Persekutuan selepas kes mengikut kehendak Peguam Negara untuk mengekalkan hukuman bersalah ke atas Dr. Khir.

Sama ada benar atau tidak, ia masih merupakan tuduhan yang perlu disiasat. 

Namun jika kita ikuti kes ini dari awal, anda akan dapati banyak tanda-tanya dan misteri mengapa kes ini dibawa ke mahkamah. 

Anda boleh ambil masa membaca tulisan saya di sini Artikel 1, Artikel 2

Namun Tribunal menyiasat Hakim Azhar tidak harus dibentuk hanya kerana saya atau mana-mana peguam menyatakan kes ini mengarut atau “bulshit”.

Tribunal harus ditubuhkan untuk melihat mengapa ada fakta palsu dimasukkan dalam penghakiman Hakim Azhar. 

Ini dikukuhkan lagi dengan terdapat dakwaan bahawa Hakim Azhar merupakan kawan baik kepada Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Ghani Patail pula semasa dalam riwayat hidupnya sebagai Peguam Negara hanya dua kali tampil mempertahankan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah. 

Kedua-duanya membabitkan kes Khir Toyo. Apakah maknanya?

Tidak pernah Peguam Negara ini, yang pernah dituduh oleh Tun Mahathir sebagai punca kehilangan Pulau Batu Putih, tampil mempertahankan sesuatu kes dalam akhbar biarpun sistem kehakiman negara lebih teruk diserang oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR dan DAP.

Semasa di Mahkamah Tinggi, Dr Khir hampir ditangkap kerana Hakim Mahkamah Tinggi terus bangun sebaik menjatuhkan hukuman penjara setahun. 

Inilah kali pertama dalam sejarah, Hakim tidak mahu mendengar permohanan penangguhan hukuman untuk dibawa ke Mahkamah Rayuan. 

Hakim hanya kembali ke tempat duduk dan mendengar permohonan menangguhkan hukuman untuk proses rayuan setelah dijerit dengan kuat oleh Peguam Kamarul Hisham.

Di Mahkamah Rayuan, Pendakwaraya berhujah menggunakan kes duluan membabitkan perogol kanak-kanak untuk menghalang Dr Khir dijamin sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan. 

Apakah motif pejabat Peguam Negara ketika itu?

Anda boleh membenci Dr Khir kerana fahaman politik mahu pun peribadi beliau, namun adalah tidak masuk akal untuk menindas kebenaran hanya semata-mata kita tidak bersetuju dengan tertuduh.

Sekarang juga tersebar khabar yang sangat mengejutkan bahawa Hakim Azhar Mohamad telah memberi taklimat ringkas mengenai kes ini kepada Yang Arif Hakim Jeffrey Tan, Yang Arif Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Yang Arif Dato Hassan Bin Lah dan Yang Ariff Dato Ramly bin Haji Ali. 

Mereka ini merupakan empat daripada lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes Dr Khir Toyo.

Kita berharap khabar angin ini tidak benar dan sengaja disebarkan untuk melaga-lagakan tertuduh dengan barisan Hakim yang bijaksana.

Namun sekali lagi nama Yang Arif Azhar Mohamed muncul. 

Rasanya rentetan peristiwa dan perbuatan ini sudah mencukupi untuk Ketua Hakim Negara menasihat Yang Di Pertuan Agong agar menubuhkan sebuah tribunal bebas menyiasat sikap dan perilaku Hakim Azhar Mohamed.

Sama ada Dr Mohamad Khir akan kekal bersalah atau dibebaskan esok (22 September 2015) adalah satu perkara lain.

Namun kes ini menimbulkan syak wasangka besar kerana ia bukan sekadar tuduhan atau gosip tetapi ada fakta jelas penambahan “bukti” yang boleh menjejaskan keadilan. 

Justeru ia harus disiasat dan dibersihkan demi imej keadilan.

NOTA:

Mohamad Khir sebelum ini dituduh memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni, pada harga RM3.5 juta. Ia lebih rendah daripada harga RM6.5 juta yang dibayar oleh Ditamas pada 2004.

Khir dalam pembelaannya mendakwa beliau membeli sebuah rumah yang terbengkalai dan mengikut penilaian dari penilai hartanah yang diiktiraf dan pinjaman bank HSBC

Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Mohd Khir dan mendapati beliau bersalah lalu menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan arahan merampas harta tersebut.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan menjatuhkan hukuman.

[ SUMBER ]


1 comment:

  1. Setuju tuan. Hakim ini perlu disiasat atas perilaku yg x sepatutnya ada pada seorang hakim. Hakim x boleh berat sebelah, menambah2 sesuka hati dan menganiaya. Sikap ini menjejaskan kredibiliti mahkamah dan badan kehakiman.

    ReplyDelete