Friday, 18 September 2015

UBER VS TEKSI: PEMANDU TEKSI KENA BERUBAH !!!


Perkhidmatan baru Uber seharusnya memotivasikan pemandu teksi untuk berubah dari sikap yang boleh dikatakan membuatkan ramai pengguna meluat untuk menggunakan khidmat mereka. 


Seolah raja di jalanan, pemandu teksi memberikan caj sesuka hati mereka dan turut memilih untuk tidak menggunakan meter terutama sekali pada waktu malam. 

Tidak terlepas juga daripada sikap pemandu teksi yang suka menolak penumpang jika jalan yang hendak dituju itu tidak 'sesuai' dengan pemandu teksi tersebut jika terpaksa menempuh jam atau haluan tersebut bukan jalan yang hendak dilalui. 

Apabila pemandu teksi menyalahkan perkhidmatan baru seperti Grab A Taxi dan Uber kerana menganggu kerja mereka, mereka seolah tidak mahu berubah dari sikap negatif mereka yang turut menyebabkan pengguna beralih arah.

Kenapa hendak memilih perkhidmatan teksi jika pemandunya kadangkala 'langsi' dan memanipulasi harga ikut sesuka hati mereka? 

Bukan segelintir sahaja tetapi boleh dikatakan ramai yang pernah melalui pelbagai situasi buruk yang melibatkan pemandu teksi. 

Jadi adakah perkhidmatan Uber dan Grab A Taxi yang perlu disalahkan kerana kalau pemandu teksi memberikan perkhidmatan yang Tip Top, pasti pengguna juga lebih memilih untuk menggunakan khidmat mereka atas faktor keselematan dan servis yang sememangnya sudah biasa dan diiktiraf sebagai perkhidmatan awam. 


Ada juga pemandu teksi yang sudah meninggalkan pekerjaan mereka dan turut beralih menjadi pemandu Uber kerana perkhidmatan tersebut lebih mendapat sambutan. 

Kini, teksi yang tidak berdaftar bukan lagi cabaran buat pemandu-pemandu teksi berdaftar yang lain. 

Jadi pemandu teksi harus tepuk dada tanya selera, adakah mereka rela pekerjaan mereka 'dirampas' dengan servis yang lebih baik atau berubah sikap dan mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap mereka supaya pekerjaan mereka dapat diselamatkan daripada tercabar dek kerana perbuatan dan sikap mereka sendiri? 


Uber Malaysia



No comments:

Post a Comment