Sunday, 9 October 2016

FITNAH: FACEBOOKER TUA BAKAL DISAMAN EXCO PUTERI UMNO MALAYSIA


Orang tua ni dah lama aku perhatikan, bak kata orang.. "kecik.. besar.. kecik.. besar aku tengok kau".  Kerja dia kat media sosial, pemfitnah tegar. Hari-hari kerja dia buat fitnah sana sini.
Dia mengaku ahli UMNO tetapi kerja dia cuma fitnah pemimpin-pemimpin UMNO dan yang bersangkut paut dengan kerajaan termasuk syarikat orang. Kononnya adalah nanti pemimpin UMNO yang bangang pergi melutut dan sumbat mulut dia dengan wang dan pakej pelancongan.

Kiranya, aku dah naik menyampah dengan modus operandi dia ni. Fitnah Perdana Menteri dan Kerajaan. Fitnah individu dan syarikat orang.

Baru-baru ini MRCB dah kemuka saman kat si tua yang bernama Zaharin ni. Korang boleh google "MRCB Saman Warga Emas". Ada macam-macam versi penulisan korang boleh jumpa nanti.

Terkini... Timbalan Pengerusi Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pula buat laporan polis atas kenyataan fitnah Si Tua ni.

Lepas terbaca satu berita tadi berkaitan hal ni, aku call Exco Puteri UMNO ni dan nampaknya Si Tua ni bakal turun naik mahkamah la lepas ni. Harap Si Tua ni dapat kumpul duit secukupnya dari 'balik tiang' la ye.

Aku lampirkan kat sini berita yang aku baca tu:



TIMBALAN PENGERUSI EXCO PUTERI UMNO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP WARGA EMAS

Timbalan Pengerusi Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias, 38, sebentar tadi telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sg Buloh terhadap satu kenyataan fitnah yang dibuat oleh seorang warga emas, Zaharin Mohd Yasin.

Menurut Mimie, beliau terbaca di garis masa Facebook, Zaharin telah memuat naik satu gambar dengan kenyataan yang memfitnah dan memalukan rakan-rakannya dan memberikan satu kenyataan balas.

“Saya terkejut bila terbaca ‘posting’ (kenyataan) Zaharin di Facebook miliknya yang membuat kenyataan fitnah dan memalukan terhadap empat individu yang saya kenali dengan baik.

“Saya hanya komen bertanyakan ‘tak makan ubat ke’ sambil nasihat supaya tidak ghairah mencari kesalahan orang lain, tetapi sebagai balasan dia memberikan komen memalukan saya dan mengeluarkan gambar saya dan memfitnah saya sebagai seorang GRO,” jelas Mimie.


Sebagai individu yang memegang jawatan dalam parti dan sebagai seorang wanita dan juga isteri, Mimie menyatakan beliau malu atas tuduhan fitnah tersebut.

“Siapa yang tidak geram.. marah.. bila suka-suka sahaja difitnah sebegitu. Saya ada keluarga, ada suami dan masyarakat juga kenal saya.

“Apa dia rasa jika isteri dia.. anak dia digelar GRO? Dia ada isteri.. anak… tidak malu ke?”

“Bukan saya beri komen yang jelik. Saya tidak panggil pun dia dengan gelaran yang bukan-bukan. Tapi yang dibalasnya hanya dengan tuduhan yang memang sudah pastinya fitnah,” ujar Mimie.

Ketika dihubungi Mimie juga menyatakan bahawa suaminya turut terkejut dan marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaharin.


“Saya dan suami harap pihak polis akan ambil tindakan wajar atas laporan yang saya buat sebentar tadi. Disamping itu, saya dan suami akan berbincang dengan peguam untuk tindakan lanjut selepas ini,” tambah Mimie. - FeldaVoice




No comments:

Post a Comment