Friday, 4 November 2016

MINYAK MASAK FELDA BERKUALITI TINGGI DAN BUKAN 'RECYLCE' !!!


MASYARAKAT kita digusarkan dengan isu minyak masak sawit baru-baru ini, bermula dengan isu kekurangan bekalan minyak masak yang didapati berlaku di keba­nyakan kedai runcit dan pasar raya di seluruh negara sehingga menimbulkan keluhan ramai pengguna serta peniaga makanan.



Terbaharu, penyelarasan subsidi minyak masak yang mana skim harga baharu akan mula berkuatkuasa pada 1 November 2016 menjadi topik perbualan utama.

Tidak kurang juga pendedahan terhadap peniaga yang tamak ingin mengaut keuntungan atas angin dari harga baru, menyorokkan bekalan minyak masak sedia ada untuk dijual dengan harga baharu.

Oleh kerana minyak masak sawit bersubsidi hanya terhad kepada yang dipaketkan dalam saiz 1kg sahaja dengan penyelarasan subsidi terkini, maka masyarakat kita dimomokkan pula dengan kisah minyak ‘recycle’ iaitu minyak yang telah diguna, diproses semula untuk dipaketkan.

Jika benar minyak masak sawit yang dipaketkan adalah minyak proses semula dan berkualiti rendah, menjadi tanda tanya juga kenapa selama ini minyak masak bersubsidi negara kita mendapat permintaan yang tinggi sehingga membawa kepada berlakunya aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi ter­sebut ke negara jiran.

Ini jelas menunjukkan bahawa minyak masak bersubsidi keluaran Malaysia sememangnya diakui berkualiti tinggi sehinggakan mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk di kawasan selatan negara jiran seperti wi­layah Narathiwat dan Pattani.

Harga sepaket minyak masak bersubsidi seberat satu kilogram (1kg) di negara ini dijual dengan harga RM2.50, namun diseludup keluar dan dijual dua kali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM4 di negara jiran.

Jadi, benarkah minyak masak sawit bersubsidi keluaran Malaysia adalah minyak masak berkualiti rendah dan minyak ‘recycle’?

Minyak Masak Paket Keluaran FELDA Berkualiti Tinggi

Masyarakat kita amat mudah termakan hasutan dan cepat mempercayai kisah-kisah karut dan mitos,

Sering kali kita terdengar berita atau khabar angin bahawa minyak masak sawit jenis paket yang ada di pasaran negara kita kebanyakannya adalah minyak masak yang sudah diguna, diproses semula atau minyak masak yang tiada kualiti, seterusnya membuatkan kita curiga dan was-was untuk menggunakan minyak masak jenis paket.

Oleh itu, kepada pengguna yang kurang berkemampuan untuk membeli minyak masak yang dibotolkan atau pengguna yang ingin menikmati dan memaksimakan subsidi yang diberikan, boleh mendapatkan minyak masak sawit yang dipaketkan dengan kualiti tinggi keluaran FELDA.

Tiga Udang merupakan jenama minyak masak sawit keluaran FELDA yang dipaketkan dalam saiz 1kg yang diusahakan oleh Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Minyak masak sawit cap Tiga Udang ini mudah diperolehi di Tesco dan lain-lain pasar raya serta kedai runcit. Bagi yang menetap di luar bandar boleh mendapatkannya di kedai-kedai runcit berdekatan.

Selain berkualiti tinggi dan berkhasiat tanpa kolestrol, minyak masak cap Tiga Udang ini juga dijamin kebersihannya.

Jadi, kepada pengguna yang masih ingin terus menggunakan minyak masak sawit bersubsidi yang berkualiti, boleh beralih penggunaan kepada minyak masak paket cap Tiga Udang ini.

Boleh gunakan tanpa rasa curiga dan was-was. Tidak perlu risau lagi terbeli minyak ‘recycle’ atau minyak paket proses semula yang sering dimomokkan.


Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB)

Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) telah ditubuhkan pada tahun 2000, merupakan anak syarikat FELDA Global Ventures Holdings Bhd.

DOPSB telah berkembang menjadi syarikat yang pelbagai seperti hari ini dengan operasi yang merangkumi penapisan minyak sawit, pembuatan produk minyak sawit diproses, dan pengedaran produk industri dan pengguna.

Selain minyak masak paket cap Tiga Udang ini, Delima Oil Product turut mempunyai rangkaian produk pelbagai jenama.

Antara yang cukup popular adalah jenama Saji dan Adela yang mendapat perhatian dari kalangan pengguna Islam yang menitik beratkan produk Halalan Toyyiban untuk penggunaan harian.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk-produk keluaran DOPSB ini, pengguna bolehlah layari laman sesawang DOPSB di SINI.

[ SUMBER ]


No comments:

Post a Comment