Tuesday, 22 March 2016

BRO, NAMPAK RM100JUTA GUA ???


Poster ni siap ada watermark @sukanstar. Sebenarnya apa motif Sukan Star buat poster ni ye???



Apa pun, aku nak share sikit pasal menda ni.

Jangan Hukum KBS Terlalu Awal, Ini Isu Tabung Sukan Berprestasi Tinggi

PENYELEWENGAN DI KBS : SALAH TETAP SALAH TAPI FAKTA KENA TAHU

Tidak siapa yang sukakan penyelewengan. Apatah lagi apabila ia melibatkan wang rakyat. Akan tetapi masyarakat khususnya golongan belia diharap tidak cepat melatah dlm isu di KBS ni.

Straight to the point;

1. Dana yg diseleweng ini merupakan dana daripada Tabung Amanah Sukan. Jadi, ia tidak ada kena mengena dengan peruntukan bagi program-program pembangunan belia mahupun pembangunan sukan massa.

2. Penggunaan Tabung Amanah Sukan juga terikat kepada perbelanjaan bagi sukan berprestasi tinggi sahaja.

3. Tabung Amanah Sukan merupakan kumpulan wang amanah yang mana sumbernya diperolehi drp cukai barangan / perkhidmatan berbentuk cukai perjudian, rokok, arak dll.

3. Tabung Amanah Sukan disalurkan ke sebuah agensi KBS (dlm kes ini MSN) dan tidak melibatkan mana2 bahagian atau jabatan di kementerian. Pembayaran juga dibuat oleh agensi tersebut.

4. Segala tindakan sewajarnya telah dan sedang diambil seperti mana kenyataan media oleh Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara.

Jadi, harap anda semua bertenang dan “Tidak Mengganggu Siasatan”.

[ SUMBER ]

1 comment:

  1. lepas ni tak tgk sprm berani tak siasat LGE.. kalau najib pun dia berani siasat takkan LGE dia tak berani..

    ReplyDelete