Thursday, 30 June 2016

KEANGKUHAN DAN KEBODOHAN #AirAsia MENGANIAYA RATUSAN PENUMPANG ?!!


Satu-satunya syarikat penerbangan yang sering menimbulkan kontroversi dalam dunia penerbangan di Malaysia adalah AirAsia.

Terbaru ini, dengarnya ramai penumpang AirAsia yang terkandas gara-gara salah pergi ke lapangan terbang lama (LCCT) hanya kerana kebodohan promosi AirAsia?!



Air Asia perlu menumpukan kepada perniagaan utama mereka, menerbangkan penumpang, bukannya masuk campur dalam hal pengurusan mana-mana lapangan terbang termasuk KLIA2.

Tindakan Air Asia secara semberono mahu memaksa Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) untuk menukar nama KLIA2 kepada LCCT2 bukan sahaja di luar skop syarikat terbabit malah menunjukkan sikap angkuh pemiliknya.

Pemilik Air Asia, Tony Fernandes, menunjukkan sikap angkuh dan semberono apabila secara berterusan membuat kenyataan terbuka supaya KLIA2 ditukar kepada LCCT2 walaupun MAHB dan Kementerian Pengangkutan secara jelas menyatakan mereka tetap akan kekal dengan jenama KLIA2.

Lebih mengejutkan apabila Air Asia secara terbuka telah menggunakan nama LCCT2  menggantikan nama rasmi KLIA2 dalam strategi pemasaran mereka.

Ini bukan sahaja biadap malah terdapat gosip bahawa ratusan orang telah terlepas penerbangan mereka kerana menuju ke LCCT lama bukannya KLIA2 seperti sepatutnya.


Kita tidak faham di mana logiknya kenyataan bahawa menukar nama KLIA2 kepada LCCT2 sebagai satu langkah “rebranding” yang bakal menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.

Sama ada namanya KLIA2 atau LCCT2, ia tidak mengubah hakikat penumpang memilih penerbangan berdasarkan penawaran lebih baik syarikat penerbangan yang beroperasi dalam laluan dan destinasi yang sama.

Kualiti dan perkhidmatan lapangan terbang juga menjadi pilihan penumpang untuk menggunakan syarikat penerbangan tertentu untuk ke sesuatu destinasi. 

Yang sangat melucukan ialah AirAsia mendakwa penumpang memilih syarikat penerbangan berdasarkan nama lapangan terbang.

Tidak masuk akal menukar nama sesebuah lapangan terbang boleh menarik penumpang menggunakan syarikat penerbangan tertentu.  

Dalam konteks ini, tidak logik menukar nama KLIA2 kepada LCCT2 boleh meningkatkan jualan AirAsia.

Tindak-tanduk AirAsia yang sentiasa mencari permusuhan terbuka dengan MAHB mungkin sebagai satu “marketing strategy” mereka untuk kekal dalam liputan media. 

Ia juga tidak mustahil bertujuan mengalih fokus umum dari pencapaian perniagaan AirAsia kepada sesuatu yang kontroversi.

Malah lebih serius, apakah mungkin ini permainan AirAsia untuk mencari kambing hitam apabila mereka mencatat kerugian atau masalah kewangan pada masa akan datang?

Sungguhpun AirAsia merupakan pelanggan utama KLIA2, mereka tidak berhak sesuka hati menukar nama lapangan terbabit. 

Jika mereka tidak berminat untuk kekal di KLIA2, mereka boleh sahaja keluar. 

Masih banyak syarikat lain akan menggunakannya.

Masih ingat “ugutan” AirAsia untuk memindahkan ibu pejabatnya ke Jakarta beberapa tahun lalu apabila Khazanah Nasional membatalkan perjanjian pertukaran saham antara MAS dan AirAsia Bhd?

Mengapa mereka tidak pindah sahaja? 

Sehingga hari ini mereka masih kekal di Kuala Lumpur kerana tahu perkhidmatan negara ini terbaik di rantau ini.

Kita sudah biasa mendengar ugutan dan melihat sikap AirAsia yang besar kepala. 

Soalnya sampai bila?

Rakyat akan melihat apakah Kementerian Pengangkutan akan tunduk kepada lobi AirAsia dan menghabiskan puluhan juta ringgit pula bagi menjalankan “rebranding” KLIA2 kepada LCCT2 atau menjadi seorang Menteri sebenar yang tidak tunduk kepada ugutan dan lobi syarikat besar.


Keputusan di tangan anda Menteri Pengangkutan!

[ SUMBER ]


2 comments:

  1. I HATE AIR ASIA! FUCKED UP LOW COST CARRIER WITH A FUCKED UP ATTITUDE. JUST FUCK OFF!

    ReplyDelete
  2. Fucking Airasia..
    Says good bye

    ReplyDelete