Keriuhan dan keributan mengenai kenaikan tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tahun hadapan ialah berdasarkan perjanjian sahaja bukannya keputusan kerajaan atau PLUS lagi.
Dalam jawapan kepada Parlimen semalam, Timbalan Menteri terbabit hanya menyatakan kandungan perjanjian bukannya KEPUTUSAN KERAJAAN.
SAYA terpanggil untuk menulis apabila melihat kemewahan gaya hidup kebanyakan rakyat negara kita dalam berbelanja namun dalam masa yang sama mereka cukup nyaring mengecam kepimpinan negara apabila sebahagian barangan atau perkhidmatan mengalami kenaikan harga waima kenaikan tersebut hanyalah 10 sen.
Agak sedikit memualkan apabila setiap kali saya membuka laman-laman media sosial, pelbagai ragam dan reaksi negatif dilemparkan kepada pentadbir negara apabila sesetengah barangan atau perkhidmatan diumumkan untuk kenaikan harga atau kos.