Saturday, 19 November 2016

MOHON @PDRMsia & @KBAB51 TAHAN #BERSIH5 YANG BERLONGGOK KAT KL TU !!!


Setakat maklumat official yang aku dapat, sudah 12 orang yang kena tangkap dari geng Kuning, Merah, Hitam, Putih ni.


Eh.. apa pasal banyak kaler daaa!



Ada juga maklumat tak official yang kata 23 orang sudah kena cekup, tapi setahu aku, 23 orang tu senarai yang diburu pihak PDRM.

Maklumat official senarai 12 orang yang dah kena tangkap adalah berikut:

1: Penganjur Bersih 5.0, Maria Chin Abdullah
2: Pengurus Sekretariat Bersih, Mandeep Singh Karpal
3: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke
4: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago
5: aktivis pelajar, Luqman Nul Hakim Zul Razali
6: aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan
7: Pemimpin baju hitam, Ariffin Abu Bakar
8: Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Razali Zakaria (baju merah)
9: Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong
10: bekas Ahli Exco Negeri Selangor, Ronnie Liu
11: aktivis parti DAP, Lee Khai Ming
12: aktivis pelajar, Anis Syafiqah Mohd. Yusof

Aku harap diorang ni bila didakwa, kenakan hukuman berat, bukan hukum takat-takat cukup makan supaya tak hilang jawatan ADUN/MP.

Kenapa takut sangat??? Hukum dengan berat kalau betul-betul nak bagi pengajaran.

Kalau setakat hukum bawah RM2,000 dan penjara bawah 12 bulan, esok-esok diorang buat lagi. Bila nak habis???

Harap malam ni PDRM dan IGP jangan sekadar tangkap badan je, ekor pon tangkap sekali.

Yang berlonggok kat tengah bandaraya tu tangkap kasi licin bersih. Tak kiralah apa warna pun.

Ini isu kedaulatan negara dan nama baik negara.

Aku faham, yang kepala ramai yang dah lari. Ada yang menyorok dan ada yang lari luar negara.

Jangan lupa tahan bapak segala penghasut, Mahathir tu nanti. Sila standby kat airport bila dia balik ye.

Ambiga tu pun jangan lupa.

Rakyat dah muak dengan agenda politik bodoh macam ni yang mencemar nama baik negara dan mensabotaj ekonomi negara!

Aku sebagai rakyat nak hidup aman!!!



No comments:

Post a Comment